Thursday, 30 November 2017

di kerja kan

ker ja ya
kau kerja bawah siapa
bawah si pulan (manusia)
jgn di bawah jin(syaitan)
sebab itu jin suka tindih waktu tidur

kena tindih manusia(suami,isteri) tak apa

hi

Ulam raja dan pucuk paku
Dibawa oleh ulamak seberang
Carilah aku di dalam aku
Aku sembunyi di dalam terang
Kalau kail panjang sejengkal
Lautan dalam jangan diduga
Kalau pendek fikiran dan akal
Intan berlian pun disangka kaca

WUJUDIAH vs WAHDATUL WUJUD


Agak berjela panjangnya,
bacalah perlahan-lahan.
WUJUDIAH vs WAHDATUL WUJUD
Menjelaskan kefahaman WUJUDIYAH yang diperjuangkan oleh Syeikh Hamzah Fansuri, terdapat sedikit penjelasan kelainannya di antara kefahaman Wahdatul Wujud yang muwahid atau yang mulhid, begitupun kefahaman Wahdatus Syuhud.
Misalnya begini, umumnya kalangan Wahdatul Wujud atau Manunggaling Kawulo Gusti dan sebagainya dalam menyatakan konsep ilmu mengenal diri yang sebenar diri, hanya lebih memfokuskan tentang ruh/sirr/nyawa/nur muhammad/hakikat muhammad dan sebagainya. Tetapi tidak mengambil peduli tentang ‘Rahsia Jasad’. Jasad bagi mereka adalah suatu benda yang gelap dan mati. Jasad akan hancur lebur di perut bumi setelah mengalami ‘mati hissi’. Tambah lagi yang sebenar-benar beribadah adalah hati atau ruh dan bukannya jasad. Hanya ruh yang asalnya daripada Zatullah yang kembali dan mengenal Allah. Manakala jasad yang berupa kulit, daging, urat, darah dan tulang itu tak ada apa-apa nilainya sekadar menjadi rangka sementara untuk nyawa atau ruh.
Dalam peribahasa Melayu ada menitirkan, “Jangan kacang lupakan kulit”. Atau analoginya seperti seekor burung setelah dilepaskan dari sangkar, barulah burung dapat terbang dan bebas. Tetapi dalam memahamkan konsep Wujudiyah Syeikh Hamzah Fansuri adalah ‘burung terbang dengan sangkarnya sekali’. Dalam pandangan Wujudiyah, sangkar bukan lagi sangkar yang dibatasi oleh jeriji kayu atau besi, tetapi sangkar telah bertukar menjadi cahaya dan bersatu dengan burung yang juga telah menjadi cahaya yang disebut sebagai Nurullah.
Sepertimana kata Syeikh Hamzah Fansuri “Maka tiliklah Jasadmu wahai ikhwan! Jasadmu inilah Sifat Kebesaran bagi Zat Allah. Sekalipun tampak zahir Jasadmu ini berkulit, berdaging, bertulang, berurat dan berdarah, namun apabila diusul akan asalnya, maka yang dikatakan kulit, daging, tulang dan urat ini adalah kejadian daripada Zat Allah yang digelar Nurullah.”
Subhanallah. Pandangan seorang Arifbillah yang mukasyafah tentunya berbeza sekali dengan pandangan seorang awam melalui mata kasar. Orang awam melihat sesuatu benda sebagai benda semata-mata, tetapi orang Arifbillah melihat Allah dalam hakikat setiap sesuatu. Pandangan mata hati orang Arifbillah lebih dekat tertuju kepada Allah berbanding pandangan orang awam masih terhijab dan terdinding.
Kata Syeikh lagi, “Jasad inilah Alam Saghir adalah SifatNya yang juga bernama Muhammad.” Justeru apakah pernah kita terfikir bahwa sekecil apa pun atom atau debu di muka bumi ini bahwa sebenar dalam hakikatnya mengandungi alam semesta?
Lantaran itu cuba-cubalah kita fikirkan pula walau sehebat mana pun ruh kita telah tinggi bermakrifat, mengapakah Allah memerintahkan Jasad kita ini untuk mendirikan/mengerjakan/ melaksanakan solat 5 kali sehari semalam? Mengapakah Jasad kita ini disuruh berpuasa sebulan dalam bulan Ramadhan? Mengapakah Jasad kita ini disuruh berhaji ke Mekah? Mengapakah Jasad kita ini wajib disolatkan setelah jasad kita bercerai dari nyawa? Jasad kita yang kita sangkakan hanya kulit, darah, daging, urat dan tulang tetapi sebenarnya adalah NURULLAH tetapi tidak kita ketahui disebabkan pandangan kita tertutup dengan pelbagai hijab!
Tidak menjadi barang mustahil jika Allah mahu membangkitkan semula Jasad kita yang sudah berkubur di perut bumi sebagaimana telah diterangkan dalam Surah Yasin.
Syeikh Hamzah Fansuri menampilkan penjelasan tentang pemutus ilmu makrifat. “Penamat ilmu adalah Satu sahaja, iaitu Mengembalikan Semula Jasad Kepada Zat kerana ini adalah menunjukkan Amanah Allah kepada NurNya. Kalau Nyawa pergi tanpa Jasad, maka sesat hukumnya.”
Pembaca yang ingin mengetahui isiNya, tentulah mereka yang redha seperti sanggup ‘melepaskan sepasang terompahnya’ untuk memasuki Majlis Hadirat Allah iaitu Lembah Thuwa (Lembah Yang Suci). Maksudnya mereka yang merendahkan ujub (bangga) dirinya atau melepaskan sepasang ego akal dan hatinya.
Ramai pengkritik tasawuf mengatakan bahawa Syekh Sufi Hamzah Fansuri menganuti fahaman Wahdatul Wujud. Agak berlebihan juga sampai ada yang mendakwa corak Wahdatul Wujud yang menjadi pegangan Syekh Hamzah Fansuri itu berunsurkan kepercayaan filsafat panteisme. Sedangkan secara keseluruhan tidak semestinya konsep Wahdatul Wujud itu bercerminkan panteisme sebagaimana yang didifinisikan dalam istilah sarjana barat oleh Henry C. Theissen yang menghujahkan ianya suatu kesimpulan teori bahwa Tuhan itulah alam, alam itulah Tuhan yang muncul dalam berbagai dimensi, bentuk dan masa, lalu mempunyai pula unsur-unsur ateistik, politeistik dan teistik.
