Tuesday, 12 February 2019

MELIHAT /kenal tuhan KETIKA DI DUNIA


MELIHAT /kenal tuhan KETIKA DI DUNIA
Pada suatu hari s dijemput ke rumah seorang u untuk ‘tengok-tengokkan’ anaknya yang mengidap penyakit misteri. S ke rumah beliau selepas waktu isyak/malam dan sempat beramah mesra dengan suami beliau yang juga seorang u merangkap nazir di sebuah masjid ditempat saya. Rupa-rupanya kedua-duanya adalah lepasan Universiti al-Azhar.
Setelah menghabiskan secawan teh, saya terus ‘tengok-tengokkan’ anak u itu dan saya dapati tiada apa yang ganjil pada anaknya melainkan keganjilan yang berlaku pada anaknya adalah akibat penyakit sawan. Itu saja.. dan saya nasihatkan agar u itu merujuk anaknya kepada doktor pakar.
Kami terus bersembang dan mata saya terpesona dengan sealmari kitab disudut rumahnya yang dipenuhi dengan kitab-kitab agama dan yang paling menarik perhatian ialah susunan lengkap kitab Ihya Ulumuddin. Lalu terlintas difikiran saya bahawa u ini tentunya seorang yang alim kerana antara kitab-kitab tela’ahannya adalah kitab Ihya Ulumuddin dan s berhajat untuk mendapat manfaat dari ilmunya. Terus s menukar topik perbualan yang berkisar tentang cerita-cerita jin dan hantu ke topik yang lebih bermakna iaitu topik agama. Dalam benak, s memilih topik tentang Tuhan. Terus s bertanya…
“Sudah tentu kita semua mengimani bahawa tuhan adalah Tuhan yg esa, lalu s ingin bertanya kepada u, bagaimanakah rupaNya?”
Ketara sekali raut wajah u itu menzahirkan rasa terkejutnya diatas pertanyaan s itu namun beliau kembali tersenyum dan berwajah manis seperti biasa. Dengan perlahan beliau memindahkan air teh yang bertakung didalam teko dan menuangnya ke dalam cawan s dan kemudian ke dalam cawannya. Beliau minum seteguk dan kemudian menjawab dengan senyuman yang tak pernah lekang..
“Seperti angin, kita tidak nampak rupanya namun angin itu wujudnya dapat dirasa maka begitulah tuhan, Ia tidak mungkin dapat dilihat namun kewujudanNya dapat dirasa”.
“Jadi maksud u, tuhan itu tidak dapat dilihat namun wujudnya dapat dirasai semisal angin.. begitu?”
“Ya.. begitulah”.
“Kemudian apa pula beza antara mukmin dan munafik?”
Beliau terdiam sebentar dan sekali lagi meneguk air tehnya dan kali ini sampai habis. Kemudian beliau bertanya…
“Apa hubung-kaitnya antara soalan pertama dengan soalan kedua yang baru en. Rizal tanyakan pada s?”
Dengan pantas dan tegas s menjawab..
“Memang ada hubung-kaitnya u kerana tuhan mengajarkan pada kita barangsiapa yang mengaku bertuhankan tuhan yg esa tetapi tidak tahu bagaimana rupaNya maka orang itu adalah munafik sebaliknya barangsiapa yang mengaku bertuhankan tuhan yg esa dan ia tahu bagaimanakah rupaNya maka orang itu barulah mukmin yang tulen”.
Tiba-tiba u itu ketawa kecil sambil menggeleng-gelengkan kepalanya dan sesekali beliau menyentuh hujung hidungnya dengan bucu ibu jari tangan kirinya dan kemudian menutup ketawa kecilnya dengan senyum simpul sambil pandangan matanya ditumpahkan ke lantai. Agaknya beliau lucu mendengar jawapan saya sebentar tadi. Saya pun turut tersenyum. Kemudian beliau bangun dari duduknya dan terus melangkah ke almari kitabnya dan mengambil sebuah kitab kemudian membelek-beleknya semacam mencari sesuatu. Kemudian beliau duduk dikerusi tadi dan berkata..
