Friday, 2 March 2018

PERANG ATAS NAMA TUHAN

PERANG ATAS NAMA TUHAN
Banyak perang besar terjadi kerana sesuatu yang tidak diketahui. Orang berperang demi Tuhan adalah sesuatu yang sangat pelik. Tuhan adalah The Unknown, sesuatu yang tidak diketahui, bahkan selamanya misteri. Bagaimana orang boleh mengaku berperang atas nama-Nya? Orang yang mengatakan telah mengetahui Tuhan adalah orang yang paling bodoh, demikian kata para ahli sufi.
Dua ekor ayam jantan bertengkar kerana berebut ayam betina untuk mengawan, itu realistik. Mereka berdua sama-sama tahu kucing betina yang direbutkan. Dua ekor kucing bercakaran kerana berebut seekor ikan, itu realistik. Mereka berdua sama-sama tahu seekor ikan yang direbutkan.
Merasa paling benar atas sesuatu yang ghaib hanya sering terjadi di kalangan manusia. Jika demikian, tidakkah ayam dan kucing lebih mulia daripada manusia?

No comments:

Post a Comment