Hidup kita ini jadikan iman sebagai panduan, jadikan islam sebagai pemimpin, jangan jadikan islam itu sebagai khadam. Jadikan islam sebagai tarikan untuk menanam kebencian terhadap kaum atau bangsa yang kamu benci. Firman tuhan mafhumnya :
Hai orang orang yang beriman , hendaklah kamu berdiri kerana tuhan , menjadi saksi dengan keadilan , janganlah kamu tertarik kerana kebencianmu kepada satu kaum, sehingga kamu tidak berlaku adil . Berlaku adillah, kerana itu lebih dekat kepada taqwa dan takutlah kepada tuhan . Sesungguhnya tuhan maha mengetahui apa apa yang kamu kerjakan.(surah al maidah ayat :8)
Maka bangkit kerana tuhan bukan kerana bangsa ,kerana bangsa tiada nilai pun disisi tuhan, tuhan jadikan pelbagai bangsa untuk kita saling kenal mengenal dan bertaqwa kepadanya. Bukan gunakan bangsa untuk menegak kebencian antara sesama manusia. Jangan jadikan islam itu khadam bangsa bagi menghalalkan kebencian.
No comments:
Post a Comment