Bagaimana mahu menjadi seorang muslim (orang yang berdamai) ?
Jika anda pada hari ini mengambil keputusan untuk menuruti Al Quran yang diturunkan Tuhan seperti yang blog ini sarankan dan menjadi seorang muslim. Maka, apakah yang perlu anda lakukan ?
Untuk menjadi seorang yang damai (muslim) anda tidak perlu melakukan apa-apa. Anda tidak perlu memandai-mandai mengharamkan rezeki yang Tuhan kurniakan sebagai makanan anda.
Anda tidak perlu berkhatan. Jika anda sedang hidup bersama ibu-bapa anda yang beragama Hindu atau Buddha atau Kristian (suasana Malaysia), anda tidak perlu keluar dari rumah itu atau memandai-mandai memanggil ibu-bapa anda kafir.
Anda tidak perlu menyambut eidul fitri. Anda juga tidak perlu belajar bahasa arab supaya anda boleh mengungkap ucapan syahadah.
Asasnya anda tidak perlu menukar budaya anda atau menukar siapa diri anda. Sebabnya adalah mudah. Hanya Tuhan sahaja yang tahu samada anda beriman ataupun tidak.
Lagipun keimanan adalah hak eksklusif Tuhan. Kita tidak berdaya untuk menjadikan diri kita beriman.
A100
"Dan tidak ada seorangpun yang beriman kecuali dengan izin Allah; dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang tidak mempergunakan akalnya" AQ 10:100
YANG PERLU ANDA LAKUKAN HANYALAH MENSTRUKTUR SEMULA PEMIKIRAN ANDA. Iaitu dengan menjadi damai kepada semua perkara di sekeliling anda. Bahasa modennya ialah reform atau islah atau kembali.
Kedamaian (Islam) adalah state of mind. Ia bukan sesuatu yang boleh di dapati melalui perubahan fizikal seperti memakai jubah atau sarban serta menyimpan jambang panjang atau menutup seluruh badan anda dengan kain dari muka sampai ke kaki. Kedamaian adalah jiwa dan raga anda.
Apabila mental berada di dalam keadaan damai, maka itu adalah tanda anda sedang berada dalam Islam atau peacefulness atau blissfulness.
Meletak sticker "Ana Muslim" di cermin kereta tidak menjadikan anda Islam. Bagaimana anda kata anda seorang yang damai (muslim) sedangkan anda bermimpi untuk menegakkan undang-undang untuk memotong tangan orang lain dan membunuh orang yang anda memandai-mandai memanggilnya kafir yang mana anda tidak mempunyai kuasa untuk mengetahui kekafiran itu.
Kedamaian tidak dapat diperolehi dengan menggantung ayat-ayat Al Quran di pintu rumah. Ia juga tidak dapat diperolehi dengan belajar menyebut sebutan huruf-huruf Al Quran siap dengan diagram di mana lidah perlu berada semasa menyebutnya.
Kedamaian tidak memerlukan anda mengembara separuh dunia untuk pergi ke satu tanah asing bagi menyembah batu yang tidak boleh memberi anda manafaat ataupun mudarat.
Kedamaian boleh diperolehi di dalam bilik tidur anda jika anda mahu.
Memainkan alunan mengaji Al Quran sehabis volume juga tidak menjadikan anda Islam. Al Quran adalah petunjuk. Untuk sesuatu berupaya menjadi petunjuk anda perlu membawa pemikiran anda untuk memahami dan seterusnya mengikutinya. Anda juga perlu lakukannya sendiri kerana anda apabila kembali kepada Tuhan anda bersendirian. Ianya adalah di antara anda dan Tuhan.
Anda mungkin boleh menipu orang lain tetapi anda tidak berupaya menipu Tuhan.
No comments:
Post a Comment