Diakhirat nanti Allah akan bertanya adakah kita berjuang atas agama atau tidak, yang paling kemudian soalan Allah tanya kita ada kasih atau tidak pada ulama. Allah tak tanya kita dari parti mana, persatuan mana, sokong ketua parti mana , bahkah kerana parti menjerumus kita masuk neraka jahanam, kerana tersilap beri sokongan kepada pemimpin yang sokong perkara maksiat. Tetapi kasih kepada mereka yang perjuangkan agama sudah pasti rahmat dan syurga menanti. Rasulullah perintahkan kepada umatnya jadilah orang alim, atau orang yang belajar agama, atau orang mendengar kuliah atau ceramah orang alim, atau orang yang kasih kepada orang alim, orang yang belajar agama dan orang yang mendengar kuliah atau ceramah orang alim, tetapi jangan jadi orang yang kelimah maka celakalah kamu. Orang yang kelima itu orang yang tak suka dan tak mahu belajar agama, pergi mendengar kuliah atau ceramah agama . Sayang pada ulama pun tidak , inilah manusia yang celaka di atas dunia sampai akhirat. Bermula ramadhan ini berubahlah kita biar mati atas sayangkan agama dan ulama dan orang orang yang hidupkan kerja kerja nabi.
No comments:
Post a Comment