| Pernah dikatakan kepada
Yahya bin Mu'az Ar Razi rahimahillah
"Bilakah kehidupan orang mukmin itu
menjadi baik?"
Jawabnya:
"Jika dia redha apa yang datang daripada tuhan
terhadap segala apa yang diqadha'kan dan
ditakdirkanNya, terhadap segala apa yang
dihukumkan dan ditakdirkanNya."
Ditanyakan lagi:
"Bilakah sang manusia itu menjadi redha
terhadap hal ini?"
Jawabnya:
"Apabila berkata sang hamba itu kepada
Tuhannya: 'ILAHI! Engkau berikan kepadaku,
aku berterima kasih. Jika Engkau menahannya
aku redha. Jika Engkau menyeruku aku
menyahutMu. Dan, jika Engkau meninggalkanku
aku mencariMu.'
Dan ingatlah, ZUHUD itu ada 10 bahagiannya,
dan setinggi tinggi darjat zuhud itu adalah wara'.
Dan WARA' itu pula ada 10 bahagiannya, dan
setinggi tinggi darjat wara', iaitu serendah
rendah darjat yakin.
Dan YAKIN itu pula ada 10 bahagiannya, dan
setinggi tinggi darjat yakin itu ialah serendah
rendah darjat redha, kerana redha itu adalah
setinggi tinggi darjat umat dan ubudiyah/ketaatan.
Dan tuhan menjadikan ketenangan dan
kerehatan pada sifat redha, dan menjadikan
sifat risau dan runsing pada sifat sungutan."
No comments:
Post a Comment