Lantaran demikian, panteisme menjelaskan bahawa kesejatian Zat Tuhan yang sentiasa berubah keadaannya itu tidak lagi seEsa dan semutlak seperti sediakala dahulunya apabila sudah bersatu dengan kejadian makhluk penciptaanNya dari bahan ZatNya sendiri. Dengan erti kata lain Tuhan itu tidak lagi bersifat ‘tanzih’, sebaliknya kekal dalam sifat ‘tasybih’, ibarat dakwat biru jika dicampurkan dengan dakwat merah sudah kekal menjadi dakwat jingga hingga perubahan itu tidak boleh dipisahkan lagi untuk membawanya kembali kepada darjat warna asalnya masing-masing. Justeru itulah seseorang yang mempercayai aliran ini dinamakan juga sebagai golongan Mujasimmah selain mengatakan Tuhan itu mempunyai jasad seperti makhluk bahkan pada hakikatnya telah menyangkal kewujudan Tuhan itu sendiri.
Sebenarnya ada Wahdatul Wujud yang ditolak sebulat-bulatnya oleh ulamak Islam dan ada pula ulamak yang membenarkannya sebagai puncak ilmu tauhid yang sempurna lagi haqiqi. Wahdatul Wujud sebagaimana pemikiran Syekh Ibnu Arabi yang menjelaskan di dalam kitabnya Futuhat Al-Makiyyah tidak sama sekali mencabutnya dari akar Islam. Syekh Ibnu Arabi tetap mengekalkan kepercayaannya kepada kedua-dua sifat Ketuhanan iaitu tanzih dan tasybih. Dengan demikian, tidak seperti kaum panteisme yang menafikan tanzih dan hanya berpegang kepada tasybih sahaja. Zat Allah yang sekarang tetap sebagaimana dahulunya, tidak pernah berubah serta Maha Sempurna, Maha Suci dan Maha Esa yang tidak ada sesuatu pun yang menyamaiNya.
Namun demikian menurut Syekh Ibnu Arabi, jika hanya berpegang pendapat kepada sifat Allah yang tanzih sahaja, maka mana mungkin Allah itu dapat dikenali makhlukNya sebagaimana DIA sendiri telah menyatakan rindu hendak mengenalkan DiriNya serta menzahirkan WujudNya. Sudah pastilah Allah itu dekat dengan kita dan bersama kita, malah lebih terdekat lagi dengan urat leher manusia sebagai contohnya, maka kedekatan dan kebersamaan itu Allah dapat dikenal oleh makhlukNya. Jika Allah tidak memiliki sifat tasybih yakni kebersamaan serta kepersamaan sifatnya dengan makhluk, nescaya Allah itu hanya tetap batin pada DiriNya sendiri dan tiada siapa pun yang mampu mengenalNya.
Maka sifat Allah yang tasybih itu tidak dapat hendak dinafikan. Misalnya jika Allah itu tidak menzahirkan firmanNya melalui perantaraan bahasa manusia iaitu bahasa Arab dalam kitab suci Al-Qur’an, maka bagaimanakah wahyu dapat diturunkan kepada manusia di bumi? Bahasa Al-Qur’an itu sendiri cukup membuktikan kebenaran sifat Allah yang tasybih sedangkan Allah itu sendirinya tidak bersifat demikian seperti makhluk yang berucap melalui huruf dan suara.
Semasa hayatnya, Syekh Hamzah Fansuri tidak pernah pula mengisytiharkan dirinya sendiri sebagai penganut Wahdatul Wujud, sama ada melalui keratan risalah-risalahnya yang terselamat ditemui dari kemusnahan pembakaran yang dianjurkan oleh Nuruddin Al-Raniri – seorang ulamak yang amat memusuhi Syekh Hamzah Fansuri dan muridnya Syekh Syamsuddin Sumaterani ataupun jika terdapat pesan-pesan yang pernah tersebar oleh murid-muridnya sehingga kini.
Hal ini terbukti benar kerana beliau sendiri adalah pengamal Tarikat Qadiriyah yang diasaskan oleh Syekh Abdul Qadir al-Jailani, merupakan satu-satunya tarikat awal yang tumbuh dalam sejarah perkembangan Islam dan bertunjangkan ajaran sunnah Nabi s.a.w. Sebenarnya apa yang cuba dibangkitkan oleh Syekh Hamzah Fansuri dalam pemikiran tasawufnya ialah tentang suatu istilah tauhid muntahi yang menekankan manusia harus kembali untuk beriman kepada kesedaran KeEsaanNya yang mutlak bahwa Allah Subhanahu Wa Ta’ala itu sahaja yang sebenarnya Wujud, manakala makhluk tidak berwujud. Wujud itu Satu (Esa).
Syekh Hamzah Fansuri mentamsilkannya sebagaimana hubungan laut dan ombak. Walaupun dari sudut nama keduanya saling berbeza tetapi pada hakikatnya ombak itu tidak lain dari laut itu juga. Dengan itu menurut Syekh Hamzah Fansuri, wujud Tuhan dan wujud makhluk itu sama sahaja, tidak ada yang selainNya baik dari aspek luaran atau dalamannya. Perbezaan itu terletak hanya dalam persangkaan akal fikiran sahaja ketika memandangnya dari sudut berbagai ragam penzahiran bentuk.
Selanjutnya menurut Syekh ini, Wujud Rabbul Izzati itu tidak terhalang dari iradat dan qudratnya untuk menzahirkan apa sahaja yang ternampak pada alam ini tetapi tidak mengubah hakikatNya. DIAlah Az-Zahir dan DIA jugalah Al-Batin. Namun segala apa yang dizahirkan oleh Wujud Rabbul Izzati itu hanyalah bersifat bayangan atau majazi sahaja (tidak kekal), sedangkan yang kekal adalah Zat Wajibal Wujud yang bernama Allah.
