Monday, 3 December 2018

kifarah

Wahai lelaki jangan suka hati tengking isteri, herdik isteri, maki isteri, pukul isteri dan menyakiti hati isteri, ingatlah kamu bakal menjadi ayah kepada anak perempuan kamu,dan ingatlah isteri kamu itu anak kepada seseorang. Jika suatu masa anak perempuan kamu di perlakukan sedemikian rupa dan mengadu kepada kamu, maka ketika itu kamu akan terasa apa yang pernah kamu lakukan terhadap isteri kamu.
Wahai lelaki jangan sesekali kamu curang terhadap isteri kamu, ingatlah kamu bakal menjadi bapa kepada anak perempuan kamu. Jika suatu masa anak perempuan kamu mengadu kepada kamu, bahawa suaminya curang , maka ketika itu kamu akan terasa bagaimana rasanya kecewa . 
Ingatlah kamu akan dapat apa yang kamu usahakan ingatlah kifarah itu ada.

No comments:

Post a Comment