KISAH ZUN NUN AL-MISRI DAN SEORANG PEMABUK
Dikisahkan bahawa Zun Nun Al-Misri r.a (seorang wali terkenal dari Mesir) pernah bercerita, katanya:
Ketika saya bersiar-siar di tepi Sungai Nil, melihat kenikmatan dan keindahan ciptaan tuhan yang Maha Agung, saya terserempak dengan seekor kala jengking yang besar keluar dari lubangnya dan merayap dengan cepatnya. Ia berlari dengan ligat hingga akhirnya ia masuk ke dalam Sungai Nil.
Tiba-tiba, muncul seekor katak yang telah menunggu di atas permukaan air tersebut, maka segeralah kala jengking itu melompat ke atas belakangnya, maka katak pun berenang-renang segera menyeberang menuju ke arah pantai Sungai Nil di sebelahnya. Apabila sampai saja katak disitu, kala jengking itu pun melompat pula naik ke atas daratan.
Sementara saya memerhatikan telatah katak dan kala jengking, saya turut berlari-lari meniti jambatan hingga saya sampai ke tebing sungai yang berhadapan.
Saya mencari-cari kala jengking itu dari bekas-bekas jalannya, sehingga saya tiba ke sebuah pokok. Saya melihat dibawahnya terdapat seorang lelaki yang sedang mabuk, tidak sedarkan diri lagi dan terbaring di atas tanah sedang botol arak masih ditangannya. Ketika itu juga saya lihat ada seekor ular yang hendak mematuk orang mabuk itu, maka tiba-tiba sang kala jengking tadi datang dan menyengatnya hinggalah ular itu mati.
Saya lebih takjub lagi melihat perkara yang berlaku ini. Lalu saya bersyukur kepada tuhan yang telah mengelakkan saya dari membunuh kala jengking tadi. Kalau tidak, tentulah lelaki yang mabuk itu akan dipatuk ular tadi. Semuanya ada hikmahnya!
Saya lebih takjub lagi melihat perkara yang berlaku ini. Lalu saya bersyukur kepada tuhan yang telah mengelakkan saya dari membunuh kala jengking tadi. Kalau tidak, tentulah lelaki yang mabuk itu akan dipatuk ular tadi. Semuanya ada hikmahnya!
Saya pun mengejutkan orang mabuk itu. Dia tersedar dari tidurnya, dan sebaik sahaja dia lihat ada seekor ular di sampingnya, lalu dia bangun terperanjat, ingin melarikan diri, maka saya menahannya seraya berkata:
"Jangan takut! Ular itu sudah mati," kataku.
"Jangan takut! Ular itu sudah mati," kataku.
"Sudah mati?" katanya. "Bagaimana ia boleh berada disini?"
Saya pun menceritakan segala yang berlaku antaraku dan kala jengking itu, dan segala yang saya saksikan ketika baru sampai di pokok itu. Lelaki itu kagum mendengar ceritaku dan berasa insaf atas perbuatan jahatnya.
Lalu dia mengangkat kepalanya ke arah langit, seraya bermunajat dengan air matanya jatuh berderai, katanya:
"Ya Ilahi jika begini rahmat Engkau terhadap hamba-Mu yang selalu menderhakaiMu, Engkau selamatkan aku dari bahaya yang boleh membinasakanku, padahal aku mabuk dan sedang melanggar perintahMu. Maka bagaimanakah rahmatMu keatas orang yang mentaatiMu, orang yang selalu menjaga segala perintahMu? "Sememangnya aku manusia yang tidak tahu mengenang budi!"
"Ya Tuhan Maha Agung Maha Mulia! Aku berjanji kepadaMu, bahawa aku akan menjaga diriku, dan tidak akan menderhakaiMu lagi selepas hari ini!
Kemudian lelaki itu berpaling kepadaku dan berkata:
"Engkau siapa?"
"Aku Zun-Nun," jawabku.
"Terima Kasih wahai Zun-Nun, kerana ceritamu ini aku menjadi insaf dan aku akan kembali ke jalan Tuhanku."
Lelaki itu berlalu pergi, dan perasaan taubat kelihatan di wajahnya. Dia telah mendapat taufiq dari tuhan mudah-mudahan dia menjadi orang yang soleh.
Kisah ini memaparkan kepada kita betapa penjagaan dan pemeliharaan tuhan walau keatas makhluknya. Kita dilarang sama sekali untuk berputus asa dari rahmat tuhan. Kerana sejak azali , tuhan telah menetapkan bahawa rahmat-Nya mengatasi murka-Nya. Bersegeralah menuju kepada pintu taubat yang masih terbuka selagi nyawa tidak smpai ke kerongkongan.
Dipetik dari kitab Raudh ar-Riyahin fi Manaqibis Solihin.
No comments:
Post a Comment