Aliran sufi dan tasawuf Syekh Hamzah Fansuri ini dikenali sebagai Wujudiyah, tidak ada permaknaan wujud lain sepertimana disebutkan kewujudan di antara Tuhan dan hamba, yang ada hanya Wujud Yang Satu sahaja dan Wujud Yang Satu itulah bernama Allah. Maka apa yang disifatkan sebagai keberadaan makhluk, sebenarnya itu adalah penampakan Allah sendiri dalam WujudNya dan makhluk sekadar gambaran sahaja dimana Wujud itu ingin menzahirkan DiriNya di luar diri. Istilah Wujudiyah ini disebutkan juga oleh penentangnya Nuruddin al-Raniri dalam beberapa kitab tulisannya yang membahaskan aliran Wujudiyah sebagai sesat kerana memahamkan wujud makhluk itu sama dengan Wujud Tuhan.
Sepertimana menurut fatwa Nuruddin, jika demikian mana mungkin Tuhan menciptakan DiriNya sendiri dalam berbagai bentuk makhluk? Justeru kerana aliran Wujudiyah itulah maka akhirnya Syekh Hamzah Fansuri dihukumkan sebagai kafir zindik yang difatwakan oleh Nuruddin. Kafir zindik bererti Islam di luar tetapi kafir di dalam. Semasa fatwa mengkafirkan ini dijatuhkan, Syekh Hamzah Fansuri dipaksa bertaubat dan disuruh meninggalkan ajaran Wujudiyahnya, namun Syekh sama sekali tetap tegas dengan pendiriannya.
Tetapi kemudiannya setelah Syekh Hamzah Fansuri wafat, seorang tokoh sufi besar bernama Saiful Rijal telah mempertahankan kebenaran ajaran Wujudiyah tersebut dengan membuka kembali sidang berdebat dan membangkang pendapat Nuruddin al-Raniri. Dalam perdebatan itu terbukti akhirnya bahwa ajaran Wujudiyah yang diasaskan oleh Syekh Hamzah Fansuri itu tidak ada salahnya di sisi kebenaran Islam, sebaliknya pula Nuruddin yang dipersalahkan kerana tidak mempertimbangkannya dengan penilaian yang betul dan adil, yakni menyelidiki kajian terdahulu sebelum menjatuhkan hukum kafir terhadap Syekh Hamzah Fansuri, malahan dirinya sendiri tidak mengerti tentang ilmu laduni atau hakikat tasawuf yang sedalam-dalamnya. Nuruddin mengaku kalah dalam perdebatan itu seraya menanggung malu.
Meskipun antara fahaman Wahdatul Wujud dengan Wujudiyah itu agak terdapat sedikit perselisihan dari segi konsep dan difinisinya, sebenarnya tidak tersangat berbeza jika diketepikan aspek-aspek persoalannya kerana apa yang hendak ditujui dan dicapai itu hanyalah makrifat Yang Satu jua. Namun begitu, masyarakat awam sering tersalah faham kerana tidak dapat membezakan pengertian istilah aliran-aliran seperti ini. Malah ada pula yang terkeliru menganggap Wahdatus Syuhud sama pengertiannya dengan Wahdatul Wujud.
Di dalam konsep Wahdatul Wujud berteraskan akar ajaran Islam, betapa tinggi pun seseorang itu telah bermakrifat namun Tuhan tetaplah Tuhan dan makhluk tetaplah makhluk. Tuhan bukan makhluk dan makhluk bukan Tuhan. Makhluk tidak jadi Tuhan dan Tuhan pun tidak jadi makhluk. Tetapi antara makhluk dan Tuhan itu sentiasa bersama dan tidak bercerai. Sebagaimana makhluk itu memerlukan udara untuk bernafas, begitulah manusia memerlukan keberadaan Tuhan di dalam kesatuan (Wahdat), namun kebersamaan itu tidaklah bermakna telah menjejas keEsaanNya Yang Maha Suci.
Zat Rabbul Izzati itulah hakikat alam semesta ini atau sebagai hakikat segala sesuatu penciptaanNya. Makhluk tidak akan tampak berupa, bergerak dan hidup tanpa bergantung dengan Zat Rabbul Izzati. Dalam kesatuan Wujud atau kebersamaan dengan Zat Rabbul Izzati itu makhluk sebenarnya tidak hancur, seperti pelita yang di dalamnya ada api panas yang bernyala sedangkan kaca pelita itu tidak terbakar dan musnah.
Namun pada pandangan ahli sufi yang mengikuti aliran kefahaman ini bahwa Wahdatul Wujud (kesatuan antara manusia dan Tuhan itu) bukanlah dimengertikan secara aspek fizikal tetapi dari aspek batin atau rohaniah yang terdalam kerana bukan jasad manusia itu yang sampai dan dapat mengenal kewujudan Allah tetapi hanyalah roh manusia itu sendiri kerana roh itu berasal dari ZatNya.
Berbeza dengan aliran Wujudiyah, mereka yakni ahli sufi yang berpegang teguh dengan aliran ini seperti Syekh Hamzah Fansuri, sudah tidak lagi memandang kepada wujud makhluk, apa yang mereka pandang semuanya Wujud Allah, makhluk itulah Allah pada hakikatnya. Jika pada aliran Wahdatul Wujud masih lagi memandang adanya kesatuan antara hamba dan Tuhan. Tetapi bagi aliran Wujudiyah, kesatuan antara hamba dan Tuhan itu sama ada dari segi pengetahuan, perasaan dan penyaksian sudah sememangnya tidak ada langsung, malah perkataan Tuhan itu sendiri pun tidak ada, sebaliknya yang ada hanyalah Wujud Mutlak semata-mata dengan keEsaanNya dan Wujud Mutlak itu menamakan DiriNya sendiri sebagai Allah Subhanahu Wa Taala.

