Tuesday, 12 February 2019

MISTERI ALAM QUANTUM


MISTERI ALAM QUANTUM
________________________________________
Setelah dilakukan penelitian dan uji kaji ilmiah, ternyata para saintis moden telah menemukan bahawa ada lagi sesuatu yang lebih kecil setelah atom, iaitu quantum @ vibration. Boleh dikatakan, pada tahap quantum ini, hanya ada ruang hampa atau dalam erti kata lain, tidak ada benda yang berjisim atau pun yang mempunyai wujud fizikal sama sekali.
________________________________________
Walaupun di alam quantum itu hanyalah berupa ruang hampa, namun ianya berisi sekumpulan gelombang yang menurut hukum fizik quantum, boleh mempengaruhi atau pun membentuk struktur sesuatu atom atau partikel pada jirim. Dan di alam quantum itu, sama sekali tidak berlaku hukum fizik normal.
________________________________________
Boleh juga disimpulkan, bahawa quantumlah yang membentuk kehidupan manusia pada saat ini secara atom dan molekulnya. Kerana di tahap quantum hanya ada gelombang, maka berlakulah hukum ketidakpastian. Maksudnya, kerana tidak terlihat secara fizikal, makanya keberadaan quantum ada di mana-mana dan boleh membentuk atom yang sesuai dengan frekuensi dari gelombang tersebut.
________________________________________
Disebabkan fikiran itu adalah gelombang, sama seperti karakter gelombang yang membentuk dan menentukan struktur atom, maka fikiran manusialah yang menentukan unsur atom dan partikel di dalam diri manusia. Bahasa mudahnya, fikiran kita boleh menentukan tindakan bahkan nasib kita sendiri.
________________________________________
"Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, kecuali kaum itu sendirilah yang berusaha untuk mengubahnya sendiri"

No comments:

Post a Comment