Monday, 7 January 2019

ws

"Ada manusia yang bernasib baik dalam proses hidupnya. Dia tidak perlu mengenal kepedihan, kekecewaan atau kesedihan untuk mencapai bahagia. Dan mereka yang sebaliknya pula, harus menempuh pelbagai kedukaan sebelum menikmati kegembiraan. Namun siapalah kita untuk mengetahui kerana dalam diam-diam, Dia telah mengaturkan segalanya.
Kadangkala kita terlebih dahulu perlu meneguk pahitnya kecewa sebelum dapat mencicip manisnya bahagia, perlu mengunyah pahitnya penipuan sebelum dapat merasa lazatnya kebenaran, perlu berjalan di atas duri-duri pengkhianatan sebelum dapat berbaring lena di atas tilam penghargaan, dan perlu digari dengan kezaliman sebelum dapat bebas berlari dengan sepatu kebebasan dan kemenangan. Banyak lagi sebenarnya proses yang kita perlu lalui dalam hidup ini sebelum kita dapat mencapai sesuatu.
Apa yang kita dapat lakukan sepanjang proses ini ialah bersabar. Sabar itu ialah apabila kita dilontarkan dengan duri, kita dapat menghidu haruman mawar, apabila kita ditakutkan dengan gelapnya malam, kita mampu menggambarkan indahnya siang. Sabar itu bukan bermaksud hanya menerima sesuatu kemudian duduk diam sahaja. Sabar itu harus mampu melihat sesuatu kebaikan di balik sesuatu ujian. Begitulah proses hidup ini berlangsung.
Dalam hidup, kita memang selalu tidak akan mendapat apa yang kita mahukan. Tetapi kalau kita sabar, redha dan terus berusaha dalam proses mencari dan menjadi yang baik, insya illah kita akan bisa ketemu dengan sesuatu yang lebih kita perlu."
Masyaa illah!
syukur dan REDHO...
All praise is to illah.

No comments:

Post a Comment