Saturday, 25 May 2019

hi

Assalamualaikum diucapkan buat para sahabat handai dan juga para followers page Hakikat Insan.
Selamat berhujung minggu saya ucapkan buat kalian. Semoga sentiasa berada di dalam keadaan tenang dan bersahaja. Apalah yang perlu dirisaukan, hidup ini tidak terhenti, dan mati itu pula belum pasti. Maka daripada itu, engkau nikmati sahaja kehidupan yang sedang engkau jalani pada saat dan ketika ini.
Jangan mudah berkecil hati melihat dunia yang sedang kacau ini. Usahlah berputus asa! Pada zaman kita, yang telah melewati pergantian milenium, masih ramai orang yang sedang mencari. Begitu banyak orang yang ingin bersatu dengan Tuhan. Pencarian ini lebih dahsyat daripada yang pernah dilakukan selama berabad-abad silam! Dan perkara ini akan terus meningkat setiap tahunnya, lantas memberi kita alasan untuk terus berharap.
Perkara yang pastinya akan runtuh di zaman pencerahan ini adalah keyakinan cetek dan dangkal bahawa hanya ada satu kebenaran saja sementara yang lain salah belaka, yang dengan begitu kita wajib untuk meyakinkan orang lain agar menerima kebenaran yang kita yakini itu, dan agar dunia ini pun dikelolakan berdasarkan kebenaran kita. Pandangan yang semacam ini terbukti akan membuat dunia lebih tenat dan semakin menderita.
Wahai sekalian Laskar Cinta. Sebarkanlah benih-benih cinta. Musnahkanlah virus-virus benci. Virus yang bisa merosakkan jiwa, dan yang bisa membusukkan hati. Usahlah kalian merasa takut dan gentar, kerana sesungguhnya Sang Maha Cinta sentiasa tetap ada bersamamu, membisikkan kata rindu.

No comments:

Post a Comment