KEMBALI PADA TUHAN
________________________________________
Wahai pejalan!
Wahai pejalan!
Jika engkau belum mempunyai ilmu, hanyalah prasangka, maka milikilah prasangka yang baik tentang Tuhan. Begitulah caranya!
Jika engkau hanya mampu merangkak,
maka merangkaklah kepadaNya!
maka merangkaklah kepadaNya!
________________________________________
Wahai pejalan!
Wahai pejalan!
Jika engkau belum mampu berdoa dengan khusyuk, maka tetaplah persembahkan doamu
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
kerana Tuhan, dengan rahmatNya, akan tetap menerima mata wang palsumu!
yang kering, munafik dan tanpa keyakinan;
kerana Tuhan, dengan rahmatNya, akan tetap menerima mata wang palsumu!
Jika engkau masih mempunyai seratus keraguan mengenai Tuhan, maka kurangilah menjadi sembilan puluh sembilan sahaja. Begitulah caranya!
________________________________________
Wahai pejalan!
Wahai pejalan!
Biarpun telah seratus kali engkau ingkar janji, ayuhlah datang, dan datanglah lagi! Kerana Tuhan telah berfirman:
“Ketika engkau melambung ke angkasa, atau pun terpuruk ke dalam jurang, ingatlah kepadaKu, kerana Akulah jalan itu.”
No comments:
Post a Comment