Solat yg sempurna
Solat yang sempurna bermula dengan wudhu yang sempurna, wudhu yang sempurna ialah yang merangkumi hakikat dan syariat.
Solat yang sempurna bermula dengan wudhu yang sempurna, wudhu yang sempurna ialah yang merangkumi hakikat dan syariat.
Wudhu syariat ialah membasuh dan meyapu anggota-anggota tertentu dengan air. Manakala wudhu hakikat ialah menyuci ingatan dari selain Allah.
Justeru ketika melakukan wudhu, sayugia hati tiada lalai kepada Allah. Untuk itu Imam Ghazali ketika menjelaskan adab-adab zahir dan batin wudhu membawakan doa-doa yang berkaitan dengan setiap anggota wudhu.
Ia bertujuan untuk melatih hati mengingati Allah dalam setiap gerak dan diam lantaran ingatan itu berterusan sehingga di dalam solatnya.
Wudhu adalah penyucian sementara solat adalah penyaksian, ibu bagi kedua-dua hal tersebut ialah ingatan berterusan kepada Allah.
Wudhu' adalah takhalli, solat adalah tajalli dan zikir adalah tahlil...
Urutan proses tersebut ialah tahlil>takhalli>tajalli. Solat yang khusyuk akan menghasilkan tajalli, tajalli yang benar akan membuahkan akhlak yang mulia(tahalli).
Adapun usul tahlil, takhalli dan tajalli di atas ialah murabbi/guru yang benar.
Adapun kaifiyat dan jenis zikir adalah perihal furuk yang boleh berubah mengikut aliran perguruan, individu, masa, tempat dan keadaan.
Apa yang penting zikir tersebut diambil dari para murabbi yang memiliki waridat dan ahwal kerana tanpanya ia ibarat padi yang hampa.
3 tingkatan solat :-
1. Solat bagi golongan syariat untuk mendapat pahala dan syurga.
2. Bagi kaum salik untuk membersihkan jiwanya.
3. Bagi ahli tauhid dan makrifat adalah untuk memandang wajah Nya.
1. Solat bagi golongan syariat untuk mendapat pahala dan syurga.
2. Bagi kaum salik untuk membersihkan jiwanya.
3. Bagi ahli tauhid dan makrifat adalah untuk memandang wajah Nya.
Golongan syariat menunaikan solat untuk mendapat pahala dan syurga kerana jiwa mereka masih terikat dengan zahir sedang hati mereka lalai dari mengingati Allah.
Firman Allah:
(يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ)
[Surat Ar-Rum 7]
Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.
(يَعْلَمُونَ ظَاهِرًا مِنَ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ عَنِ الْآخِرَةِ هُمْ غَافِلُونَ)
[Surat Ar-Rum 7]
Mereka hanya mengetahui perkara yang zahir nyata dari kehidupan dunia sahaja, dan mereka tidak pernah ingat hendak mengambil tahu tentang hari akhirat.
Adapun para salik mereka menunaikan solat untuk membersihkan jiwa kerana mereka ingin menghampirkan diri kepada Allah. Kehampiran diri kepada Allah itu adalah dengan hati dan jiwa.
Yakni hati yang sentiasa ingat dan merasai kebersamaan dengan Nya dalam segala gerak dan diamnya bahkan pada setiap helaan nafas.
Firman Allah:
(هُوَ الَّذِي خَلَقَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضَ فِي سِتَّةِ أَيَّامٍ ثُمَّ اسْتَوَىٰ عَلَى الْعَرْشِ ۚ يَعْلَمُ مَا يَلِجُ فِي الْأَرْضِ وَمَا يَخْرُجُ مِنْهَا وَمَا يَنْزِلُ مِنَ السَّمَاءِ وَمَا يَعْرُجُ فِيهَا ۖ وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَ مَا كُنْتُمْ ۚ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ)
[Surat Al-Hadid 4]
[Surat Al-Hadid 4]
Dia lah yang telah menciptakan langit dan bumi dalam enam masa, kemudian Ia bersemayam di atas Arasy; Ia mengetahui apa yang masuk ke bumi serta apa yang keluar daripadanya; dan apa yang diturunkan dari langit serta apa yang naik padanya. Dan Ia tetap bersama-sama kamu di mana sahaja kamu berada, dan Allah Maha Melihat akan apa yang kamu kerjakan.
Sementara golongan ahli tauhid dan makrifat, mereka menunaikan solat kerana hendak memandang WajahNya.
Hal ini kerana solat merupakan mikraj qalbi seorang mukmin kepada Tuhannya. Sebagaimana semasa mikraj RasuluLLah s.a.w Baginda bertemu dan mengadap Tuhannya sudah pasti pertemuan dan penghadapan tersebut pasti berlaku peristiwa memandang wajahNya maka begitulah kiasannya ketika solat.
Firman Allah :
(مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَىٰ)
[Surat An-Najm 11]
Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
(مَا كَذَبَ الْفُؤَادُ مَا رَأَىٰ)
[Surat An-Najm 11]
Hati (Nabi Muhammad) tidak mendustakan apa yang dilihatnya.
Apabila seorang bertakbiratul ihram dengan lafaz Allahu Akbar, maka tika itu wajib dirinya memandang wajah Allah s.w.t.
Mana mungkin menyebut akan Nama yang tiada empunya nama, setiap yang bernama pasti ada tuannya, jika tiada boleh memandang WajahNya, maka wajib memandang bayangan wajahNya.
