PERSEDIAAN TIDAK PERNAH MERUGIKAN
Seorang murid pernah bertanya kepada Gurunya: "Wahai Guruku yang bijaksana, Guru telah mengajarkan kepada saya tentang cara untuk menjadi seorang pejuang, tetapi Guru juga sering menuturkan mengenai keamanan dan kedamaian. Lalu bagaimanakah Guru menggabungkan kedua-dua perkara tersebut serentak di dalam kehidupan?
Maka Sang Guru itu pun seraya menjawab: "Wahai muridku yang suci, lebih baiklah sekiranya kamu menjadi seorang panglima perang di tengah-tengah taman bunga, daripada menjadi seorang tukang kebun di tengah-tengah medan perang."
No comments:
Post a Comment