Monday, 31 December 2018

tm

Setelah TMJ membuka pekong didada dengan komen yang menunjukkan tahap pengetahuan nya yang lemah dan dendam kepada Tun Mahathir yang meneutralisasikan kekebalan raja raja Melayu melalui parlimen pada bulan January 1993 kerana salah laku, khususnya terhadap begitu banyak perkara jenayah (23 kes termasuk membunuh, menyerang dan memukul) yang dilakukan oleh keluarga diraja Johor, terutama jenayah pembunuhan oleh Sultan Iskandar, datuk kepada TMJ, malah sultan Johor sekarang, Ibrahim Ismail, sebagai tunku mahkota dalam tahun 1980an telah menembak mati seorang dalam satu pergaduhan di kelab malam, maka semakin ramai rakyat mengetahui siapa sebenarnya mereka.
Temenggong adalah asal gelaran pembesar dari kesultanan Melaka yang turut digunakan oleh Kesultanan Johor iaitu;
Bendahara, Penghulu Bendahari, Temenggong, Laksamana.
Temenggong mungkin lebih kepada menteri keselamatan dan hal ehwal dalam negeri serta kepenggunaan.
Bendahara adalah perdana menteri, Penghulu Bendahari adalah menteri kewangan dan laksamana adalah menteri pertahanan kelautan/ menteri luar.
Kesemua jawatan diatas bukan dari keturunan raja. Malah Temenggong Johor ini adalah dari keturunan Bugis dari golongan pengusaha bergelar Daeng. Golongan bangsawan Bugis di panggil Karaeng, seperti putera raja yang bernama Semerluki dan pembantunya Daeng Segara yang datang merompak Tanah Melayu, Jawa dan Sumatera diabad ke 15 yang akhirnya di kalahkan oleh Laksamana Raja Kenayan yang berani lagi warak dari Kerajaan Islam Samudera-Pasai di Sumatera Utara.
Semoga Allah mencucuri rahmat dan meletakkannya bersama orang orang yang beriman keatas ruh Raja Kenayan yang menghalau kafir Bugis Semerluki balik ke Sulawesi walaupun ramai tentera Samudera-Pasai terbunuh akibat sumpitan buluh beracun dari tentera Semerluki.
Temenggong Johor pada asalnya hanyalah “wakil sultan” atau wazir kesultanan Johor Lama yang pada waktu itu menguasai Johor-Pahang-Riau-Lingga untuk menjaga Johor dan Singapura.
Najib juga dari keturunan Bugis, sebab Itulah apabila skandal 1MDB mula terbongkar, dia me war warkan asal keturunannya kerana dia tahu pasti akan ada penyokong di belakangnya. Namun hari ini bukanlah zaman raja berkuasa mutlak. Raja raja Melayu pada pada hari ini dipagar oleh perlembagaan yang dikawal oleh wakil para pengundi di parlimen. Ia bermula di England pada tahun 1688 kerana raja raja berkuasa mutlak England yang zalim.
Sultan adalah gelaran yang diberikan oleh mereka sendiri dengan restu British pada tahun 1886. Pemerintah kedua Temenggong Abu Bakar (dikenali di British sebagai Albert Backer) ditabalkan sebagai raja Johor pertama yang menggunakan gelaran sultan pada 29 Julai 1886. Malah bermula dari tahun 1868 sehingga tahun 1886, beliau menggelarkan dirinya “Maharaja Johor” atas kehendak British.
Pengasas Dinasti Temenggong ini (sebenarnya wazir atau wakil sultan pada mulanya), yang bernama Temenggong Daeng Ibrahim tidak menggunakan gelaran sultan kerana menghormati sultan Johor ketika itu, Sultan Ali yang akhirnya tidak diiktiraf oleh British melalui satu perjanjian dengan British di Singapura pada 10 Mac 1855 memberi haknya terhadap Johor kepada Daeng Ibrahim.
................................................................
SAYA MELETAKKAN DOT DOT DOT diatas kerana saya tidak tahu sama ada Sultan Ali dirasuah atau dipaksa menyerahkan hak Johor miliknya kepada Temenggong Ibrahim pada tahun 1855.
Selepas penyerahan Johor Sultan Ali hanya diberi oleh British elaun tahunan dan hak keatas Muar dengan gelaran “Sultan Muar” sehinggalah kemangkatannya pada 21 June 1877 di Umbai, Melaka. Muar pada masa itu mempunyai penduduk hanya sekitar 800 orang dan tidak ada sistem pentadbiran kerajaan dalam bentuk apa sekalipun. Ini adalah helah untuk mengnyahkan sultan Johor sama sekali.