“Ini adalah kitab yang terkandung didalamnya pelajaran tentang aqidah atau tentang ilmu-ilmu Tawhid bersesuai dengan aqidah Ahlussunnah wal Jamaah. En. Rizal ada belajar ilmu sifat 20 tak?”
“Adalah sikit-sikit”
“Kalau begitu tentu en. Rizal tahu bagaimana mukholafatuhu lilhawadithnya tuhan pada zatNya!”
“Tahu.. tapi saya minta u sajalah yang menghuraikannya maklumlah saya mungkin banyak yang dah terlupa”.
Beliau senyum saja dan terus menghujahkan definisi mukholafatuhu lilhawadithnya zat tuhan berpandukan kitab yang dipegang beliau. Setelah membelek-belek kitab itu seketika lantas beliau berkata..
“Begini, sebenarnya Tuhan itu tiada rupa yang dengannya manusia dapat melihatNya lantas dapat pula mengenali rupaNya dan ini terbukti melalui dalil kitab/Al Quran sebagaimana firman tuhan “laisa kamithlihi syaiun” yang bermaksud tidak ada satu pun yang serupa denganNya [asy-Syuura:11]. Melalui dalil akal pula ulama menetapkan bahawasanya zat tuhan itu bersifat mukholafatuhu lilhawadith iaitu zatNya tidak sama dengan zat makhluk dari segi rupa bentuk, sifat dan perbuatan. Jadi apabila tuhan berkata yang diriNya laisa kamithlihi syaiun dan ulama membahaskannya dengan menetapkan tuhan itu bersifat mukholafatuhu lilhawadith maka fahamnya adalah jika zat tuhan itu tiada satu pun yang serupa denganNya bagaimana mungkin Ia dapat dikenal? Jika Ia tidak sama dengan makhluk bagaimana mungkin ia dapat dilihat? Jadi jika sudah terbukti melalui dalil naqli bahawa tuhan tidak boleh dilihat maka bertanya tentang rupanya atau samada Ia boleh dilihat atau tidak adalah sesuatu yang pelik. Lagi pula en. Rizal membawakan hujah yang tidak bersandarkan kepada dalil-dalil”.
“Jadi tuhan itu tiada rupa yang dengannya dapat Ia dilihat dan dikenali?”
“Ya.. perkara ini saya pasti dan yakin sekali”.
“Jadi u mengingkari bahawa tuhan itu ada rupa yang dengannya Ia dapat dilihat dan dikenali?”
“Tentu sekali, lagipun pendapat en. Rizal ini terang-terang menyalahi aqidah dan tiada dalil!.. en. Rizal kena tahu bahawa salah satu daripada syarat sahnya aqidah seseorang itu ialah pegangannya wajib muafakah dengan pegangan ijma’ ulama Ahlussunnah”.
Suasana senyap seketika. Nampaknya u yang sedari tadi asyik tersenyum dan berwajah manis itu mulai serius malah isterinya juga asyik berkerut sahaja keningnya sedari awal mendengar perbualan kami. Memandangkan suasana tiba-tiba menjadi hangat lalu saya meminta izin dari u itu untuk mengambil sebuah kitab dari almarinya dan beliau mengizinkan. Terus saya capai kitab yang bertajuk Terjemahan Hadis Shahih Muslim yang berkulit tebal berwarna hijau tua yang mengandungi tiga jilid, diterjemahkan oleh H.A. Razak dan H. Rais Lathief yang diterbitkan oleh Pustaka Al-Husna berpangkalan di Jakarta, Indonesia yakni cetakan ke tiga pada tahun 1980. Saya cari mukasurat 126 yang ada padanya hadis pada kedudukan yang ke 119 pada jilid 1 kemudian saya minta isteri u yang duduk disamping suaminya untuk membacakannya dengan jelas dan isteri u itu terus membaca hadis itu yang bermaksud..
