Monday, 19 February 2018

AKU ADALAH ENGKAU PADA BATINNYA ENGKAU ADALAH AKU PADA ZAHIRNYA

AKU ADALAH ENGKAU PADA BATINNYA
ENGKAU ADALAH AKU PADA ZAHIRNYA
Kita sedia maklum, ada sebuah hadis qudsi yang berbunyi: "AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRUHU". Ertinya :insan itu rahsiaKu, dan Akupun rahsianya.
Dan lagi firman yang berbunyi: "AL INSANU SIRRI WA ANA SIRRI WASIFATIN WA SIFATUN LAGHOIRIH", ertinya: insan itu rahsiaKu, rahsiaKu itu sifatKu, dan sifat itu, tiada lain daripada Aku jua.
Jadi yang sebenar-benarnya insan itu manusia, yang sebenar-benarnya manusia itu ialah Af’al Allah. Yang sebenar-benarnya Af’al Allah itu ialah Sifat Allah. Yang sebenar-benarnya Sifat Allah itu ialah Zat Allah.
Kerana zat dan sifat itu tiada menerima tunggal; dan Zat dan Sifat itu tiada sekutu dan tiada pula bercerai. Dan barang siapa yang menyekutukan Zat dan Sifat, atau yang menceraikannya, maka tersebut dihukumkan SYIRIK KHAFI.
Orang yang menceraikan itu berdosa. Orang yang syirik itu hidupnya penuh dosa yang tiada maaf baginya. Kerana orang yang seperti itu ia merasakan bahawa dirinya yang ada.
Sabda Rasulullah s.a.w. di dalam Al hadis yang berbunyi: "UJUDUKA ZAMBUN QI AASALAHU LIGHOIRIH". Ertinya: Syirik Khafi itu adalah dosa besar.
Jadi selama ujud Adam masih melekat dalam dirimu, nescaya tiada sampai semua ibadatmu walaupun setinggi langit. Jadi untuk melepaskan syirik Khafi itu, maka keluarlah engkau dari diri engkau.

No comments:

Post a Comment