Sunday, 20 January 2019

"SANG HYANG MULIA RAYA"

"SANG HYANG MULIA RAYA"
________________________________________
Apabila engkau masih menyembah dan memuji Tuhan dengan cara biasa, nescaya engkau itu baru memiliki pengetahuan yang kurang sempurna. Usahlah engkau itu terseyum seolah-olah engkau sudah mengerti, apabila engkau masih belum mengetahui ilmu sejati.
________________________________________
Ketahuilah, bahawa itu semua hanyalah berupa tutur kata. Adapun kebenaran yang sejati itu, adalah meninggalkan sembah dan pujian yang diungkapkan dengan kata-kata.
________________________________________
Yang dikatakan sebagai sembah dan puji yang sempurna itu, ialah tidak memandang lagi akan adanya Tuhan, serta tidak memandang lagi mengenai adanya diri sendiri. Papan hitam dan juga pena tulisan sudah lebur, dan segala kualiti serta sifat sudah tidak ada lagi.
________________________________________
Adamu itu sendiri tidak dapat diubah. Lalu apa lagi yang masih mahu dipandang pada Tuhan. Apa lagi yang masih ditilik pada diri. Tidak ada lagi akan segala sesuatu itu.
_________________________
Fahamilah kata-kataku ini.

No comments:

Post a Comment