Monday, 21 January 2019

Ilmu bedil makrifat melayu

Ilmu bedil makrifat melayu.
Pertama, awal hendak mengambil posisi , segala galanya dibulatkan kepada tuhan.
Fasal ini pada menyatakan syarat menggamak bedil , maka berbagai bagai isyaratnya dan berlain lainan ibaratnya , kepada tuhan juga kamu memohonkan harapan serta pertolongan.
Kedua , ketika hendak menembak, penyerahan kepada tuhan ( yang mengerakkan segala sesuatu) jualah yang sebenar benar tembak.
Apabila telah samalah nafas kita itu masuk keluar , maka tatkala masuk inilah, ingat kepada tuhan yang empunya gerak.
Ketiga, aplikasi konsep tawajjuh dan rabitah , yakni perhubungan hati antara penembak dan guru (arifbillah) dan posisinya.
Jikalau kita hendak menembak terakul itu, niatkan terakul itu seumpama satu sarung dengan alamat. Apabila ketiga tiga itu sudah bersatu , baharulah niatkan seperti tawajjuh dengan guru.
Tatkala hendak memetik picu, barulah pandang pejera pangkal dan pejera hujung dan alamat , barulah niatkan ketiga tiganya itu bersatu.
Barulah niatkan seperti zikir naqsyababdi , lakukan seperti orang rabitah , ralibkan pandanganya itu
Keempat, bermula memilih peluru sehingalah menembak , sentiasa dipanjatkan doa dan amalan zikir.
Kemudian serahkan sekalian anggota itu kepada tuhan , lalu berzikir , tuhan, tuhan kira lima ratus kali , baharulah retikan , kemudian baharulah taruh senapang itu.
Kelima , kaedah nafi dan isbat pada kalimah tayyibah, merupakan sebahagian dari ilmu tauhid , dalam menembak , kaedah yang sama diamalkan.
Ketahuilah oleh mu hai talib , adalah nafi pada menembak itu atas dua perkara : pertama dinafikan segala pengetahuan orang yang lain, tiada akan lebih daripada tahu kita. Janganlah ditimbang sekali kali.
Kedua, nafikan daripada pecah bedil yang kita pegang itu, jikalau ada sesuatu daripada dua itu , nescaya binasalah tembaknya.
Dan ingat isbatnya, itu pun atas tiga perkara juga: pertama yang isbatnya itu daripada segala yang rersebut syaratnya : dan kedua isbat yakin dan ketiga tasdiqnya, dan jikalau tiada salah suatu daripada ini, binasalah tembaknya.
Keenam, bedil dan peralatannya diibaratkan dengan martabat alam:
Bedil - alam ijsam
Peluru - alam arwah
Ubat peluru - alam misal
Penembak - alam insan
Ketujuh, pandangan tembak itu hendaklah disertai pandangan hati , seperti mana keadaan diri bersolat ( antara niat dan takbiratul ihram) .
(wajib mahir hakikat solat)
Kedelapan, kesempurnaan tembak itu dibulatkan pada kehendak dan kuasa tuhan.
Apabila berdiri sudah demikian , iaitu berdiri iradat tuhan dengan kudrat tuhan yg esa , jangan dicita cita lagi tembak yang lebih daripada ini, maka inilah tembak dunia akhirat.
Kerana senjata api sebenarnya adalah ciptaan ulama tasawuf tanah melayu, ia dicipta bagi mematahkan si pemakai ilmu hitam dan menghapuskan orang kafir. Dan senjata api bukan ciptaan atau budaya orang barat. Setelah dijajah semua senjata api dirampas dan mereka claim konon ciptaan mereka.

No comments:

Post a Comment