Wednesday, 28 March 2018

DZIKIR HATI DAN ZIKIR MAKRIFAT PARA AHLI TAREKAT

DZIKIR HATI DAN ZIKIR MAKRIFAT PARA AHLI TAREKAT
=========================================
Pada sesiapa yang tergerak untuk memiliki hati yang sentiasa berzikir kalima LA ILA HA ILALLAH, amalan boleh dibuat, kaifiatnya sangat mudah,dan amalan ini merupakan amalan para waliyullah..kita bukanlah wali,tetapi setakat untuk menelusuri jalan hidup mereka yang telah beroleh ketenangan demi ketenangan dalam menjalani hidup ini kerana memiliki hati yang tidak pernah putus dari zikrullah.
____________________________________________
Cara/kaifiyat untuk mengamalkan zikir hati.
1.Dibuat lebihkurang 10-15 minit dengan bertutup mata ucapkan kalimah LA ILA HA ILALLAH(diucap didalam hati) setiap selesai solat 5 waktu(kalau tak sempat/sibuk boleh buat dalam 1 atau 2 waktu solat).paling abdal 1 jam keatas hingga menjelang subuh selepas solat tahajjud.
2. Di buat secara duduk tahiyat akhir atau bersila.
3. Mesti dibuat dengan berwudhuk.
4.Tidak dibenarkan berlaku sebarang pergerakan badan(gatal digigit nyamuk dll jangan dilayan) sepanjang tempoh masa berzikir.
5.Setelah selesai bolehlah buka mata(tujuan mata tertutup adalah supaya membolehkan mata hati terbuka)
____________________________________________
Sebelum memulakan WAJIB membaca 7 kali alfateha:-
Baca fateha dan sedekahkan pada baginda Rasulullah saw dan keluarga baginda.
Baca fateha dan sedekahkan pada semua Nabi dan Rasul.
Baca Fateha dan sedekahkan kepada semua para sahabat rasulullah saw.
Baca fateha dan sedekahkan kepada semua ulama,mujaddid,wali wali dan orang orang soleh.
Baca fateha dan sedekahkan kepada semua para para malaikat.
Baca fateha dan sedekahkan kepada kedua ibubapa samada yang masih hidup atau telah meninggal
Baca fateha dan sedekahkan kepada diri kita sebenar(ROH) dan kalima LA ILA HA ILALLAH yang sedang kita zikirkan. 
____________________________________________
perlulah diingat bahawa natijahnya amalan zikir hati ialah untuk menjadikan pengabdian diri kita semakin mantap dan kukuh,serta menjadi orang yang paling "dekat' kepadanya...bukanlah pula sebahagian daripada kelebihan dunia seperti yang diterangkan diatas menjadi 'igauan' kita kerana takut takut amalan zikir kita menjadi tidak ihklas dan tertolak..kurniaan kurniaan itu adalah sesuatu yang bukan ditunggu tunggu,malahan ianya hanyalah anugerah Allah semata mata untu kita menjadi 'sahabat"NYA..
Seorang wali Allah pernah berkata bahwa kekeramatan itu adalah tangga permulaan dari 1000 tangga untuk 'sampai' kepada Allah,barangsiapa tertewas disini,maka dia tidak akan dapat naik ke tangga berikutnya...renungkan..
____________________________________________
paling penting disini ianya dapat menonjolkan potensi diri kita sebenarnya yakni 'kehebatan' kita sebagai seorang islam...
dengan hati yang sentiasa zikrullah,kita mampu mengembalikan diri kita sebenar(roh) untuk mendapatkan kembali kekuatannya..
Ketika dialam roh,Allah swt bertanya "adakah AKU tuhan kamu" jawab semua roh "bahkan engkaulah"..
Disinilah rahsia terbesar kekuatan manusia iaitu apabila mampu untuk kembali kepada keadaan asalnya..manusia yang telah mampu mengembalikan dirinya kepada 'ciptaan' asal ialah manusia yang akan terselamat dari tipu daya syaitan dan hawa nafsu yang jahat..
ketika Rasulullah saw dan para sahabat baru pulang dari mencapai kemenangan diperang UHUD..rasulullah saw bersabda "kita baru pulang dari peperangan kecil dan akan berhadapan dengan peperangan besar",lalu sahabat bertanya "peperangan apakah itu wahai pesuruh Allah,rasulullah saw menjawab peperangan melawan syaitan dan hawa nafsu"
Perlu diingat bahawa peperangan melawan syaitan dan hawanafsu adalah "peperangan" yang akan berterusan selagi kita masih hidup..dan perlu juga diingat bahawa kekuatan syaitan dan hawanafsu yang jahat ialah mereka boleh melihat kita sedangkan kita tidak,dan syaitan boleh masuk melalui darah kita...
Jadi senjata ampuh yang Insyallah akan dapat menumpasakan musuh musuh 'tradisi' ini ialah dengan memiliki hati yang sentiasa zikrullah..
Dengan bantuan dari tenaga zikir yang merupakan "nur" dari Allah swt,kita akan mampu menepis segala bentuk serangan dari 2 musuh ketat kita ini...Renungkanlah..
____________________________________________
Bagaimana cara berdzikir kepada Allah SWT sehingga kita siap untuk bertemu dengan-NYA?
