Saturday, 23 December 2017
Allah terlalu hampir
Allah terlalu hampir dengan kita , kerana itulah kita tidak mampu melihatnya. Umpama bulu mata di kelopak mata kita, ianya ada tetapi kita tidak mampu melihatnya . Kita mampu melihatnya bukan bererti ianya tidak ada. Ianya ada tetapi terlalu hampir sehingga kita tidak mampu melihatnya. Umpama mata hitam dan mata putih, kerana terlalu hampir kita tidak dapat melihatnya, walaupun untuk melihat kita mengunakan mata, tetapi kita tetap tidak dapat melihatnya, tetapi tiada bererti mata itu tidak ada. Mata itu ada tetapi kita tidak mampu melihatnya kerana terlalu hampir, begitulah jua Allah taala ianya terlalu hampir dan terlampau terang sehingga menyilau pandangan kita sehingga kita tidak mampu untuk melihatnya, bukan bererti ianya tidak ada.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment