- Bahagian dalam faraj bersifat anjal iaitu bukan sahaja ia boleh mengembang semasa hubungan seks dan melahirkan anak, tetapi juga boleh mengecut kepada keadaan asal selepas aktiviti kelamin dan proses beranak. Dalam keadaan terangsang, vagina akan mengembang sebagai persediaan
- untuk menerima kemasukan zakar. Namun jika lubang vagina masih sempit, ia mungkin isyarat bahawa wanita tersebut belum bersedia untuk melakukan seks. Semakin kerap suami isteri melakukan hubungan badan, ia semakin baik untuk keanjalan faraj.
- 2. Selain mempunyai fungsi yang penting sebagai organ seks, vagina juga mempunyai banyak tugas lain. Antaranya ia mengeluarkan darah haid, cecair keputihan, cecair ejakulasi dan juga manusia! Namun, faraj tidak mengeluarkan air kencing seperti yang disangka ramai. Mungkin, wanita
- merasakan air kencing keluar dari lubang vagina tetapi ia sebenarnya keluar dari pundi kencing yang terletak di tengah-tengah antara vagina dan kelentit. Kerana saluran pundi kencing yang sangat halus, tak hairan jika masih ramai wanita menyangka air kencing keluar dari vagina.
- 3. Keputihan adalah lelehan air daripada faraj yang berwarna putih ataupun kuning. Ia berperanan untuk melindungi bakteria baik di dalam vagina dengan mengekalkan pH dan nutrien yang ada. Majoriti wanita terutama mereka yang sudah berkahwin akan mengalami hal ini. Keputihan yang
- normal selalunya dikaitkan dengan hormon estrogen. Apabila seseorang wanita itu dekat dengan tarikh haidnya, lendir yang terhasil akan lebih likat dan putih. Oleh itu, suami jangan terlalu cepat menganggap isteri pemalas dan tidak menjaga kebersihan diri.
- 4. Selaput dara menandakan seorang perempuan itu masih perawan adalah mitos paling banyak dipercayai para lelaki. Apa yang ramai lelaki tidak tahu, selaput dara adalah satu lapisan kulit senipis kulit bawang yang menutupi hanya sebahagian bukaan faraj, bukannya menutup
- keseluruhan lubang. Disebabkan strukturnya yang rapuh dan sudah terbuka sedikit, ia boleh terkoyak atau pecah dengan mudah walaupun tanpa aktiviti seks. Perlu juga diingatkan, setiap wanita dilahirkan dengan ciri-ciri selaput dara yang berbeza di antara satu sama lain seperti
- keunikan hidung, mata atau bibir. Ada yang nipis, ada yang sangat nipis, malah ada di antara mereka yang langsung tidak mempunyai selaput dara!
- 5. Kawasan sekitar bukaan faraj tidak mempunyai bekalan darah yang banyak jadi terlalu sedikit wanita yang mengalami pendarahan di bahagian vagina sewaktu kali pertama melakukan hubungan kelamin. Hubungan seks ganas juga boleh mengakibatkan kecederaan organ dalaman pasangan yang
- menyebabkan pendarahan di kawasan berikut. Suami patut risau sekiranya berlaku pendarahan di faraj isteri kerana ia menandakan kemungkinan terdapatnya penyakit atau ketumbuhan. Jadi, jangan cepat menuduh isteri anda bukan dara sekiranya tiada darah yang keluar sewaktu ‘bersama’,
- terutamanya pada malam pertama perkahwinan.
Thursday, 23 May 2019
kaitan wanita
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment