SUNNAH ARAB ??
Salam Sahabat semua.
Saya harap anda membaca dengan hati yg terbuka dan tenang tanpa ada sebarang dendam.
Saya harap anda membaca dengan hati yg terbuka dan tenang tanpa ada sebarang dendam.
Tuan2,
Kesalahan utama orang Melayu Islam adalah mereka menyangka Bangsa Arab itu benar2 contoh Islam yg terbaik. Malah mereka menyangka segala-gala yang diberitahu oleh Bangsa Arab adalah benar dan pasti dari ajaran NABI. Sebenarnya mereka ini jugalah yang byk menukar terjemahan, menokok tambah atau mengurangkan sesuatu amalan sedangkan tuhan itu telah memperingati tentang bangsa ini awal2 lagi.
AQ 9:97
"Orang-orang arab itu, lebih sangat kekafiran dan kemunafikkannya, dan lebih wajar mereka tidak mengetahui batas-batas (hudud) hukum-hukum yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya. Dan Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana"

Oleh kerana kebodohan, kita sering diajar berpakaian ala2 Arab konon nya atas dasar Sunnah dan Cinta kepada Nabi.
Bila kita berbicara bab ‘Sunnah’ secara umumnya, apa yg kita sering diajar ‘Sunnah’ adalah segala sesuatu yang sumbernya berasal dari Nabi Muhammad SAW dalam bentuk ucapan, perbuatan, penetapan, sifat tubuh, serta akhlak yang dimaksudkan dengannya sebagai pensyari’atan bagi umat Islam. Betul kan?
1400 tahun sudah berlalu, tetapi kefahaman setiap golongan pasti berbeza, ada yg kata ini Sunnah, ada yg kata tidak, ada yg kata dpt Pahala, ada yg kata cinta Nabi dan ada yg menyangkal bahawa ianya hanya budaya Arab shj. Jadi bagaimana?
Didalam Al Quran, Tuhan ada menyebut tentang Sunnah iaitu ‘SUNNATULLAH’ iaitu KETETAPAN Allah.
Jadi secara Terminologi Sunnah ini adalah KETETAPAN.
Jadi secara Terminologi Sunnah ini adalah KETETAPAN.
Al Ahzab : 62
‘Sunnahtullah’ (ketetapan) pada orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu; dan kamu akan dapati tiada pertukaran pada ‘sunnahtulah’
‘Sunnahtullah’ (ketetapan) pada orang-orang yang telah berlalu sebelum kamu; dan kamu akan dapati tiada pertukaran pada ‘sunnahtulah’
Jadi Sunnah ini tiada kena mengena pun dgn tatacara hidup seharian atau bab pemakaian. Dan tiada pun tersebut Sunnah Nabi yg kalian amalkan pada hari ini.
Tidak mengapa, kita teruskan.
Tanpa disedari bahawa anda MENYEKUTUKAN Tuhan atas dasar pahala dimana anda mengatakan memakai Serban melebihi pahala dr yg memakai kopiah, menggantung lambang2 Capal utk tujuan tertentu, memakai Jubah memperolehi pahala siang dan malam. Anda telah letak kedudukan Tuhan itu dibelakang Pahala.
Tahukah kalian, ini adalah syirik yg jelas nyata, Kalian mengharapkan beribu pahala melalui PERANTARAAN dgn lambang/Objek utk pergi kepada Nabi?
Anda berharap kpd kebendaan, sedangkan langsung Tuhan tidak menerangkan apa2 tentang hal ini.
Anda berharap kpd kebendaan, sedangkan langsung Tuhan tidak menerangkan apa2 tentang hal ini.
Anda meletakan Haq Tuhan dan Haq Nabi itu sebanding dgn objek2 sahaja.
Jadi apa beza nya dengan memakai rantai azimat atau apa2 Objek kononnya bole melindungi dari dihindari bahaya? Ianya seakan konsep yg sama bukan?
Anda xperlu berbohong dengan alasan sayang atau Cinta Nabi, tp sebenarnya anda hanyalah mengharapkan beribu2 PAHALA spt bermain saham yg hanya duduk sahaja tanpa melakukan apa2 dan anda mengharapkan syafaat atau kelebihan sesuatu dari PERANTARAAN.
Sebenarnya, Cinta anda adalah cinta yg xberbalas.
Apa? Anda fikir Syirik itu hanya menyembah pd patung2 ?
An Nissa 116
“Sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa orang yang mempersekutukanNya dengan SESUATU, dan akan mengampunkan yang lain daripada kesalahan (syirik) itu bagi sesiapa yang dikehendakiNya; dan sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu (apa jua), maka sesungguhnya ia telah sesat dengan kesesatan yang amat jauh”

