Thursday, 10 January 2019

"HARTA ISMET ULAM RAJA"


"HARTA ISMET ULAM RAJA"
________________________________________
Kebanyakan masjid ada banyak duit hasil sumbangan orang ramai. Namun apa yang menyedihkan, ianya bukan digunakan untuk membantu golongan yang memerlukan, tapi pak lebai sibuk berlumba-lumba untuk projek mencantikkan masjid. AJK dan JKKK pula membelanjakan duit masjid ibarat harta itu mak bapak mereka yang punya.
________________________________________
Cubalah anda pergi minta derma atau sedekah di masjid ini, jangan terkejut jika anda itu dihalau bagai seekor anjing kurap yang tidak bermaruah hanya kerana anda itu seorang yang miskin atau fakir. Malahan geng-geng masjid itu pasti menyuruh anda untuk pergi mengadap dan menagih kasih di pejabat zakat pula.
________________________________________
Namun jangan risau tuan-tuan, duit sentiasa ada jika ianya melibatkan urusan menjemput ostard-ostard selebriti seperti Zehar Derus atau Kasim Lias, malah ada masjid yang sanggup membayar nilai ribuan ringgit untuk satu slot ceramah, hanya sekadar untuk mendengar mereka melucah dan membuat lawak bodoh.

No comments:

Post a Comment