Wednesday, 22 May 2019

KEJAHATAN DI DALAM KERAMAIAN

KEJAHATAN DI DALAM KERAMAIAN
Kata orang, makhluk setan banyak berada di tempat-tempat yang sepi dan gelap. Itu semua dusta belaka. Setan tidak boleh melakukan kejahatan di tempat yang sepi dan gelap. Yang boleh dilakukannya paling-paling tidak pun, hanyalah berfikir mengenai hal-hal yang kotor.
Manusia tidak boleh menjadi jahat jika tinggal sendirian di kuburan atau hutan. Kerana siapa yang bisa dijahati? Pada hakikatnya, manusia hanya boleh menjadi jahat ketika berada di dalam keramaian, atau di tengah masyarakat.
Pak lebai dan ustaz yang mulanya khusyuk hidup di desa boleh saja menjadi jahat ketika mereka pergi ke kota raya dan mula berpolitik. Anak-anak pula boleh menjadi tidak terurus ketika orang tuanya mulai mengenal Facebook.
Kerana apa tuan-tuan? Kerana mereka mula menceburkan diri dalam kerumunan maya dan beramai-ramai memaki hamun bahkan juga menyumpah seranah orang-orang yang padahal tak pernah mereka kenal sama sekali.
Keramaian boleh mengubah manusia yang baik menjadi manusia yang jahat. Keramaian juga boleh mengubah malaikat menjadi setan.

No comments:

Post a Comment