Dari Abu Sa’id Al-Chudhry, katanya: ‘Dahulu orang banyak bertanya kepada Rasulillah tentang kemungkinan melihat tuhan pada hari akhirat. Kata baginda, “Benar, adakah kamu terhalang memandang matahari waktu tengah hari dalam keadaan cuaca jernih?” Jawab hadirin, “Tidak Tuan!” Berkata Rasulillah , “Pada hari akhirat kelak, tidaklah kamu akan sulit melihat Tuhan, sama saja mudahnya dengan memandang matahari dan bulan purnama.” Berkata lagi Rasulillah , “Nanti, pada hari akhirat akan ada pengumuman supaya tiap-tiap kaum mengikut siapa yang dipujanya diatas dunia ini, maka semua penyembah berhala/kaabah dan patung akan jatuh berbondong-bondong ke dalam api neraka dan hanya yang tinggal ialah penyembah tuhan/kenal/beriman dari orang-orang mukmin, orang-orang munafik dan sisa-sisa ahli kitab. Maka kaum Yahudi segera dipanggil lalu ditanya, “Apakah yang kamu sembah?” Jawab mereka itu, “Uzair anak tuhan!” Dikatakan kepada mereka itu, “Bohong! tuhan tidak beristeri dan tidak beranak!” Kemudian mereka itu ditanya tentang apa keinginannya. Jawab kaum Yahudi itu, “Kami haus wahai Tuhan, berilah kami minum!” akan ditunjukkan kepada mereka dan dikatakan, “Pergilah ke air itu!” Mereka lalu dibawa ke arah fatamorgana yang kelihatan seperti air tetapi sebenarnya adalah api neraka dan disanalah mereka itu jatuh berbondong-bondong.
Kemudian dipanggil pula umat Nasrani dan ditanya dengan pertanyaan yang sama dengan kaum Yahudi. Mereka menjawab, “Kami menyembah Isa anak tuhan” maka mereka pun mengalami nasib yang sama dengan kaum Yahudi. Apabila yang tinggal hanya kaum penyembah tuhan/kenal/beriman dari orang-orang mukmin dan munafik, datanglah tuhan kepada mereka itu dengan bentuk yang belum pernah dilihat oleh mereka itu seraya berkata, “Apa lagi yang kamu tunggu?, tiap-tiap kaum telah pergi mengikut pujaannya” Jawab kaum mukmin, “Oh Tuhan! Waktu kami diatas dunia, kaum-kaum itu telah kami tinggalkan dan tidaklah kami sehaluan dengan mereka itu, walaupun mereka itu kaum kerabat kami” Berkata tuhan dalam bentuk yang tidak dikenal, “Aku Tuhanmu!” Jawab kaum mukmin, “Kami berlindung kepada tuhan dari tipuanmu!, kami tidak pernah menyengutukan tuhan.” Perkataan itu diulang-ulang sampai dua atau tiga kali dan ada diantara mereka itu yang hampir ragu-ragu lalu berkata kepada kawan-kawannya, “Adakah benar saudara-saudara mengenal tanda-tanda tuhan?” Jawab kawan-kawannya, “Ya!” Setelah itu hilanglah kebingungan mereka itu dan pada saat itu pula diketahuilah siapa diantara mereka itu yang benar-benar mukmin dan yang benar-benar munafik. Kaum mukmin diizinkan sujud tetapi kaum munafik yang menyembah tuhan hanya kerana menunjuk-nunjuk dan pura-pura saja, tidaklah dapat sujud kerana tulang punggung mereka telah menjadi satu, sehingga tiap-tiap kali akan sujud, mereka akan jatuh terduduk. Setelah kaum mukmin mengangkatkan kepalanya dari sujud tadi, kelihatanlah tuhan telah kembali kepada bentuknya semula yakni bentuk yang telah dikenali oleh mereka sebelum itu seraya berkata, “Akulah Tuhanmu!” Maka jawab kaum mukmin itu, “Benar! Engkaulah tuhan kami.”…
“Fahamkah u apa yang disampaikan oleh Rasulillah pada hadis sahih yang dibaca isteri u sebentar tadi?”
