Thursday, 8 February 2018

hubungan manusia dengan Allah menjadi kukuh ialah dengan mengenal

Tektik utama cara syaitan menyesatkan umat manusia, bukan melalui nafsu syahwat, atau nasfu lelaki, atau nafsu perempuan , atau harta, atau pangkat serta darjat keturunan. Tetapi syaitan menyesatkan kita dari belajar ilmu untuk mengenal diri mengenal Allah. Syaitan tidak bimbang dengan orang kaya, berpangkat, pintar dalam akedemik, kuat beribadah atau berketurunan yang hebat. Tetapi syaitan amat takut apabila ada dari kalangan manusia yang belajar ilmu mengenal diri mengenal Allah. Kerana ilmu itu cahaya yang menerangi dan menunjuki jalan dan sebagai panduan untuk kita menjadi hamba yang sebenar benar hamba. Jika manusia itu kenal diri kenal Allah walaupun dia seorang pakar akademik nescaya dia tidak akan tersesat . Satu satunya sumber hubungan manusia dengan Allah menjadi kukuh ialah dengan mengenal , maka hendak mengenal mestilah dengan ilmu mengenal. Kerana itulah yang membezakan antara insan kamil dengan manusia haiwan.

No comments:

Post a Comment