Saturday, 16 February 2019

MENGECAPI SYURGA


MENGECAPI SYURGA
________________________________________
Banyak kepercayaan menyatakan bahawa pada dahulu kala, manusia hidup di dalam syurga. Lalu terjadilah sebuah peristiwa yang membuat manusia turun ke dunia. Di dunia pula, banyak sekali manusia berjuang untuk memperolehi syurga yang dijanjikan setelah kematian mereka, sehinggakan mereka lupa, bahkan mereka menolak untuk menikmati kehidupan di dunia ini. Banyak juga yang mengatakan bahawa dunia ini adalah penjara, bahkanada yang mengatakan ia neraka.
________________________________________
Bagaimana mungkin begitu? Untuk apa Tuhan menciptakan dunia yang indah ini sebagai penjara dan menjerumuskan makhluk yang bernama manusia di dalamnya? Kebahagiaan adalah bersambungan. Bolehkah kelak kamu bahagia jika sekarang kamu tidak bahagia, atau bahkan menolak bahagia?
________________________________________
Seekor kera hanya boleh beranak kera, seekor kera tidak boleh beranak singa. Hanyalah kebahagiaan juga yang mampu melahirkan kebahagiaan. Jika kamu menderita sekarang, maka mustahil kamu akan bahagia nanti, di akhirat, atau di mana saja.
________________________________________
Ah, cintaku, betapa bodohnya aku. Dibodohkan oleh orang-orang bodoh yang terdahulu dariku. Cepatlah tanggalkan bajumu, marilah kita bercinta. Aku ingin mengecapi syurga itu sekarang juga. Di tubuhmu, di tubuhmu.

No comments:

Post a Comment