Saya lihat mata u itu terkebil-kebil saja. Renungannya kosong seolah-olah titik perhatiannya hanya tertumpu memikirkan sesuatu yang amat berat dimindanya. Beliau kemudiannya mengambil kitab Terjemahan Hadis Shahih Muslim yang berada dipangkuan isterinya lalu membacanya untuk kali kedua. Habis sahaja membaca hadis tadi terus sahaja beliau memandang muka s dan s seolah-olah mengerti bahawa pandangan itu seperti menunggu penjelasan dari s
“Cuba u perhatikan baik-baik pertanyaan kepada Rasulillah tentang adakah tuhan itu dapat dilihat kelak dihari kiamat lantas Rasulillah menjawabnya dengan berkata “Pada hari akhirat kelak, tidaklah kamu akan sulit melihat Tuhan, sama saja mudahnya dengan memandang matahari dan bulan purnama”. Maka kata-kata Rasulillah ini telah membatalkan hujah akal u yang memisalkan tuhan dengan keadaan angin sedang Rasulillah memisalkan perkara dapat melihat tuhan dengan jelasnya seperti melihat matahari dan bulan purnama. Jadi kesimpulannya tuhan itu dapat dilihat dengan jelas dan terang. Adakah u setuju?”
U diam sahaja tetapi isterinya tiba-tiba sahaja mencelah.
“Itu tentang melihat tuhan di akhirat yakni perkara khusus yang terjadi pada hari kiamat/tertegak sahaja dan bukannya tuhan itu dapat dilihat seterusnya dapat dikenal didunia ini dengan jelas seperti melihat kepada matahari dan bulan purnama”.
Kali ini saya pula yang tersenyum mendengar penjelasan dari isteri u kemudian membetulkan duduk s sambil minum beberapa teguk air teh yang telah sejuk.
“Sila isteri u perhatikan baik-baik pada ayat yang berbunyi, “Setelah kaum mukmin mengangkatkan kepalanya dari sujud tadi, kelihatanlah tuhan telah kembali kepada bentuknya semula yakni bentuk yang telah dikenali oleh mereka sebelum itu seraya berkata, “Akulah Tuhanmu!” Maka jawab kaum mukmin itu, “Benar! Engkaulah tuhan kami”. Bukankah telah amat jelas ayat itu menjelaskan bahawa tuhan itu datang kepada mereka didalam bentuk yang mereka telah kenali sebelum terjadinya peristiwa itu dan sudah semestinyalah pengenalan terhadap rupa tuhan itu berlaku sejak didunia ini lagi. Jika bukan demikian lantas bagaimana mereka akan dapat mengenal rupa tuhan sedang didunia ini mereka tidak tahu rupa tuhan?”
Jelas terpapar kegelisahan pada raut wajah isteri u yang jenih dan bersih itu setelah mendengar penjelasan s namun dapat s perhatikan beliau benar-benar berusaha agar kegelisahannya itu dapat disembunyikan. Lantas beliau berkata..
“Tidak mungkin didunia ini tuhan itu dapat dilihat rupanya dan pengenalan terhadap rupa tuhan yang terjadi dihari kiamat/tertegak dan akhirat itu adalah semata-mata hasil daripada amalan yang kita lakukan didunia ini”.
“Maksud isteri u apabila seseorang itu banyak amalan baiknya didunia ini maka secara otomatik dia dapat mengenal rupa tuhan diakhirat nanti.. begitu?”
“Ya”
“Maka saya minta isteri u kemukakan dalil-dalil yang diambil daripada kitab/Al Quran dan hadis yang dapat menyokong pandangan isteri u itu”.
