"Al-Haqiqah Al-Muhammadiyah"
(HAKIKAT NUR MUHAMMAD)
(HAKIKAT NUR MUHAMMAD)
________________________________________
Fahaman tentang Nur Muhammad ini berdasarkan pada hadis nabi yang sangat popular di kalangan ahli sufi, iaitu: “Aku berasal dari cahaya Tuhan, dan seluruh dunia berasal dari cahayaku”.

Menurut Syeikh Al-Hallaj, Nur Muhammad merupakan asal atau sumber dari segala sesuatu, segala kejadian, amal perbuatan, dan juga ilmu pengetahuan. Dan lagi, dengan perantaraan Nur Muhammad itulah pula alam ini dijadikan.

Nur Muhammad boleh diertikan juga sebagai pusat kesatuan alam dan pusat kesatuan nubuwwat segala Nabi. Dan nabi-nabi itu, nubuwwatnya ataupun dirinya itu, hanyalah sebahagian dari Nur Muhammad. Segala macam ilmu, hikmat dan nubuwwat pada hakikatnya adalah pancaran dari Nur Muhammad.

Menurut Maulana Al-Hallaj lagi, kejadian Nabi Muhammad terbentuk dari dua rupa. Pertama, rupanya yang qadim dan azali, iaitu dia telah terjadi sebelum terjadinya segala yang ada ini. Kedua, ialah rupanya sebagai manusia, sebagai seorang Rasul dan Nabi yang diutus Tuhan. Rupanya sebagai manusia akan mengalami maut, tetapi rupanya yang qadim akan tetap ada meliputi alam.

Dan fahaman ini kemudian dikembangkan dan disebar luaskan oleh Syeikh Muhyiddin Ibnu Al Arabi dan Abd Al Karim bin Ibrahim Al Jilli dalam kerangka idea Insan Kamil. Dalam teori kejadian alam dari Nur Muhammad ini, nampak adanya pengaruh dari ajaran falsafah.

Kalau dalam filosofi Islam, teori terjadinya alam semesta diperkenalkan oleh Al Farabi dengan mentafsirkan teori emanasi Neo Platonisme, maka dalam tasawuf pula, teori ini mula-mula diperkenalkan oleh Al Hallaj dengan konsep barunya yang disebut Nur Muhammad atau Haqiqah Muhammadiyah sebagai sumber dari segala yang maujud.

No comments:
Post a Comment