Thursday, 21 December 2017

benar benar solat

Orang yang benar benar solat itu:
Solat sebelum solat(fardhu sebelum fardhu)
Solat semasa solat (fardhu di dalam fardhu)
Solat sesudah solat (fardhu sesudah fardhu)
Kerana DIRI itu sentiasa solat , yang bersolat itu DIRI bukan jasad, jasad tak pernah solat tidak sesekali solat itu untuk jasad. Kerana jasad hanya melakukan rukun solat bukan bersolat, yang bersolat itu DIRI. Kerana itu Allah perintahkan dirikan solat yakni Allah perintahkan DIRI untuk mendirikan solat bukan jasad, jangan hanya pandai melakukan rukun solat tetapi solat tidak pernah.
Maka solat itu wajib qiam(berdiri mati) yang wajib qiam itu DIRI bukan jasad , maka matikan DIRI serah segala afaal samaada qolbi , fi'li, mahupun qouly semuanya wajib serah kepada Allah .

No comments:

Post a Comment