Suasana kembali senyap. U dan isteri u masing-masing memandang diantara satu sama lain. Gelisah.
“Baiklah, sekarang saya akan kemukakan bukti daripada kitab/hadis bahawa orang yang mukmin itu telah mengenal rupa tuhan dengan yakin lagi pasti semenjak mereka di dunia lagi dan bukannya mereka secara otomatik akan tahu dek kerana amalan baik yang telah dilakukannya didunia dulu. Cuba isteri u buka muka surat 120 pada kitab yang sama dan cuba baca kitab/hadis yang ke 118 itu”.
Kemudian isteri u terus mencari kitab/hadis yang s katakan dan terus membacanya dan hadis itu bermaksud..
Dari Abu Hurairah r.a. katanya: Bertanya orang banyak kepada Rasulillah: “Apakah kami akan melihat zat tuhan dihari kiamat/tertegak dan akhirat kelak ya Rasulillah?” Jawab beliau: “Apakah pernah kamu terhalang memandang bulan purnama raya?” Jawab mereka itu: “Tidak!” Berkata pula Rasulillah: “Adakah kamu sukar melihat matahari ketika tak ada awan menutupinya?” Jawab mereka itu: “Tidak Tuan!” Maka berkata Rasulillah: “Demikianlah jelasnya kamu akan melihat tuhan kelak.” Kemudian Rasulillah meneruskan perkataannya, kata beliau: “Pada hari kiamat/tertegak nanti, tuhan akan mengumpulkan semua manusia lalu bertitah: Hendaklah tiap-tiap orang mengikut siapa/apa yang disembahnya didunia!” Mendengar itu maka semua penyembah matahari mengikut matahari, penyembah bulan mengikut bulan dan pemuja Thoghut mengikut Thoghut dan didalam rombongan kaum mukmin (yang belum bergerak) terdapat pula kaum munafik.
Kemudian tuhan datang kepada mereka itu dengan wajah yang tidak dikenal lalu berkata: “Aku Tuhanmu.” Maka jawab kaum mukmin: “Kami berlindung kepada tuhan dari godaanmu! Kami tidak akan bergerak dari sini sebelum datang Tuhan kami yang sejati dan apabila ia datang kepada kami, dapat kami mengenalNya”. Setelah itu datanglah tuhan dengan rupanya yang dikenal oleh orang-orang mukmin itu lalu berkata: “Aku Tuhanmu”. Maka jawab kaum mukmin: “Benar, engkaulah Tuhan kami”. Mereka itu pun segera mengikutinya”..
“Cuba lihat pada ayat yang berbunyi “Pada hari kiamat/tertegak nanti, tuhan akan mengumpulkan semua manusia lalu bertitah: Hendaklah tiap-tiap orang mengikut siapa/apa yang disembahnya didunia!”. Maka seruan ini ditujukan kepada semua manusia yang ada disitu ketika itu termasuklah orang-orang mukmin. Bukankah tuhan pada ayat itu secara terang-terang menyebut agar mengikut siapa atau apa yang disembahnya di DUNIA? Maka yang dikatakan sebagai mukmin yang tulen itu ialah mereka menyembah Tuhan yang mereka tahu rupaNya didunia ini. Kemudian…..”
Dengan pantas u mencelah dan memotong percakapan s lalu melontarkan sanggahannya.
“Mari kita perhatikan semula masalah ini pada sudut ilmu Tawhid..”
Sebenarnya saya terkejut dengan tindakan u itu yang tiba-tiba memotong hujahan saya yang masih belum habis saya luahkan namun s mengalah dan cuba meneliti apa yang mahu dikatakannya.
“..Secara tafsilinya mukholafatuhu lilhawadith itu merujuk kepada pengertian bahawa mustahil tuhan itu zat, sifat dan af’alNya bersamaan dengan zat, sifat dan af’al makhluk. Mari kita kecilkan sudut pandang masalah ini pada ruang lingkup zat sahaja. Setuju tak en. Rizal?”
