Solat, puasa, zakat dan menunaikan ibadah haji , itu semua tidak diinginkan. Mengapa tak diinginkan?. Kerana ramai yang melakukan itu semuanya munafiq bukan dari kehendak yang ikhlas. Ramai yang melakukan kerana alasanya sudah tua, kerana takut orang kata, kerana supaya nampak baik, kerana islam katanya, kerana ingin syurga , kerana takut neraka dan ada juga kerana malu orang sekeliling, sedangkan pada hakikatnya diri tak mahu perbuat. Mereka cuba menipu Allah dan masyarakat sekeliling, melalukan dalam keadaan tanpa rela dan keikhlasan , ini satu perbuatan sia sia. Kerana didalam hatinya tak ada cinta kepada Allah. Ramai yang melakukan tuntutan syariat hanya berpura pura dihadapan Allah , cukup dusta jika ada yang mengatakan ikhlas. Mana mungkin ikhlas jika masih belum cinta, dan mustahil ada cinta tanpa mengenali . Kerana itu mereka yang sudah makrifat nescaya segala tuntutan syariat dilaksanakan dengan ikhlas kerana ada cinta dan demi cinta sanggup apa sahaja tanpa mengharapkan sesuatu atau kerana sesuatu. Kerana syariat ini bukan pameran atau lakonan bagi mengaburi mata masyarakat dan tuhan. Tetapi ianya menzahirkan cinta yang tulus tidak berbelah bagi penuh kasih sayang. Maka tak perlu nak berlagak konon ikhlas sedangkan hatimu bukan begitu, untuk apa kamu berdusta mengunakan tuntutan syariat . Apa kamu ingat Allah akan pandang dan terima perbuatan palsu mu itu. Kerana itulah ramai yang beribadah tetapi masuk neraka wail.
No comments:
Post a Comment