Ibu Mitsali Yang Dihumban Ke Neraka
Ibu tunggal yang miskin ini sangat baik sekali pada anaknya. Suaminya telah lama meninggal dunia, jadi ibu inilah yang bekerja keras tidak mengira siang dan malam. Beliau sanggup berlapar dan berpanas bagi memastikan anaknya mendapat kehidupan yang sempurna.
Here's the plot twist;
Ibu ini beragama Kristian. Beliau seorang penganut Katholik yang sangat alim. Setiap minggu beliau pasti ke gereja untuk berdoa kepada Sang Tuhan. Bahkan ibu ini selalu sahaja berkongsi makanan kepada anak-anak yatim yang menumpang di gereja tersebut.
Konklusinya:
Mengikut hukum hakam yang ditetapkan oleh pak ustaz dan juga pak lebai masjid, ibu ini pastinya dihumban dan dibakar di Neraka Jahanam, kerana beliau bukan beragama Islam. Bahkan saat di kuburnya juga nanti pasti sukar, kerana tidak henti-henti dibelasah oleh Munkar dan Nakir, kerana tidak mampu menjawab soalan-soalan cepumas mereka.
"Ada cinta di dalam setiap agama,
Tapi cinta sendiri tak punya agama."
Tapi cinta sendiri tak punya agama."
(Maulana Rumi)
No comments:
Post a Comment