Wednesday, 20 February 2019

makan se jemput

Ramai dari kita jahil tentang hukum hadir jemputan kenduri. Ramai dari kalangan dari kita suka bawa kawan yang tak dijemput oleh tuan rumah, sedangkan hukum memakan makanan kenduri yang tak diundang adalah haram, jika sudah makan wajib bertaubat dan minta halal dari tuan rumah dan wajib membayar harga makan tersebut. Jika belum makan , maka wajib seseorang itu meminta izin atau kebenaran dari tuan rumah . Siapa yang wajib minta izin? Yaitu sesiapa yang membawa kawan yang tak diundang itu. Salah satu caranya: saya ada membawa seorang kawan yang tak diundang adakah tuan hamba izinkan dia makan atau hadir makan dimajlis ini? Perlu diingat hukum minta izin itu wajib, dan hukum tuan rumah memberi izin adalah sunat. Jika diberi izin maka boleh makan ,jika tidak diberi izin maka haram makan, jika tuan rumah suruh balik maka wajib balik. Jika makan tampa minta izin wajib bertaubat, minta halal dan wajib bayar nilai makanan yang dimakan. Bagaimana kalau bawa ahli keluarga? Hukumnya halal jika dia ada tulis dikad atau dia menjemput seisi keluarga.
Jika sendiri handir tampa diundang atau diajak oleh orang lain untuk hadir ? . Maka hukumnya adalah sama dengan mencuri, maka wajib bertaubat, wajib minta halal dan wajib membayar ganti rugi dengan nilaian makanan yang dimakan.
Inilah hukum yang ramai tidak tahu. Maka jangan memandai mandai mengajak orang yang tak diundang.
Ingt hadir majlis yang tak diundang itu tidak haram, yang menjadi haram ialah makan makanan dimajlis yang tidak diundang. Kenapa haram ?kerana tuan rumah hanya menyediakan makanan untuk tetamu yang diundang, jika hadir tetamu yang tak diundang maka itu telah menyusahkan tuan rumah dan memakan makanan hak orang lain yang bukan menjadi hak dia. Nak lebih detil sila buka kitab bab jemputan walilah.

No comments:

Post a Comment