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI

PERJUANGAN YANG BELUM SELESAI
________________________________________
“Kau harus melawan kejahatan, walaupun orang yang dizalimi tak mahu melawan.
Kau tak hidup dengan karma orang lain, melainkan dengan karmamu sendiri.”
________________________________________
"Aku tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka yang mengubah nasib mereka sendiri"
[QURAN 13:11]

MUHAMMAD KEKASIH-KU

MUHAMMAD KEKASIH-KU
Salam Maulidur Rasul buat Muhammad bin Abdullah.. Tanpa perjuangan baginda s.a.w, pada saat ini, siapalah kita..
Teruskanlah usaha dakwah dan tarbiah.. Kerana setiap dari kita ini, pada hakikatnya tiada lain, Muhammad lah jua..
Sentiasalah membawa 4 ciri ini di hadapan teman atau lawan, iaitu siddiq amanah tabligh fathonah.. insyaAllah, selamat dan sejahtera kehidupan kita dunia akhirat..
Akhir kata;
Allahuma solli alaa Saidina Muhammad,
Ya Habibi ya Muhammad ya Mustofa,
Sollu Alannabiyy.. Amiin2
#1439

Salam Maulidur Rasul

Tribute to Muhammad s.a.w.
Salam Maulidur Rasul, Kekasih..
Malu rasanya mengatakan cinta
Kepada dia kekasih Allah
Kerana dia insan mulia
Sedangkan diriku insan biasa
Ku pujuk jua hati dan jiwa
Meluahkan rasa cinta membara
Di dalam pujian ucapan selawat
Tanda penghargaan seorang umat
Selagi upaya ku turuti ajarannya
Apa terdaya ku amalkan sunnahnya
Moga di dunia mendapat berkat
Di akhirat sana beroleh syafaat
Kerana peribadinya aku terpesona
Kerana budinya aku jatuh cinta
Rindu ku padanya tiada terkata
Nantikanlah daku di taman syurga
Sesungguhnya apa yang ku dambakan
Hanyalah cinta Allah yang Esa
Kerana cinta kepada Rasulullah
Bererti cinta kepada Allah

CINTA AGUNG

CINTA AGUNG
Suatu ketika, seseorang telah bertanya kepada Laila: "Cinta siapakah yang lebih besar, cinta Majnun ataupun cintamu?"
Laila menjawab: "Cintaku lebih besar daripada cinta Majnun. Sebab semua orang mengetahui cinta Majnun kepadaku, sementara cintaku kepadanya tetaplah menjadi rahasia."

Iman itu biarlah umpama kuku

Iman itu biarlah umpama kuku dijari walaupun dipotong tetap tumbuh, sakit nazak pun tetap tumbuh, walaupun beribu kali dipotong. Dan tetap melekat dijari walaupun pun kita menjadi mayat kuku ikut sama masuk alam kubur tiada bercerai ia. Amal kebajikan itu ibarat rambut dikepala walaupun beruban putih rambut tetap tumbuh dan memanjang sampai kita menjadi mayat rambut tetap ada dikulit kepala dan ikut sama masuk lubang kubur tak bercerai. Jangan jadi seperti gigi bila sudah tercabut tak tumbuh tumbuh belum masuk kubur dah berpisah.

hi


Tidak Sesat dan Tidak Haram itu Bila Mana Segalanya Menjadi Milik Allah, dan Bila Mana Ianya Nyata Allah.
Jadi benar lah yang menuduh dan menjadi sesat yang menjadi haram itu oleh kerana tidak ketemu.. Tidak berjumpa dan belum ketemu dengan ilmu Makrifat..
Ilmu Makrifat ini adalah ilmu Mengenal Allah.. Mengenal Allah itu wajib bagi semua yang bertuhankan kepada Allah..
Selama ini, kita Solat, puasa dan mengerjakan amal-amal seharian kita secara tidak mengenal Allah, dengan cara mengikut pelajaran yang di ajar oleh ibu bapa, ustaz-ustaz di sekolah dan di masjid..
Pernah tidak kita soal diri kita sejauh mana di dalam setiap amal ibadah yang kita laksanakan ini telah mengenal Allah atau tidak?
"Laisul Solat Bil Makrifatullah, Tidak Sah Solat Tanpa Mengenal Allah". Apakah kita tidak terasa dan terfikir pada hati kita untuk mengenal Allah. Selama kita belajar dan di ajar dari kecil, bangku sekolah dan sehingga kini apakah kita telah di dedahkan dengan pelajaran untuk mengenal Allah? Jika ada pun hanyalah sekadar istilah, sekadar kiasan.. Apakah telah nyata atau pun telah mengenal kita kepada Tuhan yang bernama Allah? Jika tidak kenapa tidak berusaha untuk mencari Guru yang mengajar tentang ilmu Makrifat ini?
Bagi mereka-mereka yang tidak langsung pernah berkecimpung @ pun tidak pernah mempelajari ilmu Makrifat ini mereka selalu menunding akan perjalanan orang yang belajar dan mengajar tentang ilmu Makrifat ini..
Cuba kita membuka mata hati kita membuka dan memberi ruang untuk diri kita sendiri untuk cuba dahulu mempelajari dari awal pelajaran ilmu Makrifat sehingga akhir ilmu Makrifat, barulah tahu sesat @ haram ilmu Makrifat ini..
Apakah patut kita sendiri belum lagi belajar dari awal pelajaran ilmu Makrifat sehingga akhir ilmu Makrifat ini menuduh ilmu Makrifat SESAT dan HARAM?
Terlebih baik kiranya Tuan-Tuan Puan-Puan sekaliannya belajar terlebih dahulu dari awal pelajaran ilmu Makrifat sehinggalah akhir ilmu Makrifat, selepas itu Tuan-Tuan, Puan-Puan sekaliannya nak buat Tuduh SESAT DAN HARAM barulah patut.. Tetapi belum lagi belajar belum apa-apa lagi dah di tuduh sesat dan HARAM..
Tuan-Tuan, Puan-Puan, sekaliannya yang menuduh sesat dan haram ilmu Makrifat ini sila kemukakan di barisan mana di ayat yang mana yang di katakan ilmu Makrifat ini SESAT, sila NYATAKAN! Jika benar salah dan haram boleh lah saya turut perbetulkan.. Inilah sepatutnya Tuan-Tuan Puan-Puan sekaliannya lakukan kepada orang yang belajar dan mengajar ilmu Makrifat, bukan dengan menuduh tetapi dengan menegur dan memperbetulkan ayat @ ilmu Makrifat yang Salah yang Sesat dan yang Haram itu..
Boleh lah saya terima dengan hati yang terbuka dan cuba memperbetulkan dan membaiki yang mana dikatakan ilmu Makrifat Salah dan Sesat itu.. Ini tidak tahu menuduh dan menuding jari sahaja.. Selama saya mempelajari ilmu Makrifat, tiada pernah saya mendengar, belajar dan di ajarkan pelajaran yang melencong dari garis panduan Al Quran dan Hadis Nabi..
Sebagai mana orang Syariat dan Fekah solat dan puasa, sebegitu jugalah kami orang Makrifat solat dan puasa, tidak terlebih rakaat dan tidak kurang rakaat, bersahur dan berbuka puasa mengikut waktu nya, bersahur sebelum masuk waktu Subuh berbuka semasa masuk waktu Maghrib.. Berpuasa juga di bulan Ramadhan.. Subuh 2 rakaat, Zohor 4, Asar 4, Maghrib 3, Isyak 4 rakaat.. Tetap sama pada permulaan dan pengakhiran solat dan puasa..
Cuma saya di ajarkan apa di sebalik solat yang di lakukan itu, apa di sebalik puasa yang di fardhukan.. Bukan hanya sekadar tunduk bangun, lapar dahaga.. Sah tidak sah solat bagi orang Fekah itu adalah pada betul @ salah bacaan di dalam solat, pada orang Makrifat pula sah dan tidak sah solat itu adalah pada mengenal atau tidak kita kepada Allah..
Tapi ingat Tuan-Tuan, kira nya ada orang mengajar ilmu mengenal Allah jangan Tuan-Tuan belajar.. Kiranya ada orang yang mengajar ilmu mengenal Allah itu ternyata sesat, kerana Allah itu bukan perkara, bukan benda, bukan Ain, bukan zarah.. Allah itu "laisaka mislihi syaiun, bersalahan Allah itu dengan perkara yang baru".. Allah itu tidak boleh di bandingkan, tidak boleh di tamsilkan, tidak boleh di ukur, tidak boleh di perumpamakan dengan sesuatu yang lain, kerana itu adalah Allah..
Apa yang perlu di pelajari untuk kenal Allah itu adalah dengan cara dan kaedah belajar mengenal Diri.. "MAN ARAFA NAFSAHU, FAKOD AROFA ROBBAHU. FAKOD AROFA ROBBAHU, FAKADLA JASAD, BARANG SIAPA YANG MENGENAL DIRI, MENGENAL DIA AKAN ALLAH. BARANG SIAPA MENGENAL ALLAH, BINASA JASAD". Lagikan Baginda Nabi sendiri pun mengenal Allah dengan Allah, "Ana Araftu Robbi Birobbi, Aku mengenal Allah dengan Allah".
Jadi saya harap Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekaliannya di luar sana yang menuduh dan menunding ilmu Makrifat ini sesat @ salah, terlebih baik mempelajarinya terlebih dahulu sebelum menilai, menuding dan menghukum orang-orang yang belajar dan mengajar ilmu Makrifat ini, dan nyata kan di ayat yang mana dan di baris yang mana, yang di katakan sesat, salah dan haram itu..
Ilmu dan Agama yang TIDAK SESAT itu adalah Ilmu dan Agama Allah.. Amiin

