AKULAH Allah AKULAH Muhammad,
Ketahuilah diri zahir kita inilah yang dinamakan zahir muhammad, ia juga dinamakan Muhammad akhir, diri batin itu nur Muhammad kenyataan nurullah. Diri zahir pertajalian diri batin. Diri zahir dan batin itu pertajalian nurullah. Maka bila sudah kenal maka leburlah zahir dan batin maka nyatalah yang esa. Maka nyatalah AKULAH Allah AKULAH Muhammad, satu jua tiada dua tiada terpisah. AKULAH MU, MU LAH AKU. Maka yang nyata sebenar benar nyata adalah AKU. Kerana itu semua kenyataan syahadah bagi DIRIKU sendiri.
No comments:
Post a Comment