Awal itu adalah zat yang akhir itu pula sifat bagi zat
Contoh:
Sebiji benih lada & sepokok lada:
Kalau aku ambil sebutir benih cili api , maka aku katakan bahawa biji benih itu bukanlah sebutir benih tetapi sebatang pokok cili api yang lengkap , ada akar ,ada batang , ada ranting, ada daun , ada bunga, ada buah malah ada biji biji benih sekali..
Tentu kamu akan mengatakan aku gila sebab yang kamu nampak ditanganku ialah satu biji benih.
Maka siapakah yang gila? Aku atau kamu ? Pada zahir aku ditomah gila oleh manusia, kerana yang zahir dan nampak pada mata kasar manusia itu hanya sebutir biji benih cili api , kalau benih tetap ianya bukan sebatang pokok .
TIDAK GILA kata tuhan .
Tuhan kata tidak gila kerana aku tidak memandang benih itu sahaja.
Basarullah menampakan padaku apa yang ada didalam biji benih itu. Untuk membuktikannya maka aku tanam biji benih itu kedalam tanah yang subur dan dalam masa 1-2 bulan sahaja maka yang tadinya hanya sebiji benih telah menjadi sebatang pokok cili api yang lengkap seperti apa yang aku jelaskan dan tunjukan kepadamu 1-2 bulan yang lalu.
Dan barulah orang percaya bahawa aku tidak gila tetapi manusia yang benar kerana buktinya ada didepan mata . Rupanya matalah yang membuat keputusan dan bukan otak atau hati nurani manusia itu.
Firman Allah :surah Ali Imran:
Sesungguhnya kami telah mencipta manusia dari setitis air mani yang bercampur yang kami hendak mengujinya , kerana itu kami jadikan ia mendengar& melihat .
Sesungguhnya sebutir benih cili itu adalah sama jua dengan istilah setitis mani bagi manusia .
Umpama sebiji benih cili api tadi telah ada disediakan Allah sepokok cili api yang lengkap , maka didalam setitis air mani tadi juga telah lengkap seorang manusia yang lengkap segala galanya.......... Ya lengkap segala galanya.
No comments:
Post a Comment