Tuesday, 28 November 2017

hi

Foto Hakikat Insan.

AKIDAH PENDIRIAN

AKIDAH PENDIRIAN
Pendirian seorang ahlul Makrifat ialah tidak lagi ragu akan akidahnya, dan tidak pernah berubah walaupun dikafirkan orang. Mereka rela mati daripada berubah keyakinannya, kerana mati adalah jalan yang terbaik dari semua jalan yang baik.
Seorang ahlul Makrifat tidak pernah luntur, walaupun dihujani dengan hujan fitnah. Kata-kata sesat dan kafir dianggapnya sebagai sebuah nyanyian seorang sufi yang sedang mabuk rindu kepada kekasihnya. Mereka tidak peduli akan kata-kata yang berupa huruf dan suara. Hanya yang penting baginya hanyalah perasaannya kepada Allah Taala.
Apabila cintanya telah bersemi dan berupa penerimaan dari Khaliknya; maka di sinilah nilai dan erti sebenar kehidupan ini. Baginya tidak guna hidup, tanpa nikmat (MAKRIFAT). Kerana makrifat itu adalah jiwanya IMAN, dan jiwanya iman adalah IHSAN.
Apabila jiwa-jiwa itu kosong dari Makrifat; samalah hidupnya tidak ubah seperti seekor haiwan liar atau binatang buas, yang rakus dan tidak tahu diri. Kerana pada akhirnya, tujuan hidup ini tidak lain adalah Cinta dan Redha.

jujur

baik
jahat

luar lain  - baik - dalam lain(hati) dan sebaliknya
dalam lain(perangai) -jahat - dalam lain

jujur se luar dalam sama

baik dengan jahat adalah seteru - tak boleh jumpa
baik vs jahat

jujur pd diri dan org lain
jujur boleh bergaul dgn yg baik dan buruk

cth syawal dlm filem ahmad albab dan ali baba
jujur  boleh bergaul dgn penyamun,yg tamak,hamba dan semua masyarakat

kelakuan org jahat pd yg jujur dianggap ujian dari allah
kelakuan baik juga di anggap nikmat dari allah supaya tidak riak dan lalai

kejadian baik dan buruk dalam perancangan dan ketentuan dari allah

spt ibu ada anak yg baik dan buruk
anak yg jahat dianggap baik walau melakukan kesalahan mencuri spt penagih
anak yg baik juga dimarahi walau kelakuan baik(nasihat supaya kekal @ lebih baik)
kata lain supaya bergaul baik buruk jadi jujur dan kasih sayang antara satu dgn yg lain




mat a mati k

Foto TAxa MOkh.

hi m

Foto Khalid Yunus.

hu

allah hu allah

hi m

Foto Khalifah AlMahdi.

hi m

Foto Kekal Abadi.

hi m

Foto SahrudiAbdani Sebenarnya Tidak.

hi m

Foto Karim Imna Rahmat.

hi m

Foto Uzlahqalbi Uzlahqalbi.

hi m

Foto Mohd Ahree.

kias bahas a

cari
ke kanda
di beranda
    ke randa
          anda

hi m

Foto Embun Kelana.

hi m

Foto Fendy Ipin.

hi

Foto Hakikat Insan.

hi

Kalau kau hidup di luar Tuhan,
Ternyata Dia punyai tandingan.
Kalau kau hidup di dalam Tuhan,
Maka apakah yang bisa dilakukan?