S mengangguk beberapa kali.
“Zat tuhan itu bersifat qadim hakiki (ada sejak azali tanpa didahului sesuatu) sedang zat makhluk itu bersifat muhadas (baru dijadikan). Selain tuhan yakni alam maka ianya terdiri daripada jauhar, jirim, jisim dan aradh. Maka segala jauhar, jirim, jisim dan aradh itu makhluk yang bersifat muhadas. Jadinya en. Rizal.. alam dunia ini adalah alam muhadas dan yang terkandung didalamnya walau apapun jenis dan rupanya adalah muhadas juga. Jika rupa tuhan itu dapat dilihat didunia ini maka itu bermakna tuhan ada didunia ini secara zahir dan berjisim maka ketika itu ternafilah bahawa tuhan itu bersifat qadim hakiki sebaliknya Ia tergolong muhadas kerana setiap apa yang zahir didalam dunia ini adalah muhadas dan jika tuhan itu bersifat muhadas maka ternafilah Ia bersifat nafsiyah, salbiyah dan ma’nawiyah kerana mustahil muhadas itu berlaziman dengan sifat nafsiyah, salbiyah dan ma’nawiyah. Adakah en. Rizal faham apa yang saya sampaikan ini?”
“Teruskan”.
“Nampaknya jika en. Rizal mengatakan tuhan boleh dilihat rupanya didunia ini maka itu bererti en. Rizal telah menjisimkan tuhan atau dengan kata lain en. Rizal telah mengiktiqadkan zat tuhan adalah sama dengan zat makhluk. En. Rizal tahu apa implikasinya jika zat tuhan disamakan dengan zat makhluk? Implikasinya ialah akan ternafi tuhan itu wajib bersifat dengan 20 sifat yang dibahaskan didalam ilmu Tawhid maka dengan ini bermakna tuhan itu bukan Tuhan!.. naudzubillaahi min zalik”.
Nampak bersemangat benar u membahaskan isu ini pada sudut ilmu Tawhid dan jelas kelihatan sedikit senyuman di bucu bibirnya menandakan beliau puas dengan hujahnya almaklum dengan hujah itu jugalah puak-puak Jahmiyah atau Mujasimah pernah ditundukkan oleh ulama Asya’irah. isteri U pula mulai tersenyum dan sesekali jelas nampak diraut wajahnya pameran rasa bangga terhadap hujah-hujah suaminya. Air teh panas dituangkan lagi ke dalam cawan saya oleh isteri u dengan senyuman yang masih menguntum kemudian beliau mempersilakan s minum. S teguk air teh itu perlahan-lahan sampai habis. Tiba-tiba isteri u berseloroh..
“Hai en. Rizal.. selamba je minum.. masih kurang lagi ke panasnya?”
Hati terasa seperti ditekan lembing mendengar usikkan itu dan sekonyong-konyong berderau rasanya darah keluar dari jantung menyelinap urat sehingga derauannya mewujudkan gelombang yang menggetarkan bulu roma di tengkuk dan di lengan. Hebat sungguh kiasan isteri u. Mungkin pada beliau saya sudah ‘kalah perang’ apabila berhadapan dengan hujah suaminya yang berhujah dengan ilmu Tawhid. Seperti biasa saya senyum saja dan mulai menarik nafas panjang untuk meredakan sisa derauan yang masih ada dilengan. Pada s tiada cara lain untuk menundukkan hujah u melainkan berhujah melalui peraturan ilmu Tawhid dari aliran Asya’irah juga.
“Begini ya u.. saya ingin bertanya kepada u, adakah yang dimaksudkan muhadas itu termasuk juga alam akhirat dan isi-isinya selain alam dunia ini?”
“Tentu sekalilah en. Rizal sebab selain tuhan semuanya muhadas.. termasuklah alam akhirat itu.. kenapa?”
