🔵Jangan buat macam ni..'
Kuala Lumpur: “Apa tujuan buat begini. Kalau hanya nak seronok, tak payah buat macam ini. Hubungi saya terus kalau ada yang tidak berpuas hati.”
Demikian kata penceramah bebas Ustaz Haslin Baharim, 48, yang lebih dikenali dengan nama Ustaz Bollywood selepas mesej mengenai kematiannya tular di media sosial.
Beliau berkata, kejadian itu adalah kali ketiga berlaku dan lebih terkesan kerana tersebar dengan pantas dan dia perlu menjawab panggilan telefon yang bertanyakan keadaannya hampir tiga jam hari ini.
"Saya tidak berdendam dan berharap yang mencetuskan mesej mengenai kematian saya ini agar dia menerima taufik dan hidayah.
"Tidak mengapa, saya maafkan. Saya anggap ini ujian daripada Allah SWT. Semoga Allah SWT panjangkan umur saya," katanya yang enggan membuat laporan polis kerana tidak mahu memanjangkan isu ini.🔵
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2017 @ 3:17PM
http://www.hmetro.com.my/node/209678
No comments:
Post a Comment