MANIFESTASI ILAHI

MANIFESTASI ILAHI
Melalui panca indera kita dapat memahami bahawa alam semesta ini terdiri daripada keberadaan yang pada umumnya padat, serta terkategori sebagai benda mati dan juga makhluk hidup. Tetapi dengan menggunakan pandangan hati dan juga rasa sejati, kita dapat menyaksikan pelbagai benda dan makhluk pada dimensi energi.
Setiap benda dan makhluk pada dasarnya adalah manifestasi dari energi dan memiliki vibrasi tersendiri. Pada tahap ini, sesungguhnya tidak ada benda mati: semuanya hidup, dan semuanya bervibrasi. Bahkan mayat pun sejatinya hidup kerana semuanya adalah manifestasi energi yang terus bertransformasi.
Lewat penghayatan melalui rasa sejati, jagat raya ini pada hakikatnya adalah lautan energi yang bervibrasi, terus menerus dan kekal abadi.

hi

Foto Hakikat Insan.

SALAH AGAMA, ATAU PENGANUT?


SALAH AGAMA, ATAU PENGANUT?
Agama mengajarkan kita agar jangan berdusta, tetapi sebahagian orang beriman rajin menyebarkan berita palsu demi membela agama.
Agama mengajarkan kita agar jangan memfitnah, tetapi sebahagian orang beriman rajin memfitnah di atas nama menyebarkan dakwah.
Agama mengajarkan kita agar jangan beradab buruk, tetapi sebahagian orang beriman rajin mencaci maki dan berkata kasar hanya kerana perbezaan pendapat.
Agama mengajak kita menjaga ukhwah dan kerukunan, tetapi sebahagian orang beriman rajin bertengkar dan mengadu domba demi menjaga ukhuwah.
Agama mengajarkan, jika kamu tidak malu, berbuatlah semahumu, tetapi sebahagian orang beriman tidak malu menghalalkan apa sahaja entah demi apa.
Sebahagian orang beriman rajin melakukan itu semua hampir tiap hari, tetapi bila disoal apa agama, semua kita mengaku penganut sejati. Sebagian anak-anak kita dalam diam mengamati, lalu meniru segala perlakuan kita.
Lantas, siapa yang bersalah di sini?

SANG DARWIS & SANG HAKIM


SANG DARWIS & SANG HAKIM
Seorang darwis pengembara tiba di kota yang pada masanya dikenal sebagai jantung peradaban dunia. Hampirlah ia kepada sekumpulan para cendekiawan untuk bertemu rakan karibnya.
Kebetulan di sana sedang berkunjung pula hakim agung, yang selalu memakai jubah dan cincin mewah demi menunjukkan kemegahan kuasanya.
Setelah berkenalan dan tegur sapa di antara mereka, maka sang hakim agung lalu bertanya kepada sang darwis;
“Hai, Darwis, aku selalu bingung dengan orang-orang sepertimu yang senang hidup berkelana kerana ingin mencari Tuhan, tapi di saat yang sama kalian juga mengatakan Tuhan ada di mana-mana. Lantas buat apa segala pengembaraan itu?”
“Tuan benar, Tuhan ada di mana-mana. Tapi dalam hal apa pun, secara sederhana kita semua tahu bahawa hanya yang mencarilah yang akan menemukan.”
“Ha ha ha, selalu saja begitu, kalian begitu pandai bermain kata-kata. Lalu, bagaimana, setelah berkelana sekian lama, maka apa yang telah kamu dapatkan?”
“Aku mendapatkan pemahaman bahawa Tuhan ada di mana-mana, cahaya-Nya menerangi setiap jiwa manusia. Tapi sulit sekali untuk menemukan cahaya itu di sebalik jubah mewah seperti yang kini Tuan kenakan.”
Maka mereka pun ber-HuHuHu sajalah ðŸ˜œðŸ˜›

AURA

AURA
Aura Baik vs Aura Buruk
Aura atau vibrasi manusia dan alam semesta saling mempengaruhi antara satu dengan yang lain. Jiwa manusia amat berpengaruh terhadap tataran energi alam semesta. Sementara, konstelasi energi alam semesta juga turut mempengaruhi jiwa manusia.
Saat manusia dikuasai angkara murka, maka terpancarlah energi yang mengganggu tataran energi alam semesta. Sebaliknya, pergerakan benda-benda di alam semesta mempengaruhi tidak hanya emosi manusia, melainkan juga tingkatan kesedarannya.

KOSONG

KOSONG
________________________________________
Di peringkat awal pengajian, kita disuruh mengosongkan diri dari segala fikiran, akal, bahkan rasa.. kosong sekosongnya..
Apakah tujuannya?
Apa yang hendak ditemui
di dalam kekosongan itu?
________________________________________
Pada tataran yang paling halus, setiap jirim sejatinya adalah energi. Ketika jirim sudah tidak ada lagi, yang ada adalah energi yang paling halus..
Lebih jelasnya, melalui pembelahan terus-menerus terhadap sebuah jirim hingga mencapai partikel subatom yang paling kecil..
Dapat diketahui bahawa keberadaan terkecil itu merupakan transformasi dari gelombang energi kuantum yang memancar dari keadaan kekosongan..
________________________________________
Di dalam kekosongan itu..
Di dalam kehampaan itu..
Di dalam ketiadaan itu..
Dia mulai Ada..
Jelas, terang lagi nyata~

SYURGA ISLAM dan SYURGA KRISTIAN

SYURGA ISLAM dan SYURGA KRISTIAN
Teman wanita Ahmad beragama Kristian. Bapanya tidak mengizinkan Ahmad menikahi anaknya kerana berbeza agama. Ahmad lalu menukar agamanya kepada Kristian agar dapat menikahi gadis yang dicintainya.
Mengetahui tentang hal ini, bapa Ahmad yang juga seorang ustaz dan seorang imam masjid di qariahnya terus marah-marah dan berkata: "Kamu tidak akan masuk syurga, Nak!"
Dengan bersahaja Ahmad menjawab: "Bapa, saya memang tidak akan masuk syurganya orang Islam, tapi semoga saya dapat masuk syurganya orang Kristian."

labur@lebur

Jenis-Jenis Pelaburan di MALAYSIA.... manakah satu pilihan ANDA !!!

