Saturday, 23 December 2017

kenal Muhammad Rasulullah

Mahmudah ialah sifat yang terpuji yaitu diri zat itu sendiri, dan dia jualah Muhammad yang terpuji. Kerana dirinya terpuji dan maha sempurna, maka dia berkehendak dirinya dikenali dan dipuji maka dia mengeluarkan Muhammad yang ada dalam dirinya, maka nyatalah nur Muhammad yaitu Muhammad awal sebagai tanda iradatnya. Muhammad awal inilah kenyataan ilmunya, maka Allah itu diri yang mengenal dan nur Muhammad itulah diri yang dikenal. Kerana Allah itu nur seperti firman Allah didalam surah An Nur :
Allah nur langit dan bumi (ayat :35)
Apa itu nur?.
Nur adalah cahaya.
Apa itu cahaya?.
Cahaya ada yang menerangi yang dapat menyatakan sesuatu.
Kerana Allah itu cahaya yang teramat terang teramat indah yang teramat terpuji dan terlalu ghairah untuk dikenali akan dirinya maka tajalilah nur Muhammad itulah Muhammad Allah, maka nur Muhammad inilah yang memuji akan Allah setelah nyata, Muhammad awal ini tiada berjasad tetapi kenyataan iradat, ilmu dan segala kepujian dan kesempurnaan bagi menyatakan dirinya sendiri yang teramat maha sempurna dan maha terpuji. Dari nur Muhammad itulah menjadi terang seluruh isi alam maka ternyatalah diri yang maha sempurna dan maha terpuji. Maka Muhammad yang lahir di mekah itu adalah Muhammad akhir. Muhammad akhir inilah yang membawa rahsia nur Muhammad dan penunjuk jalan untuk kita mengenal Muhammad Rasulullah. Kerana tugas Muhammad akhir menyampaikan sirr supaya kenal kembali akan Muhammad Rasulullah, bila kenal Muhammad Rasulullah maka kenalah kita akan Allah taala.

No comments:

Post a Comment