Tuesday, 22 January 2019

PENERANGAN - SYURGA & NERAKA


PENERANGAN - SYURGA & NERAKA
_________________________________________
Nampaknya di celah-celah rakan yang memahami, masih ramai lagi yang masih tercari-cari akan maksud postingan saya berkaitan syurga dan juga neraka sebentar tadi. Pokoknya untuk memahami inti pati ajaran ini, adalah dengan terlebih dahulu mengosongkan fikiran anda daripada segala jenis ajaran dan juga fahaman yang pernah anda belajar sebelum ini, tidak mengira samada ianya didapati dari sang ustaz, pak mufti, mahu pun yang didapati daripada ayat-ayat kitab suci.
________________________________________
Ketahuilah, bahawa syurga dan neraka itu dua wujudnya, terjadinya daripada turun naik keadaan fikiran dan juga kesedaran kita sehari-hari. Syurga dan neraka yang kita semua imani sejak daripada saat kelahiran dahulu, sekarang ini sudah tampak jelas kepada kita sehari-hari, terbentuk dan terhasil oleh segala kejadian yang nyata di hadapan mata kita.
________________________________________
Saya berikan kiasan sebagai tanda bukti adanya syurga, sekarang ini sama sekali berdasarkan wujud dan juga kejadian di dunia. Syurga yang luhur itu terletak dalam perasaan hati yang tenang. Tidak kurang ramai orang-orang kaya yang duduk dalam kenderaan yang bagus merasa sedih bahkan menangis tersedu-sedu, sedang seorang peniaga miskin keliling berjalan kaki sambil memikul barang dagangannya menyanyi sepanjang jalan.
________________________________________
Ia menyanyikan pelbagai macam lagu dengan suara yang terdengar begitu mengalun merdu, sekalipun ia memikul, menggendong, menjinjing atau menanggung barang dagangannya pergi ke mana-mana. Ia itu telah menemukan syurganya, kerana merasa senang dan bahagia. Meski ia tidur di rumah kecil, berbantal kekabu sebagai lapik kepala, dikerumuni serangga penghisap darah, tetapi ia tetap dapat tidur dengan nyenyaknya.
________________________________________
Orang-orang kaya yang ada di syurga segala macam barang serba ada, kalau ingin berjalan jauh bahkan serba enak dan mudah sahaja, kerana kereta mewah telah pun tersedia siap dengan sang pemandunya sekali untuk mundar-mandir ke mana saja dan pada bila-bila masa sahaja. Tetapi apabila nerakanya datang, maka menangislah ia bersama si isteri atau suaminya serta anak-anaknya.

No comments:

Post a Comment