Dzikir adalah sebuah aktivitas yang kaya akan aspek esoteris. Ia adalah bagian laku yang harus ada dalam sebuah perjalanan suluk menempuh jalan ruhani untuk mendekatkan diri dengan Tuhan Semesta Alam. Dalam prakteknya, berdzikir harus mengikuti aturan-aturan dan adab tertentu sesuai dengan cara yang dituntunkan oleh para guru spiritual sepanjang masa.
Pada kesempatan kali ini, akan dipaparkan adab berzikir dan tata cara zikir dengan harapan agar kita mendapatkan pengetahuan bagaimana berdzikir yang khusyuk agar kita bisa bertemu Allah SWT.
1. Membaca lafaz LA ILAHA ILLA ALLAH. Artinya: Tiada Tuhan selain Allah. Zikir ini disebut zikir NAFI ISBAT. Paling tidak dibaca 100 kali setiap hari terutama dibaca setelah sholat fardhu. Khususnya setelah Maghrib, Isya dan setelah sholat subuh. Lafaz ILLA ALLAH ini disebut Isbat yang artinya pengecualian atas segala sesembahan kecuali hanya Allah SWT.
2. Membaca lafaz ALLAHU. Zikir ini disebut ISMU AL-ASMA, dibaca sebanyak 33 kali sehabis sholat fardhu, terutama setelah sholat Isya.
3. Membaca lafaz zikir HUWA ALLAH. Zikir inilah yang disebut sebagai zikir GHAIB AL ISMI. Zikir ini dibaca setiap hari sebanyak 33 kali, setelah sholat fardhu, terutama setelah sholat Isya.
4. Membaca zikir HUWA, HUWA. Zikir ini disebut sebagai zikir GHAIB AL GHAIB. Zikir ini dibaca sebanyak 34 kali setelah sholat fardhu, sehingga jumlahnya (total item 2,3,4) sebanyak 100 kali.
Adapun gerakan dalam melafazkan zikir NAFI ISBAT tersebut haruslah mengikuti aturan sebagai berikut:
1. Ketika membaca lafaz LA, maka dengan gerakan kepala, lafaz LA tersebut dimulai dari bahu kiri menuju ke bawah ke arah perut, kemudian diputarkan mengelilingi tali pusat lalu diteruskan ke arah atas menuju bahu kanan;
2. Pada waktu berada di bahu kanan itulah lafaz ILAHA diucapan sambil kepalanya dimiringkan ke arah belikat kanannya;
3. Sambil kepala ditekan ke arah hati sanubarinya, lafaz ILA ALLAH diucapkan dengan penekanan pada sudut kiri bawah dada.
TIGA TAHAP BERDZIKIR
____________________________________________
Ada tiga tahap adab berdzikir. Pertama, ada lima perkara sebelum berdzikir. Kedua, dua belas perkara pada saat mengerjakan zikir dan ketiga, ada tiga perkara setelah berdzikir.
Lima perkara yang harus dilakukan sebelum berdzikir adalah sebagai berikut:
1. Bertaubat kepada Allah SWT
2. Mandi atau mengambil air wudhu
3. Diam sambil mengkonsentrasikan diri pada zikir dengan mengikhlaskan hati sebelum berdzikir
4. Hatinya meminta tolong ( bertawasul) kepada para wali-wali Allah
5. Hatinya meminta tolong ( bertawasul) kepada Nabi Muhammad SAW
Sedangkan dua belas perkara saat berzikir adalah sebagaoi berikut:
1. Duduk bersila di tempat yang suci
2. Meletakkan kedua tangan di atas kedua paha
3. Membuat bau harum di tempat zikir
4. Memakai pakaian yang halal dan pakai wangi-wangian
5. Pilih tempat yang tenang dan sunyi
6. Pejamkan mata
7. Bayangkan wajah wali Allah di antara kedua mata agak maju ke depan
8. Tetap istiqomah baik dalam keadaan ada orang maupun sepi
9. Tulus ikhlas hatinya saat berdzikir
10. Dzikir utama adalah LA ILAHA ILLA ALLAH
11. Berusaha menghadirkan ALLAH SWT dalam setiap mengucapkan dzikir LA ILAHA ILLA ALLAH
12. Meniadakan wujud lain selain Allah.
Sedangkan tiga macam adab lainnya setelah selesai berdzikir adalah:
1. Diam sejenak sesaat setelah usai melakukan dzikir dan tetap diam di tempat
2. Mengatur dan mengembalikan nafas seperti semula
3. Menahan diri untuk minum air
Sangat dianjurkan untuk melakukan pemutihan diri dari semua amalan negatif sebelum menjalankan ritual dzikir. 
____________________________________________
Tidak layak bagi manusia itu menyatakan Al-Quran yang HAKIKI itu pedoman jika tidak membacanya, Tidak layak manusia itu menyatakan Allah itu bersama Nya jika ia tidak berzikir mengingati Nya. Tidak layak bagi manusia itu mengajak manusia lain melakukan IBADAH solat untuk mengingati allah bersama jika ia hanya mengingati Allah hanya sekadar dalam solat lima waktu sahaja, Sedangkan ingat Allah bukan sekadar dalam solat lima waktu, Bagi yang merasakan diri Nya sebenar benar hamba dan menyedari akan kekuasaan PENCIPTA Nya, Setiap pandangannya, Nafasnya, Perbuatannya, Hatinya tidak terhenti juga tidak menghentikan menyebut dalam yang disebut, Mengingati dalam yang diingati, Itulah dia ALLAH ZAT YANG MAHA MENCIPTA lagi MAHA PENCIPTA.
__________________
(Tuak Lombok ilahi)

No comments:

Post a Comment