Monday, 6 April 2020

fb

PKP akan diteruskan selepas 14 April?
Ya why not? Ada 2 versi cerita saya dengar. Ia akan berakhir hingga raya haji ataupun hingga akhir tahun 2020.
Jujur saya katakan saya tidak percaya PKP ialah solusi kepada masalah covid 19. PKP hanya boleh memperlahankan jangkitan itu tular. Tapi untuk membasmi virus ini, kita perlukan lebih dari PKP.
Berkali-kali dah saya jelaskan. Untuk melawan virus, pertahanan badan manusia itu perlu dimantapkan. Untuk memantapkan immune system, perlu ada matlamat yang jelas dan ilmu yang bersesuaian yang berkaitan dengan pemakanan dan gaya hidup yang sihat.
Sekarang ni mereka kuarantin pesakit saja tanpa memberi apa-apa ubat, hanya mengharapkan immune system orang itu melawan tanpa memberikan apa-apa supplement untuk memantapkannya. Apakah itu saja yang kita mampu buat sekarang ini? Kalau mati pun, nak buat macamana? Tunggu sajalah kat pusat kuarantin tu. Dah ajal kan? Nanti you salahkan tuhan juga akhirnya.
Ramai antara kita takkan mampu untuk menunggu sampai raya haji atau sampai akhir tahun. KKM pun sekadar buat try and error dengan pelbagai drugs yang sudah pasti ramai yang jadi tikus makmalnya tanpa sedar.
Saya tidak nampak sebarang hasil akan berlaku dalam waktu terdekat. Vaksin pun hanya mampu disediakan tahun depan. Itupun kalau warga afrika bersedia untuk menjadi mangsa human trial vaksin yang korang dok sembah-sembah ni.
Saya lebih impress dengan cara China menangani masalah ini. Ramai yang tidak sedar disana penyembuhan dari kalangan pesakit berlaku secara besar-besaran. Kenapa tak hantar bijak pandai negara ni pergi ke china untuk belajar cara mereka?
You rasa dengan PKP boleh bagi penyakit sembuh? Boleh basmi virus yang sudah pun duduk dalam badan? Think againlah. Use your brain wisely.
Kalau masih ego dengan kaedah rawatan yang sama, believe me that we are not going anywhere. Jadikan krisis sebagai peluang. Ini adalah waktunya kita membuka pintu kepada pendekatan yang digunakan oleh rawatan alternatif atau holistik untuk memainkan peranan bersama-sama membantu untuk mencari penawarnya.
Jika bukan sekarang, bila lagi?
Dunia ini luas dan tuhan tak zalim. Barangkali cuma otak you yang sempit tidak mahu mendengar pendapat orang lain.
Saya bukan bercakap pasal rawatan dari kalangan bomoh dan dukun-dukun. Tapi lebih maju dari itu.
Jika ini tidak dilakukan, ekonomi negara ini akan menjadi taruhan. Negara ini akan muflis. Ramai akan menganggur dan banyak industri yang akan tutup. Pada 2021 nanti, kita akan menanti kebanjiran bayi-bayi yang bakal dilahirkan 9 bulan lagi.
Apakah kita sudah bersedia dengan situasi seperti ini?
You fikir ini perkara main-main ke?
Komen

No comments:

Post a Comment