“Adakah u percaya dihari akhirat kelak kita semua akan dapat melihat tuhan seperti mana yang tercatat didalam kitab/hadis yang u baca tadi dan seperti didalam kitab/Al Quran daripada surah al-Qiyaamah ayat 22-23 yang bermaksud “wajah-wajah (orang-orang mukmin) pada hari itu (hari qiamat) berseri-seri. Kepada Tuhannyalah mereka melihat?”
“Ya, saya percaya”
“Kalau macam tu, u adalah orang yang tergolong dalam golongan yang sama iktiqadnya dengan golongan Mujasimah yang menjisimkan tuhan. Bukankah u sendiri yang mengatakan tuhan mustahil zahir dalam alam muhadas dan bukankah alam akhirat itu juga adalah alam muhadas?”
U terkedu.
“Ternyata alam akhirat itu juga adalah muhadas maka dimanakah u hendak meletakkan iktiqad u bahawasanya tuhan itu mustahil zahir pada alam muhadas sedangkan secara terang Rasulillah memberitahu dihari akhirat kelak tuhan akan datang kepada orang mukmin dengan rupa yang dapat dikenali?”
U masih terkedu.
“Kalau mengikut bahas ahlikitab/ulama, tuhan itu mustahil zahir pada alam muhadas dan mustahil rupanya dapat dikenal tetapi mengikut kata Rasulillah, tuhan itu zahir pada alam muhadas dan kerana itu rupanya dapat dikenal. Nah! Mana satukah yang u nak pakai.. bahas ulama atau kata-kata Rasulillah?”
U dan isteri u sama-sama terkedu.
“Jika alam akhirat itu muhadas dan alam dunia juga muhadas maka apa penghalangnya yang boleh menghalang tuhan zahir didunia dalam rupa yang dapat dikenal oleh orang mukmin sedang Dia akan menampakkan diriNya juga diakhirat nanti dalam bentuk rupa yang dikenal oleh orang mukmin semasa didunia dahulu?”
U yang tadinya duduk tegak kemudiannya tersandar di kerusi.. matanya memandang ke arah kipas yang berputar ligat disiling rumahnya. Mungkin seligat itu juga fikirannya berputar untuk menilai penjelasan yang s berikan sebentar tadi. isteri U diam saja sambil matanya merenung lantai. Kemudian s menambah..
“Bukankah agama Islam mengajar kepada kita agar tunduk akal pada wahyu. Nah.. telah s kemukakan hujahan s dengan wahyu namun kenapa masih tunduk kepada akal dan bahasan ahli kitab/ulama?”
Kali ini mata u tepat merenung tajam ke arah s dan jelas kelihatan titik-titik peluh membintik di hidungnya. Kemudian beliau menegakkan kembali duduknya dan meneguk air teh sehingga habis. Beliau mempelawa s menghabiskan juadah kuih yang telah lama terletak menunggu masa dimakan sahaja.
“Boleh en. Rizal kemukakan lain-lain bukti yang mengatakan tuhan boleh dilihat di dunia ini?”
Lembut bunyinya pertanyaan u itu.
“Ya, boleh.. Sayidina Ali r.a. pernah berkata “lam a’bud robban lam arohu” yang bermaksud “aku tidak menyembah kepada Tuhan yang tidak aku lihat”, kata-kata ini saya kutip dari kitab Sirrul Asrar karangan As-Syeikh Abdul Qadir al-Jailani”.
“Itu hadis Mauquf, adakah sanadnya sahih?”
“Tentang sanadnya s tidak tahu tetapi bagi s sudah cukup sekiranya menilai hadis Mauquf itu sebagai sahih dengan hanya memandang kepada kredibiliti penulis kitab itu iaitu seorang ulama besar Tasawuf yang terkemuka dan lagi bermartabat sultanul awliya”.
Kemudian s menambah..
