Monday, 6 April 2020

pengembara



Seorang pengembara, mengembara dia hanya membawa barang sekadar kemampuannya sahaja, supaya tidak mendatangkan kesukaran dan beban didalam perjalanan. Dan ketika sampai masa pulang ke kampung halaman pun sama juga tiada lebih kerana dia tak mahu memikul beban yang menyukarkan perjalanannya. Apa yang dia bawa pulang ialah buku catatan yang tertulis pengalaman yang dia alami dan apa yang dia lihat, sebagaimana dibuku begitulah didalam ingatan. Setiap pengembara akan ditanya cerita dan pengalaman sewaktu memgembara, bukan ditanya banyak mana harta yang kamu bawa balik dari mengembara. Sebab pengembaran yang bijak tidak akan membawa pulang beban dan tidak akan memikul beban.

No comments:

Post a Comment