Jenis-Jenis Pelaburan di MALAYSIA.... manakah satu pilihan ANDA !!!

Dimana nak MELABUR?

Hari ini saya nak bercerita tentang pentingnya pelaburan. Utk sesi ini, saya kongsikan maklumat yang saya tahu berdasarkan pengetahuan tak seberapa saya yang suka ambik tahu pasal pelaburan.

1) Labur dalam bank – ni pun kira melabur, paling senang, duit gaji anda guna ada balance biar jer dalam bank. Ulang setiap bulan. Akan dapat dividen, dividen bergantung kepada bank tapi dividen dia adalah sangat kurang. Tak lebih 3% jer roughly. No wonder Bank boleh offer, BLR – 2.xx untuk loan rumah. Dividen rendah, tak payah simpan kat bank laaa

2) Labur Dalam Koperasi – macam2 koperasi ada (polis, tentera, felda, guru, telekom, pos dsb) problemnya tak semua orang boleh selamba2 masuk, contohnya hanya polis boleh masuk koperasi polis. Setahu aku koperasi yang bagi return tinggi ialah koperasi felda dan off course koperasi bank rakyat dgn dividen 15%. Kalau layak jadi ahli untuk koperasi yang ada track record pulangan dividen above 8%, bolehlah melabur dalam koperasi. Lagi advantage boleh buat potongan gaji dan koperasi menawarkan pinjaman dengan kadar interest yang rendah.JAUHI DR RIBA ANDA MAMPU MENGUBAHNYA

3) Simpan Dalam Tabung haji – Ni pun bagus, selain boleh dapat queue untuk pegi haji, pulangan tabung haji adalah konsisten above 6%. What’s more, tak payah nk risau pasal zakat kerana Tabung haji dah bayarkan zakat. Kira OK juga 

4) Labur dalam ASB dan produk PNB (ASW, ASN, AS 1Malaysia) – ASB mempunyai rekod pulangan paling tinggi iaitu lebih 7% setahun, ASW pun tinggi dan konsisten jugak. ASN dan AS1 Malaysia turut beri pulangan yang competitf.

Kelebihan ASB dan ASW ni ialah ia boleh dibuat Overdrat (OD). Dengan kemudah OD ini, aku sangat galakkan (sebab aku sendiri kalau ada duit lebih aku simpan jer kt ASB) untuk korang melabur dalam ASB sampai penuh kuota 200k pastu baru simpan dalam ASW pulak

5) Labur dalam unit trust – Yang ni anda bagi duit kepada syarikat pengurus dana kewangan (mcm public mutual, pru fund mgmt, cimb wealth advisor), syarikat akan uruskan dengan berberapa peratus charge (biasanya 5.5%) dari nilai yang anda serahkan. Katakan anda simpan rm100k, pihak unit trust akan ambik 5.5k dan hanya 94.5k sahaja yang akan dilaburkan.

Kalau ikutkan agen2 unit trust, nak nampak pulangan invest dalam unit trust kene peram 3 ke 5 tahun. Obviously simpan 1 tahun for sure rugilah. Actually even after 3-5 year pun belum tentu pulangan dia banyak. Tengok nasib laa jugak, kalau fund yang anda labur duit anda tu perform ok la. Rata2 aku tanya rakan sekeliling yang pernah invest unit trust, rata2 kata tak berbaloi dan merugikan dan asyik kena top up ajer apa diorg ingat prepaid ker .

Member saya sendiri ada melabur dalam Public Mutual menggunakan skim EPF. Dia dah invest RM2400 untuk dua (2) tahun lepas, tapi hari tu dia dpt penyata dalam RM2434, setelah 4 tahun simpan .... mcm rugi .

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> 

6) SIMPANAN DAN PELABURAN DLM BENTUK EMAS>>>>>>>>>> 

Ada 2 PILIHAN:

1) Buka buku simpanan emas mcm gold investment account, GIA Maybank atau Kuwait Finance House
>>>MAJLIS FATWA MENYIFATKAN I HARAM.

2) Emas Fizikal dalam seperti barang kemas (emas perhiasan), jongkong emas atau dinar. Contoh yang saya boleh bagi adalah seperti Dinar Kelantan or Emas keluaran "Public Gold".HALAL BELI EMAS DPT EMAS

Konsep dia ada harga jualan ada harga belian. Beza harga jualan dgn harga belian sekitar 6%. Katakan harga belian 1 gram rm100, harga jualan ialah rm106.
Kalau beli hari ni esok jual pun rugi, ko beli kt public gold harga m106, esok ko jual, public gold akan beli dgn harga rm100. Rugikan?

Macam kita sedia tahu, emas walaupan ada turun naik tapi in the long run harga dia likely akan naik. Nak buat profit kene tunggu laa harga naik.

Contoh beli pada 1 JAN 2010, harga jualan rm106
Jual pada public gold 31 APR 2011, harga belian ialah RM160,
Kira untung rm160 – 106  = 33.75%
Tengok harga emas jugak. Disadvantage, xde compound interest. Emas kekal pada 1 gram dan harap pada kenaikan harga emas itu sendiri

Tapi certain pelaburan emas (mcm public gold) ada beri peluang untuk jadi dealer yang mana anda boleh dapat komisyen 1.5% dari harga emas yang anda jual

Saya sendiri  telah melabur bisnes emas  ... kita tengok hasil 2012 nanti :-) 

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

7) Hartanah – This is what I favour the most. Robert Kiyosaki, Donald Trump, Milan Doshi ngan Azizi Ali pun recommend untuk invest dalam property. Property ni termasuk rumah kediaman, shop lot, kilang, resort atau homestay. Dapat keuntungan melalui sewa bulanan, normally giving the right location, harga rumah akan naik dan boleh buat untung bila jual rumah tu. 

