Friday, 29 December 2017

fb k


APA ITU ISLAM?...
Sebenarnya saya tidak faham apabila orang kata berpuak2 dan berpecah belah, ini kerana manusia ada fikrah dan fikrah itu pula mendatangkan ideologi, ini menyebabkan manusia pilih jalan syariat masing2 dan ini tentulah akan banyak aliran pecah2annya, so saya tidak faham isu pecah belah, bagi saya perkataan berpuak2 menjadi berpecah belah itu hanya retorik saja – bukti2 dari sejarah dan kenyataan2 yg berlaku skrg - manusia itu berpecah belah dan gaduh2 kerana persaingan politik yang bersangkutan keduniaan bukan ajaran agama yang tujuannya jalan spiritual. AlQuran dengan konsisten mengatakan siapa yang mencapai "zakka nafs (kemurnian jiwa)" maka akan berjaya, siapa yang kotorkannya akan kecewa (rujuk Q91:7-10). Ini bermakna "Islam" disisi Allah menurut ayat Q3:19 itu berserah diri/submission kepada Allah sesuatu pencapaian jiwa didalam diri (spiritual) tidak kira apapun anutan agama atau kepercayaan mereka asalkan mereka percaya kepada Allah, hari akhirat dan mengamalkan kesolehan (jalan yang memurnikan jiwa). Pemahaman yang begini tidak akan mengkontradikkan ayat Q3:19 itu dengan ayat dibawah ini...
Q2:62. Sesungguhnya orang-orang yang percaya, orang-orang Yahudi, orang-orang Nasrani dan orang-orang Sabien, sesiapa saja diantara mereka yang benar-benar beriman kepada Allah, hari kemudian dan mengamalkan kesolehan (jalan yang memurnikan jiwa), mereka akan menerima balasan dari Tuhan mereka, tidak ada kekhuatiran terhadap mereka, dan tidak (pula) mereka bersedih hati.
Ini menunjukkan ajaran AlQuran itu hanya salah satu pendekatan jalan spiritual diantara banyak pendekatan jalan spiritual yang terdapat didalam dunia ini. Yahudi dengan cara (syariat) mereka, Kristian dengan cara (syariat) mereka, Sabien (Hindu, Buddha, Shinto etc) dengan cara (syariat) mereka, ajaran AlQuran dengan cara (syariat) AlQuran etc. Jika seseorang itu mencapai "zakka nafs (kemurnian jiwa)" (rujuk Q91:7-10), maka ianya akan mencapai jiwa yang tenang (rujuk Q89:27-28) dan kembali kepada Rabbnya didalam keadaan redha dan diredhai, inilah Islam/berserah diri/Submission. Mereka2 yang belum sampai kepada pencapaian "submission/berserah diri" kepada Tuhan adalah bermaksud mereka2 itu belum sampai kepada "Islam", maka setakat mengaku Islam dan tertulis di-IC itu hanyalah label bukan Islam yang sebenarnya. Maka jelaslah AlQuran itu hanya salah satu jalan spiritual yang terdapat didalam dunia ini.
[73:19] Sesungguhnya ini (AlQuran) adalah satu peringatan; sesiapa sahaja yang mengkehendaki biarlah dia mengambil jalan menuju Rabb-nya.
Wassalam...
Komen
M Amal M Zaem Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada Allah, serta dia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam
Urus
Balasan1h

No comments:

Post a Comment