Thursday, 27 December 2018

WARKAH UNTUK ADINDA, IKHLAS DARI KEKANDA.

WARKAH UNTUK ADINDA,
IKHLAS DARI KEKANDA.
________________________________________
Pernahkah engkau merasa malu untuk mengaku bahawa dirimu itu wujud, berkuasa, dan berilmu? Hendak mengaku yang nyawa dan hidup itu milikmu saja pun sudah cukup membuatmu derhaka dan celaka di sisiNya.. Apatah lagi mengatakan dengan bangga kepada dunia dan seisinya, bahawa engkau itu melihat, mendengar, dan juga berkata-kata?
________________________________________
Saat itu langit memandangmu ibarat sebutir najis hitam yang maha kecil yang sedang mengotori selembar sutera putih yang Maha Suci.. Pernahkah engkau berasa malu kerana menjadi ada? Kerana adanya kamu itu, pasti menjadikan yang lainnya hilang dan tiada..
________________________________________
Dan fahamilah, wahai sang fakir nestapa.. Tidak ada suatu konsep dualiti yang kekal abadi selamanya, melainkan pada akhirnya pasti berpadu di alam maya, atau ianya pasti hancur musnah ditelan masa

No comments:

Post a Comment