Tuesday, 21 May 2019

Salam Cinta, kekasih-kekasih tuhan..

Salam Cinta, kekasih-kekasih tuhan..
"LA MAUJUD BIL HAQQI ILLAH"
[TIADA WUJUD SELAIN iLLAH]
Jika engkau memandang segala sesuatu itu sebagai makhluk.. Nescaya pandangan kamu itu akan dikaburi dengan sifat kebencian, kekotoran, kelemahan, keburukan dan ketidak sempurnaan.. Kerana sememangnya sifat makhluk itu lemah dan tidak sempurna..
Namun, jika engkau memandang segala sesuatu itu sebagai Tuhan.. Nescaya pandangan kamu itu akan menjadi pandangan yang bersifat cinta, kasih sayang, kelembutan, keindahan dan penuh kesempurnaan.. Kerana Tuhan itu sifatnya Kaya dan Sempurna..
Ingatlah, wahai saudaraku.. Tuhan itu indah, dan suka pada keindahan.. Tuhan itu penyayang, dan suka kepada kasih sayang.. Dan Tuhan itu adalah hakikat bagi segalanya.. Dan sesungguhnya Dia amat sekali mencintai insan-insan yang selalu menyatakan sifat-sifat diriNya..
Semoga kita semua tergolong di dalam golongan ini.. Atau setidak-tidaknya, diberi rasa kasih dan cinta kepada golongan yang dimuliakan dan diredhai tuhan ini..
Amiin²

No comments:

Post a Comment