QADA dan QADAR
Saat engkau tahu bahawa untung nasibmu itu ditentukan secara rawak, maka pada saat itu juga engkau bebas menganut keyakinan apa pun jua yang boleh membahagiakanmu.
Jika engkau bernasib baik, maka engkau boleh sahaja percaya bahawa nasib baikmu itu adalah anugerah daripada Yang Maha Kuasa. Dengan begitu maka engkau akan sentiasa sahaja bersikap rendah diri dan juga hati.
Akan tetapi jika engkau bernasib buruk, maka engkau perlu tahu dan sedar bahawa nasib burukmu itu bukanlah kerana kekuatan Maha Hebat sedang menghukummu. Apatah lagi dinamakan bala seperti fahaman umum.
Tuhan bukan begitu, saudaraku.
No comments:
Post a Comment