Nak invest dalam property modal kene modal byk, itu yang paling utama, lokasi pilihan juga perlu tepat. Dalam memilih lokasi mmg kena trust judgement sendiri, kalau ikut agen jual rumah or agen rumah lelong, likely semua lokasi bagus. Bagus jugak tanya judgement orang yang tak ada kepentingan. 

Even beli rumah untuk duduk sendiri merupakan satu investment, harga rumah akan terus naik, kalau lambat beli, dah waste duit bayar sewa dan bila dh beli, harga makin tinggi dan lokasi makin jauh

Nak beli property aku suggest simpan sebanyak mungkin dalam ASB, dah cukup baru buat OD, barulah guna duit tu utk beli.

Satu perkara lagi, kalau beli property untuk orang yang tak berapa kaya mesti berhutang, kalau berhutang tu mesti dia tengok gaji bulanan kita. Disitu pentingnya active income yang strong.
Risiko property tetap ada, kene tahu cara nak minimize risiko, rajin2 membaca dan bertanya

8) Saham – Aku tahu sikit-sikit pasal saham pasal kompeni ada bagi aku ESOS. Aku nampak ada dua jenis cara invest dalam saham. Yang pertama, beli saham beberapa lot, pegang, tiap2 tahun ambik dividen. Dividen ni depend ikut prestasi syarikat, kadang2 ada company yang bagi 2 tahun sekali. Yang kedua main jual beli, Konsep dia beli time rendah dan jual pada harga tinggi, memang kene sentiasa alert dgn sentiment harga nak naik, harga nk turun. Kes pertama, pulangan ikut prestasi syarikat, kalau ok, oklah. Yang kedua, lebih kepada engkau dgn knowledge masa harga turun naik, timing and luck pun penting.

Saham ni high risk high return, kalau takdak ilmu, kalau takder sifu guide, janganlah cuba. Lagi satu, duit perlu banyak jugak untuk bermula. Dan bila dh mula kene laa ready untuk loss the money kalau rugi, tp kerugian tu akan berguna sebagai pengajaran>>>MAJLIS FATWA MENYIFATKAN I HARAM

9) CPO – Crude palm oil, aku tak tau sangat. 

10) Forex – Aku pernah try benda ni...kecundang RM20K :-) ... tapi ade orang yang boleh berjaya benda ni. Tapi BANK NEGARA tidak pernah approve FOREX. Semua kegiatan FOREX berlaku diluar negara...untuk kes saya...saya selalu bank-in duit guna Western Union, CIMB. then TT kat Hong Kong. Mungkin sebab cara promote forex tu kata bleh untung banyak (mcm scam jer bunyinyer) dan kisah yang aku dgr ramai gak yang rugi. Mcm biasa, high risk, high return.

11) Bisnes – Ada duit cukup try meniaga, meniaga kain, meniaga burger. contoh burger, modal rm1.50, bleh jual rm2.50, untung 67% kan? Sini kuantiti jadi sandaran. untung 67% tapi terjual cuma sebijik bege pun tak guna jugak. Rappo baik dgn pelanggan, burger sedap, bleh jual 1 ratus burger sehari, dh boleh untung rm100. kalau bisnes 20 hari, tak ker dapat rm2k tu

Bisnes MLM? CANNOT GO TO GO GO LAH BUZY CARI ORG AJER ORG PUN LARI OOO  !!!!!

12) Beli Tanah - Beli tanah dan buat project, kalau beli tanah peram jer, likely akan merugikan. Project, project ,project - jadikan tanah kediaman ke, perladangan ke, komersial ker. Pasal buat duit dgn tanah, kene berguru dgn sifu hafizal aka JuruUkur

13) Invest dalam insuran - Last but not least, different league sebenarnya, tapi kita still pasal simpan duit kat sesuatu tempat.For the first 7 year premium bulanan kita akan terbahagi kepada 2 akaun which is akaun kalau apa2 terjadi lagi satu akaun simpanan. Likely memang kalau kira pulangan at the end, memang compounding interest is less than 1% annual (seingat aku la coz aku pernah mintak seorang agent simulate kat aku). Tapi, bukan itu matlamat insuran, it’s a protection, kalau ko mati or ko lumpuh, insuran bayar sedebuk kat ngko. Nak tahu lebih lanjut atau ambil insuran, kontek la pejabat-pejabat insuran yang terdekat dengan tuan puan.
Lastly, jangan masuk skim cepat kaya ataupun penipuan (font menyerlah dan bold maknanya sangat penting). Paling senang nak detect, janji pulangan lebih 15% dan orang yang promote bagai nak gila punya promote. Skim2 ternakan ker perladangan jenis ambik duit tolong usahakan pun jenis menipu, kandang takder ladang takder, yang ader duit korang utk dibawak lari. Kalau nak ternak udang, sendiri beli tanah, sendiri ternak sendiri jual, kalau nak usahakan sawit, beli tanah, tanam sawit, sendiri jual sawit tu

Sekian, sila tambah kalau ada terkurang, sila betulkan kalau ada salah. HAPPY INVESTING :)

piala


dari mlm ke sian


haji


Monday, 27 November 2017

c


fb hi m


Nak tanya dlm grop ini sy tahu ada yg hebat2 sbd org siam tanya sy..apa maksud islam..jawad berpandukan ilmu ya..!!!
SukaTunjukkan lagi reaksi
Komen
Komen
Nik Gi orang 2 beada dlm agama islam memanggil selamat walau apa 2 pun yang dtg pd mereka
Balasan
1
4 jam
Keluarkan
Amat Raggae Selam. Menyelami mungkin. Tapi yg soheh nya SELAM.
Balasan4 jam
Keluarkan
Othman Draman http://othmandraman.blogspot.my/2017/11/seloroh.html
Nak tanya dlm grop ini sy tahu ada yg hebat2 sbd org siam tanya sy..apa maksud islam..jawad berpandukan ilmu ya..! ke sian dia ke seluruh...
OTHMANDRAMAN.BLOGSPOT.PE
Urus