Di penghujung tahun 2018, kita digemparkan dengan kisah rakyat Malaysia yang terlibat dengan kemalangan yang berlaku di Krabi,Thailand. Sepasang suami isteri yang menyewa motosikal telah terlanggar seorang pejalan kaki warga Thailand.
Kemalangan ini mengakibatkan pejalan kaki berkenaan meninggal dunia. Pada mulanya pihak keluarga mangsa telah meminta bayaran pampasan sekitar RM400++ ribu. Namun setelah berbincang, bayaran itu dikurangkan ke lebih kurang RM200,000. Apapun kes ini masih belum selesai untuk kita membuat sebarang andaian.
Sebelum itu, banyak kejadian lain yang berlaku antaranya pada bulan Oktober 2018, seorang pelancong Malaysia,menyewa motosikal terlibat dengan kemalangan, mengakibatkan belanja sebanyak lebih kurang RM25 ribu.
Disini saya ingin memberi sedikit panduan jika anda ingin menyewa motosikal di Thailand.
  • Pastikan penyewa berlesen dengan bertanya sijil pendaftaran yang memiliki nombor siri yang diberi oleh kerajaan.
  • Pastikan motosikal dilindungi dengan dua jenis insuran.
Pertama : Por Ror Bor atau Compulsory yakni insuran wajib yang melindungi yuran hospital.
Kedua : Voluntary yang melindungi kenderaan yang disewa dan kenderaan yang terlibat jika berlaku kemalangan
Ketiga : Baca polisi penyewaan dengan teliti dan faham.
Keempat : JANGAN mencagarkan passport anda.
  • Jika tiada keempat-empat ini, anda dinasihati agar menyewa kenderaan berpemandu.
Sedikit Info Tentang Amalan lazim di Thailand
  • Jika kemalangan mengakibatkan kematian warga Thailand, tidak kira samaada warga Thai atau warga luar Thai, amalan membayar pampasan kepada keluarga mangsa adalah kemestian.
  • Biasanya melanggar pejalan kaki, kenderaan akan dianggap bersalah.
Persedian Sebelum Melancong
  • Pastikan anda memiliki “ Travel Insuran “ yang melindungi LIABITI DIRI. Yakni melindungi anda terhadap tuntutan undang-undang pihak ketiga atau kerosakan harta benda mereka atas kecuaian anda. Rujuk agen insuran anda.
Jika anda berkenderaan sendiri, anda digalakkan membeli :-
  • Por Ror Bor atau Compulsory yakni insuran wajib yang melindungi yuran hospital. Insuran ini biasanya dikenali dengan panggilan Insuran RM18/9hari.
  • Voluntary yang melindungi kenderaan yang disewa dan kenderaan yang terlibat jika berlaku kemalangan. Ada juga yang sekadar melindungi kenderaan pihak ketiga sahaja. Terpulang kepada kemampuan anda.
  • Extention 101 atau Insuran Extra Thailand, Rujuk agen insuran kenderaan anda.
  • Travel Insuran “ yang melindungi LIABITI DIRI. Yakni melindungi anda terhadap tuntutan undang-undang pihak ketiga atau kerosakan harta benda mereka atas kecuaian anda. Rujuk agen insuran anda.
Disini saya rasa perlu untuk memberi beberapa nama dan nombor telefon untuk rujukan untuk mendapat info tentang insuran kenderaan ke Thailand.
  1. Abang Anas Sama-ae Hatyai dan Mohd Fairuz KL ( +66875064188 )
  2. Cikgu Burn Napoh +601122172016
  3. Ijan Watashiwa Noorizan Des Napoh +60184726515
  4. Ari Batrishah Baling +60102500281Untuk Towing kenderaan anda boleh mendapat khidmat
  5. Pok Yeh +601132135459
  6. Abe Ruslan Malee ( +66808704709 )
  7. Konsulat Malaysia Songkhla +6674311062
  8. Tourism Police Thailand 1155
Lain-Lain hal yang menjadi kesalahan jika ke Thailand
  • Dadah
  • Walkie Talkie
  • Vape atau Rokok Elektronik
  • Dron
* Penulis dikenali Cikgu Joe Satun . Anda boleh menghubunginya melalui FACEBOOK PAGE : Cikgu Joe Satun.