Thursday, 14 February 2019

Scammer Valentine's..


Scammer Valentine's..
Dia dtg dekat2 senyum dan kasi bunga rose merah ni di hari kekasih... "free for you and take it give to your special"
Awal2 dah cakap free tapi hujung perbualan dia mintak "can I have some" maksudnya apa tu.
Kalau tau kene bayar bunga ni cakap la awal awal.tak la tiba terjah kata free. Marketing strategy dia sangat bangus.
Cuma menghampiri tourist especially Asian. Muka muka jawa mcm ni confirm kena.
Nak tak nak bagi 2euro ..no no ..terus muka dia berubah ., tanya semula dia nak 10euro.. amboii 10euro × 4.5 = rm45. Giler ke apa.. sekuntum bunga mcm tu rm45.
Masa ambil gambar ni dia sangat nice lepas dia tak dapat 10euro tu muka zombie terus.
Jadi saya decided pulang kan balik bunga dan ambil balik my 2euro tadi and tinggal kan dia utk tanggap mangsa lain.
*petua / tips
% Bila sampai tempat orang jangan terlalu ramah
% jangan terus percaya
% ambil masa fikir dan jangan gopoh gapah. Cool and relax kata local sana.
% simpan duit berasingan . Jangan masukkan semua duit dlm satu tmpt. Nanti dia nampak dia akan usaha utk dpt duit paling besar dalam wallet kita
% biar selekeh asalkan tak jadi tumpuan scammer nih
% jangan terus berbahasa english biar awalan perbualan mcm ayam dan itik. Atau lebih baik berbahasa isyarat. Supaya perhatian dia bukan pada kita .
% solo traveler, jauhkan diri dari bertanya local yg di jalanan. Sebaiknya pergi jalan sikit cari kedai / metro station yang mana kita boleh tanya pada staff tempat itu. Kalau ada kaunter pelancongan lebih baik..
% pastikan segala bag yg kita bawa bertutup kemas. Dan sentiasa mudah di lihat atau pusingkan bag ke bahagian depan. Senang nampak apa yg jadi pada bag kita.
% seboleh boleh nya membayar apa yg kita beli dengan jumlah yang tepat tanpa perlu tunggu baki. Ini penting . Kerana adajuga kes "your balance is mine " atau dia putar kata "my tips"
Apa pun happy holiday, happy Valentine's dan hati hati lah selalu.

No comments:

Post a Comment