Sunday, 26 May 2019

fitnah


Majoriti masyarakat Islam Malaysia, sensitif dengan Agama kerana kejahilan mereka sendiri didalam memahami Islam.???!???
.
Bukan itu sahaja, penyakit yang sama juga berjangkit kepada masyarakat Islam di Indonesia. Mereka sungguh sensitif dengan Agama.
.
*Mereka sensitif sebab mereka jahil didalam Islam. Sebab itulah ramai diantara mereka ini "terlebih sudu dari kuah".* 
.
*Golongan sensitif sebab jahil ini, gagal melihat Islam sebagai "agama dakwah". Mereka hanya melihat Islam sebagai "agama menghukum".* 
.
Contoh, katakanlah, jika ada kelab malam yang berada di dalam daerah mereka. Mereka tidak akan teragak-agak untuk mengebom kelab malam berkenaan sebab menganggap ahli kelab malam berkenaan adalah "pendosa yang wajib masuk neraka".
.
*Kerja mereka nak hantar orang masuk "neraka", yang sama sekali berbeza dengan apa yang diperlakukan oleh rasul illah hi wa 'ala aalihi wasalam
 (selawat terhadap baginda).* 
.
rasul illah hi wa 'ala aalihi wasalam
(selawat terhadap baginda) seorang jenazah Yahudi lalu di hadapan baginda, baginda terus menangis. Sampai sahabat bertanya kenapa menangis.
.
"Lalu dihadapan aku satu jiwa yang akan masuk neraka, dan aku tidak dapat menyelamatkan nya" - ini jawapan baginda.
.
Berbeza, bukan? rasul illah hi wa 'ala aalihi wasalam
 (selawat keatas baginda) nak menyelamatkan seramai mungkin umat dari api neraka. Mereka? Nak mengirim seramai mungkin orang masuk neraka.
.
Tak percaya, yang mereka ini, sensitif disebabkan jahil? Lihatlah di Indonesia.
.
Pilihanraya dah lepas, Jokowi pun dah menang, tapi kenapa masih ada kaum muslimin disana yang merusuh sampai terkorban nyawa selepas pilihanraya?
.
Sebab ahli politik yang kalah pilihanraya, memainkan sentimen agama, menjual agama, secara tepat.
.
Dikatakan ulama akan terancam, dikatakan cina akan menguasai Indonesia, dikatakan badan pengurus pilihanraya menipu. Yang paling penting, "ulama terancam".
.
Yang menuduh "ulama terancam" itu, lari meninggalkan Indonesia dan bersembunyi di arab Saudi, negara penjual agama no satu.
.
(Untuk pengetahuan, lepas raya ini, raja arab Saudi akan menyembelih 2 orang ulama dan 1 orang penulis hanya disebabkan pandangan mereka yang kritikal terhadap kepimpinan raja arab Saudi)
.
Maka rakyat Indonesia yang merasakan "ulama terancam" ini bangkit seperti kuih bangkit yang tak cukup masak, turun di jalan buat huru hara.
.
Sampai terkorban dekat 8 orang dah setakat ini.
.
Bagi mereka, biar hidup porak peranda berbunuhan sesama sendiri lebih baik dari hidup aman damai, janji "ulama tak terancam".
.
Puas sudah, berbuih mulut pemimpin Nadhatul Ulama Indonesia bercakap jangan percaya kepada fitnah, suruh kembali kepada rasional. Didalam Nadhatul Ulama Indonesia itu sendiri berapa ramai cendikiawan Islam yang boleh dikatakan ulama.
.
Tapi golongan sensitif dan jahil ini, nak percaya juga kepada Habib Rizq, seorang yang dianggap ulama besar, tapi lari ke Arab Saudi.
.
Kat Malaysia, boleh lihat rakyat Kelantan dan Terengganu, adalah sikit sikit rakyat Kedah.
.
"Janji Islam tidak dipijak" - slogan mereka.
.
Sebab itu masyarakat sana, contoh, kerajaan Kelantan, tadbir dengan kebodohan apa pun, mereka okay sahaja.
.
Tebang pokok balak sampai orang asli lintang pukang, mereka okay.
.
Lingkup habis GLC sebab kesalahan mengurus, mereka okay.
.
Jahanam habis cash flow Kerajaan sebab bermewahan didalam berbelanja, mereka okay.
.
Janji "Islam tidak dipijak".
.
Kalau pemimpin mereka "dipijak", hah, pada waktu itulah, "Islam dipijak"
.
Mereka tak jumpa didalam Islam, mengurus dengan berhemah adalah akhlak Islam.
.
Berlaku adil kepada masyarakat, adalah akhlak Islam.
.
Mereka tak jumpa semua tu. Sebab itu membakar kereta mufti bagi mereka, satu kebanggaan.
.
Mungkin boleh masuk syurga. Mungkin mufti itu sedang mengancam "Islam".
.
Inilah bahayanya, masyarakat Islam yang jahil tentang Islam itu sendiri.
.
Kejahilan mereka ini, akhirnya, merosakkan nama Islam sendiri...
.
Sebagai agama yang sepatutnya, menunjukkan manusia, akhlak yang terpuji dan dimuliakan.
.
Sekian.

No comments:

Post a Comment