Thursday, 23 May 2019

fb


PEMBERITAHUAN: Pertuduhan palsu dan fitnah terhadap Rasul.
Adalah diminta kepada sesiapa yang mengatakan rasul yang diutus tuhan sekarang ini sesat supaya dibawakan bukti dan dalil yang ada didalam Al Quran bagi menyokong pertuduhan mereka terhadap rasul tuhan itu. Barangsiapa yang tidak boleh membawa bukti dan dalil dari Al Quran bahawa rasul yang mereka tuduh itu sesat, maka mereka yang menuduh itulah yang sebenarnya sesat.
Setiap pertuduhan mestilah mempunyai fakta dan dalil dalam Al Quran. Jika tidak sedemikian halnya, maka tuduhan itu adalah tidak benar dan palsu.
Barangsiapa yang membuat tuduhan palsu, ianya adalah menjadi suatu kesalahan, iaitu membuat fitnah dan mereka boleh didakwa di mahkamah.
Barangsiapa yang membuat kenyataan palsu terhadap rasul itu, mereka akan didakwa dan dihukum sama ada didunia mahupun diakhirat.
Mereka telah melakukan dua kesalahan;
1. Tidak percaya terhadap rasul itu.
2. Menuduh rasul itu sesat.
Kedua-dua pertuduhan itu perlu dibawa kepengadilan untuk dibicarakan terhadap pihak yang melakukannya.
Laporan polis akan dibuat dan kertas siasatan akan dibuka terhadap pihak yang membuat tuduhan palsu dan membuat fitnah.
Laporan lengkap berserta bukti-bukti dan saksi-saksi akan dikemukan kepada pihak pendakwaraya dalam masa yang terdekat.
Kertas pertuduhan sedang dibuat terhadap pihak yang membuat tuduhan palsu dan fitnah terhadap rasul.
Pihak penguatkuasa undang-undang akan bertindak apabila laporan polis dibuat terhadap pihak yang membuat tuduhan palsu dan fitnah tersebut.
Dalam masa yang terdekat laporan lengkap berserta bukti-bukti tuduhan-tuduhan palsu dan fitnah akan diserahkan kepada pihak polis.
Jika sekiranya pihak yang membuat tuduhan palsu dan fitnah itu menghilangkan diri maka waran tangkap akan dikeluarkan terhadap mereka.
Mereka perlu dihadapkan kemahkamah untuk dibicarakan dan dihukum jika sabit kesalahan mereka.
(Al-Mā'idah):33 - Sesungguhnya pembalasan terhadap orang-orang yang memerangi Allah dan Rasul-Nya dan membuat kerusakan di muka bumi, hanyalah mereka dibunuh atau disalib, atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan bertimbal balik, atau dibuang dari negeri (tempat kediamannya). Yang demikian itu (sebagai) suatu penghinaan untuk mereka didunia, dan di akhirat mereka beroleh siksaan yang besar,
(Al-'An`ām):117 - Sesungguhnya Tuhanmu, Dialah yang lebih mengetahui tentang orang yang tersesat dari jalan-Nya dan Dia lebih mengetahui tentang orang orang yang mendapat petunjuk.
Adakah orang-orang yang menuduh rasul itu sesat lebih mengetahui daripada tuhan?
(Al-'An`ām):116 - Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).
(Al-'An`ām):67 - Untuk setiap berita (yang dibawa oleh rasul-rasul) ada (waktu) terjadinya dan kelak kamu akan mengetahui.

No comments:

Post a Comment