Perang Jementah pada 25 Oktober 1879, diantara Tengku Alam Shah, anak Sultan Ali, yang menuntut hak kesultanan Johor dan Temenggong Abu Bakar yang didalangi oleh kekuatan tentera British, menjadi kan Muar milik Temenggong, dan wilayah kepada Johor hinggalah kehari ini dengan kemenangan muktamad pihak Temenggong Abu Bakar (pada masa itu bergelar maharaja) menjelang subuh pada 30 Disember 1879.
Strategist kemenangan Perang Jementah adalah Dato Mohammad Salleh Bin Daeng Perang dan tacticiannya adalah sepupu Temenggong Abu Bakar, Ungku Ahmad. Namun di belakang mereka harus di ingat tidak ada siapa pun dizaman itu mampu mengatasi kekuatan Empayar British yang membantu mereka.
Ketika Perang Jementah, Major-General Sir Archibald Edward Harbord Anson adalah pemangku Gabenor Negeri Negeri Selat yang tidak mahu sama sekali melihat Johor bertukar pemerintah dari keluarga Temenggong yang setia, diterajui oleh “Albert Backer”.
Akhirnya Undang Undang Tubuh Negeri Johor yang di kuatkuasakan pada 14 April 1895 oleh Sultan Abu Bakar memeterikan hak keturunan Temenggong “sebagai raja” keatas Johor untuk selama lamanya hingga ke garis Temenggong Abdur Rahman yang bersama sama Sultan Husin “memberikan hak membuka tapak perniagaan” di Singapura kepada British pada 6 Februari 1819 dengan masing masing mendapat elaun 3,000 dan 5,000 dollar Sepanyol setahun. Perjanjian 1824 yang memansuhkan perjanjian Singapura 1819 memberikan hak British sepenuhnya kepada Singapura dan pulau pulau disekitarnya termasuk Pulau Batu Putih dengan kenaikan elaun kepada Temenggong dan Sultan serta bayaran wang tunai sekali gus.
Idea pemajakan Singapura adalah daripada Temenggong Abdur Rahman yang menjaga Johor dan Singapura pada masa itu dimana Sultan Husin yang terpaksa di bawa ke Singapura dari Riau hanya mengikut sahaja. Perjanjian pertama dengan Temenggong Abdur Rahman telah di buat pada bulan Januari 1819.
Singapura hari ini menjadi milik China keturunan Han yang dibawa masuk oleh British.
Ayahanda kepada moyang TMJ, Sultan Sir Ibrahim Al Masyhur adalah raja Melayu pertama menandatangani persetujuan keatas Malayan Union. Malah baginda juga tidak bersetuju dengan kemerdekaan Tanah Melayu dengan berkata, “British umpama air, apabila tidak ada kita akan dahaga".
Malah semasa perayaan ke 60 tahun pemerintahan nya pada 17 September 1955, baginda menegaskan British mesti kekal diTanah Melayu dengan berkata “Kamu akan menderita jika British pergi”.
Baginda juga pernah mengesyurkan secara terbuka supaya Johor keluar dari Persekutuan Tanah Melayu, perkara yang sama sering di ulangi oleh TMJ pada hari ini, malah menggunakan istilah “Bangsa Johor” dalam setiap pandangannya. Bangsa Johor sebenarnya tidak ada. Bangsa adalah biological. Orang orang Johor sebenarnya adalah bangsa Melayu dari berbagai etnik seperti Bugis, Jawa, Banjar dll. Hujjah Bangsa Johor adalah lambang kecetekan ilmu TMJ yang masih berada di abad ke 15, dimana setiap bantahan rakyat ketika itu walaupun benar adalah “penderhakaan” yang boleh membawa hukuman mati.
Ketidaksetujuan dengan kemerdekaan Tanah Melayu menyebabkan Sultan Sir Ibrahim menghabiskan sisa usianya di England bersama isteri ke enamnya Macella Mendhl dan anaknya Tunku Miriam.
Baginda meninggal di London pada 8 Mei 1959. Baginda adalah seorang Anglophile, yakni seorang yang memuja England, rakyat dan budayanya.
Baginda adalah diantara raja ”playboy” yang terkaya didunia dizamannya, dimana kekayaaan tersebut diwarisi oleh keturunan keluarga penjenayah ini hinggalah ke hari ini.
Jenayah yang dilakukan oleh Bugis Najib dan Bugis Temenggong Johor boleh diumpamakan seperti bola golf dan bola sepak.
Saya rasa kita biarkanlah sahaja TMJ ini menyalak gunung sambil mencerca “orang yang berumur 93 tahun” atau terjun dengan labu labunya. Seperti kata George Santayana, seorang ahli falsafah Amerika kelahiran Sepanyol; “Sesiapa yang tidak mempelajari sejarah akan dihukum oleh sejarah yang diulanginya”.

No comments:

Post a Comment