Seperti hari ini, Budaya Capal pula semakin meluas sehinggakan ditampal2 pd Topi anak2 muda utk menarik pembeli2 dgn beralasan agama, menghidangkan Hadis2 palsu yg tiada asas, kenapa tidak diletakkan lambang Allah shj kalo begitu? Ok,Jika tiada lambang bagaimana? Masih laku ?
Ayuh !!
Terlalu dhaif jika taat dan cinta anda pd Rasul Allah memerlukan ini semua dan ada yg menjana income beribu2 atas alasan yg sama. Ini lah satu2 nya perniagaan marketing yg menggunakan agama.
An-Nahl 16: 95
“Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit; sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah, itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui.”

Sebenarnya ini adalah cara moden Iblis itu menyesatkan umat manusia dan ada sesetengah penceramah memberitahu bahawa Capal itu lebih mulia dr ibu bapa kita ???
Terus terang sy katakan, ini semua langsung tiada asas dlm Islam, Islam tidak tertegak melalui Capal diatas kepala, Serban atau pun kayu Sugi.
Terus terang sy katakan, ini semua langsung tiada asas dlm Islam, Islam tidak tertegak melalui Capal diatas kepala, Serban atau pun kayu Sugi.
Semua hal yang berkaitan dengan ibadah dan kehidupan memiliki landasan hukumnya. Landasan yang digunakan untuk menentukan hukum tersebut mestilah bersumberkan dari Al Quran Al Sunnah.
Persoalannya, apakah perkara2 dalam konsep Taat Allah dan Rasul itu ianya termasuk juga perbuatan seumpama makan dengan menggunakan tiga jari, memakai tongkat, berjanggut atau bersugi dan sebagainya?
Sedangkan di dalam Al Quran langsung tidak diceritakan perihal apa yg Nabi itu pakai,makan atau pahala kelebihan sesuatu pakaian dan apa jua pahala dalam bentuk masyarakat budaya ini. Kenapa?
Kerana asas Islam bukan atas dasar perkara2 ini.

Buktinya kita boleh baca sejarah Nabi Ibrahim dan Nabi Musa dalam banyak surah dalam Al Quran – tetapi tiada satu ayat pun yang mencerita samada dia pakai serban atau tidak, samada dia makan mengunakan sudu dan garpu, atau macam mana dia tidur, atau dia pakai jubah atau tidak, atau dia simpan janggut atau tidak dll. Apa yg kalian lakukan itu adalah Taat kepada budaya sebenarnya.
Jadi, Janganlah anda menyekutukan Allah, jgnlah berdusta atas nama Rasul dan Nabi. Nabi diutus utk membawa RAHMAT, bukan mempromosi perniagaan barangan Sunnah kalian.
Dan jangan lah kalian merosakkan Agama. Lihat apa yg Allah berfirman :
Ali Imran: 22
“Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan.”
“Mereka itulah orang-orang yang telah rosak amal perbuatannya di dunia dan di akhirat, dan mereka tidak akan memperoleh sesiapa pun yang dapat memberi pertolongan.”
Akhir sekali, tujuan kehidupan ini adalah mencari kebenaran, bukan kebaikan semata2..kerana dalam kebenaran Tuhan itu penuh dgn kebaikan..sedangkan didalam kebaikan itu byk tersembunyi kesyirikan dan pura2.
La ilaha illah, Muhammad Rasulullah.
Sekian.
Anda bebas utk tidak bersetuju.
Anda bebas utk tidak bersetuju.

No comments:
Post a Comment