Saturday, 23 December 2017

lahir ke dunia


Kita lahir ke dunia ini dengan membawa empat perkara:
1: lemah
2: bodoh
3: hina
4: papa kedana
Tak kira siapa anak siapa agong ke raja ke alim ulama ke jutawan ke sesiapa saja atas dunia ni ,itulah permulaan kita lahir ke dunia ini. Semasa keluar dari rahim ibu kita teramat lemah sekali , nak mengurus diri sendiri pun tak mampu. Kita ketika itu bodoh tak tahu apa apa nak sebut satu huruf pun tak tahu, teramat hina jijik sekali sewaktu keluar dari rahim bergeluman dengan darah dan lendir hanyir sekali. Ketika itu kita tidak berharta sehelai kain pun kita tak bawa bersama.
Dan waktu kita hendak kembali kepada Allah pun empat perkara ini jua yang ada bersama ,saat menghadapi sakratulmaut tubuh kita lemah tiada daya, dan ketika jadi bangkai pun kita tak ada daya upaya nak mengurus . Saat hampir sakratulmaut kita cukup bodoh semasa kita hidup bukan main petah berkata kata ,tetapi saat menghadapi sakratulmaut satu kalimah pun kita tak tahu nak sebut walaupun dia semasa hayat seorang ulama. Ketika saat jasad menjadi bangkai ,kita ini amat hina kerana busuk dulu sewaktu hidup dicium dipeluk orang ,tetapi saat menjadi bangkai tak ada satu pun nak simpan kita lama lama kerana sudah menjadi bangkai. Dan saat masuk liang lahat hanya kita membawa kain kapan sedikit kapas ,kapur barus dan sedikit serbuk cendana, balik dalam keadaan papa kedana , segala harta sijil pangkat segala kemewahan ditinggalkan tak dibawa bersama. Rakan taulan bff pun tak teman kita untuk bersama didalam liang lahat . Masa itu sudah terlambat untuk kita sedar segala yang pernah kita ada rupanya adalah tipuan belaka.

No comments:

Post a Comment