Maka ketika itu ia menyaksikan segala gerak laku solat semuanya dalam sifat wajah kebesaran, kekuasaan dan kasih
sayang Allah s.w.t, ketika itu dirinya berwajah faqir yang tiada daya upaya satu zarah pun jika tiada kekuasaan dan kasih sayang Allah s.w.t.
sayang Allah s.w.t, ketika itu dirinya berwajah faqir yang tiada daya upaya satu zarah pun jika tiada kekuasaan dan kasih sayang Allah s.w.t.
Justeru itu, disunatkan setiap gerak dalam solat menyebut kalimah Allahu Akbar agar hati tiada terlalai melihat wajah kebesaran dan kasih sayang Allah s.w.t. (m/s: 37-38)
H: Solat adalah himpunan perbuatan dan bacaan yang dimulakan dengan takbiratul ihram dan disudahi dengan salam.
Sebagaimana yang telah disinggung sebelum ini, solat yang khusyuk adalah bermula dengan wudhu' yang sempurna hakikat dan syariat.
Wudhu' adalah penyucian, ia menyuci anggotanya dari dosa dan dari kelalaian hati dari memandang hak milik Allah ke atasnya.
Sementara solat pula adalah penyaksian, ia terjadi apabila diri kita zahir dan batin telah suci dari dosa dan berpaling dari mengingati selain Nya.
Justeru hati yang ingat kepada Allah akan tersyuhud Jalal Nya. Syuhud pada JalalNya itu adalah permulaan jalan penyaksian kepadaNya.
Oleh itu wajarlah Takbiratul Ihram menjadi permulaan solat, mereka yang benar melafazkannya dengan hati dan lisan akan tersyuhud Wajah Keagungan dan Kebesaran Nya sehingga hancur dirinya dalam keagungan dan kebesaran tersebut.
Sebab itulah Imam Ghazali rah mensyaratkan sekurang-kurang hadir hati ketika solat ialah hati bersama lidah dan perbuatan ketika melafaz dan mengangkat Takbiratul Ihram.
Justeru mungkin inilah maksud Pengarang dengan katanya:"apabila seorang bertakbiratul ihram dengan lafaz Allahu Akbar, maka tika itu wajib dirinya memandang wajah Allah s.w.t."
M : "Mana mungkin menyebut akan Nama yang tiada empunya nama, setiap yang bernama pasti ada tuannya, jika tiada boleh memandang Wajah Nya, maka wajib memandang bayangan wajahNya."
H: Di sini pengarang mendatangkan rasional kenapa wajib memandang wajah Allah ketika seorang melafazkan takbiratul ihram.
Sesungguhnya setiap nama adalah tanda yang menunjukkan kepada pemiliknya, tiada nama melainkan ada penamanya, begitu juga nama Allah pasti ada pemiliknya.
Seperti kita kata Burung Helang, ia merujuk kepada spesis burung tertentu yang mempunyai kekuatan merentasi angkasa raya dan turun ke bumi untuk menyambar pemangsanya.
Maka begitu juga kalimah Allah...ia adalah tanda yang menujuk kepada Zat yang empunya nama tersebut. Sungguhpun begitu, hakikat DiriNya itu tiada dapat dicapai apatah lagi dibayangkan.
Maka di sinilah Pengarang mengatakan "jika tiada boleh memandang Wajah Nya, maka wajib memandang bayangan wajahNya."
Firman Allah:
(لَا تُدْرِكُهُ الْأَبْصَارُ وَهُوَ يُدْرِكُ الْأَبْصَارَ ۖ وَهُوَ اللَّطِيفُ الْخَبِيرُ)
[Surat Al-An'am 103]
[Surat Al-An'am 103]
Ia tidak dapat dilihat dan diliputi oleh penglihatan mata, sedang Ia dapat melihat (dan mengetahui hakikat) segala penglihatan (mata), dan Dia lah Yang Maha Halus (melayan hamba-hambaNya dengan belas kasihan), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya.
Justeru bayangan Wajah Nya itu tiada lain berada pada diri insan dan jagat raya. Tiadalah wajah ciptaan Allah yang paling sempurna melainkan insan. Maka bayangan WajahNya itu ialah insan.
Insan adalah khalifah, antara makna khalifah pada bahasa ialah salinan, jadi insan menjadi bayangan wajah Nya.
Maka pandanglah pada diri dan renungkanlahnya nescaya engkau akan dapati segala yang ada pada insan adalah menyatakan diriNya dan milikNya.
Lantaran itu hancurlah pemilikan diri kita dalam wajah kebesaran dan keagungan Allah.
Setelah hancur lebur keakuan diri kita dan nyata pada kita kebesaran Allah baharulah zahir sifat Rasulullah yang berteraskan sifat Ar Rauf Ar Rahim.
Akhlak Muhammadiyah disimbolkan pada kalimah salam, sebab itulah solat ditutup dengan salam kerana mereka yang benar-benar menunaikan solat akan membawa akhlak salaman dalam kehidupannya.
Sabda RasuluLLah s.a.w:
عن عبد الله بن عمرو عن النبي صلى الله عليه وسلم قال: المسلم من سلم المسلمون من لسانه ويده
Seorang muslim itu ialah seorang yang sejahtera kaum muslimin dari kejahatan lidah dan tangannya...Bukhari
Seorang muslim itu ialah seorang yang sejahtera kaum muslimin dari kejahatan lidah dan tangannya...Bukhari
Kenal diri rata2..
No comments:
Post a Comment