“U.. ketahuilah! Orang mukmin tulen itu adalah siapa-siapa yang beriman dengan tuhan didunia ini serta mereka mengetahui rupa Tuhan mereka didunia ini dan mereka yakini bahawa Tuhan yang mereka kenali rupaNya itu akan datang pada hari kiamat/tertegak dan akhirat dengan rupa yang telah mereka kenali semasa didunia ini dan u tak boleh sangkal perkara ini kerana telah terbukti dengan dalil. Kemudian barangsiapa yang beriman dengan tuhan tetapi tidak tahu bagaimanakah rupaNya didunia ini maka orang itu adalah tergolong dalam golongan munafiq biar pun dia adalah seorang mufti atau ulama sekalipun”.
Tiba-tiba isteri u mencelah.
“Saya rasa isu yang sedang kita bincangkan ini amat berat dan tiada yang lebih memahami isu ini melainkan ulama Tasawuf. Saya rasa eloklah en. Rizal bertanyakan isu ini pada ulama Tasawuf. Kadang-kadang tidak semua pendapat kita itu benar almaklum kita bukannya ulama”.
Sekali lagi isteri u menyerang s dengan kata-kata sinisnya. Wajahnya lembut tetapi kata-katanya runcing dan tajam. Tapi s tak ambil hati. Nampaknya mereka tetap dengan pendirian mereka dan tak mahu berganjak darinya sehingga mengalihkan isu kepada pendapat ulama Tasawuf pula. Mungkin mereka tidak mahu mempertimbangkan hujah s sebab s bukan golongan beragama/ustaz yang diiktiraf pihak kerajaan seperti mereka atau mungkin sebab mereka terhijab dengan cara pakaian s yang biasa-biasa saja yang tidak berkopiah, berjubah dan tidak mengenakan minyak wangi seperti mereka. Pada mereka mungkin urusan agama itu tidak layak dibahas oleh orang seperti s yang mereka anggap semata-mata sebagai bomoh atau dukun yang boleh dipanggil bila-bila masa yang pasti akan berkhidmat demi menambah duit poket atau mungkin mereka menilai rendah personaliti s berdasarkan motorsikal Kriss s yang sudah lusuh tanpa ada brek dan angin tayar yang sentiasa kurang ditambah dengan kulit dibahagian tempat duduknya telah koyak rabak dicakar kucing yang s tunggang tiga malam berturut-turut untuk sampai ke rumahnya biar pun s terpaksa berbasah dalam hujan. Sebenarnya jika nak dibandingkan dengan mereka, awal-awal lagi s sudah kalah dari semua sudut duniawi almaklumlah mereka itu lepasan al-Azhar ditambah pula mereka memiliki rumah dan kenderaan yang besar lagi cantik sementelah keluarga mereka dipandang mulia oleh masyarakat kerana u berpangkat nazir. Saya pula pada mereka mungkin hanya sekadar seorang perawat upahan mereka yang bermotor lusuh.
Namun itu semua adalah mungkin sahaja dan s lebih suka berlapang dada dan berbaik sangka saja. S perhatikan u dan isteri u hanya diam saja dan hanya tuhan sahaja yang tahu gumam hati mereka. Jam sudah menunjukkan jam 11.23 minit malam. Anak mereka yang berpenyakit sawan itu sudah pun tidur tetapi hujan masih renyai. Tiada tanda-tanda mereka hendak meneruskan perbincangan makanya s membuat keputusan untuk balik. Balik dengan menaiki motorsikal lusuh dalam hujan renyai untuk pulang ke rumah yang serba kurang namun alhamdulilah.. alhamdulillah kerana s telah kenal rupa Tuhan s yang sepatutnya orang mukmin kenali didunia ini. Semoga tuhan memberi petunjuk kepada u dan isteri u serta menyembuhkan anak mereka. Amin.
Perkongsian oleh FB
saudara Shahibul Karib

No comments:

Post a Comment