Monday, 7 January 2019

kitab

salam . Alhamdulillah. Bersyukur pada tuhan. Terima kasih semua diatas perkongsian ilmunya disini.
Sedikit perkongsian dari group AL HAQQ/WUJUD serta untuk perkongsian semua .
Tajuk: SEUMPAMA LEMBU DICUCUK HIDUNG...
Assalamualaikum.
Sekadar renungan bersama.
Lembu yang dicucuk hidung, adalah makhluk yang hanya tahu ikut perintah tuan. Ikut sahaja kemana tuannya tarik, ikut sahaja tuannya tempatkan dan ikut sahaja kemana tuannya bawa dan suruh. Tidak sekali kali ada daya melawan dan tidak sekali kali ada daya keupayaan menentukan hidup. Malahan hamba yang menurut perintah tuannya. Begitu jugalah kita. Sepatutnya sebagai umat manusia yang muflis, hendaklah mengambil contoh lembu dicucuk hidung.
Lembu dicucuk hidung, tidak punya harta sendiri, tidak ada rumah sendiri, tidak ada kebun sendiri. Muflis dihadapan tuannya yang hanya kerja menurut perintah tuannya. Tidak ada wang simpanan, tidak ada memiliki keluarga sendiri dan tidak ada tempat bergantung selain tuannya. Sepatutnya kita sebagai umat manusia  yang muflis, umat yang patuh, umat yang taat dan umat yang benar bertuankan tuan, hendaklah berserah diri kepada tuhan. Berserah sebagaimana berserahnya lembu yang dicucuk hidung.
Untuk menjadi lembu dicucuk hidung hendaklah kita mengenal siapa kita, setelah kita mengenal yang kita itu benar benar umat manusia, barulah datang keinsafan untuk memperumatkan diri kepada tuannya.
Sayangnya kebanyakan dari kita bukan hendak menjadi umat malahan sebaliknya ingin menjadi tuan. Dengan mengaku yang gagah milik kita, cantik milik kita, kaya milik kita, tinggi milik kita, anak milik kita, isteri milik kita, harta milik kita, kesihatan milik kita malahan ada yang beranggapan bahawa dunia dan akhirat itu adalah milik kita.
Itulah makanya ramai yang berebut rebut mengejar dunia dan berebut rebut mengejar akhirat. Tidak ramai yang mengejar tuhan. Malahan ramai yang mengejar syurga, mengejar pahala dan ramai yang takut seksa neraka berbanding takutkan tuhan. beramalan beragama   karena hendakkan syurga, ibadah itu dan ibadah ini, semuanya merebutkan pahala dan syurga.
Ada juga yang beramalan beragama neraka, beramal dengan bermacam macam amal, adalah semata mata karena takut masuk api neraka, bukannya takut tuhan.
Adapun sebagai seorang umat  kepada tuhan, kenapa perlu fikir yang lain selain tuhan?. Selaku lembu dicucuk hidung, kenapa perlu takut kepada yang lain selain tuannya. Jika kita berserah diri bulat bulat kepada tuan kita, tahulah tuan kita mencukupkan keperluan atau cukup tuhan  melengkapkan kebutuhan kita. Lihat sahaja lembu, apakah sanggup tuannya, membiarkan ia kelaparan dan kehausan. Adakah kita pernah dengar lembu mati ditambatan tuannya.
Malahan saban tahun lembu dijadikan korban karena cukup gemuknya, cukup beratnya, cukup umurnya dan lembu itu cukup anggotanya. Karena apa, karena telah dijaga oleh tuannya dengan sempurna tanpa diminta.
kambing/Lembu dicucuk hidung tidak perlu memberitahu tuan dia yang dia nak makan. Lembu dicucuk hidung tidak perlu memberitahu tuannya yang dia hendak itu dan hendak ini, tetapi lihatlah, kebanyakan lembu cukup makannya walaupun tidak pernah meminta dari tuannya. Tuannya tahu untuk mengaturkan hidup lembu jika benar benar lembu itu berserah diri kepada tuannya. Lembu tidak dibiarkan kelaparan, tidak dibiarkan kesejukan, tidak dibiarkan sakit, tidak dibiarkan kehausan, tidak dibiarkan merayau rayau tidak tentu hala, malahan dikawal, dijaga, diawasi oleh tuannya dengan rapi tanpa perlu lembu itu meminta minta....tuhan...
Terima kasih Ya tuhan..
Aamiin Ya Allah..
GROUP: AL HAQQ/WUJUD..

No comments:

Post a Comment