*π±TUJUH PINTU KETAKUTANπ±*
*☀TUJUH PINTU KESYIRIKAN☀*
πΈBimbingan Tasawuf : AsasπΈ
➰☘➰☘➰☘➰☘➰
*ILMU ILMU KEWALIAN SILAM*
*TERPANCAR DI AKHIR ZAMAN*
Bismillah : Hanya Pada Allah Kita Semua Menceduk Ilmu Tertinggi. ➰☘➰☘➰☘➰☘➰
*TAKUT KEPADA NERAKA®*
Yang Harus Kamu Takuti
Bukanlah Neraka Jahanam. Kerana Semua Ahli Neraka Tidak Dapat Lagi Daripadanya.
Tetapi Allah Tuhan Pemilik Neraka Jahanam Itulah Yang Harus Kamu Takutkan. Kerana Dia Sahaja Yang Mampu Menghilangkan Segala Jenis Ketakutan Yang Ada Di Dalam Diri Kamu Itu.
Sesiapa Yang Takut Kepada _Selain Allah,_ Sesungguhnya Telah Syiriklah Ia Kepada Allah. Kerana Hanya Pada Allah Selayaknya Kamu Takutkan.
☘ππ¨☘ππ¨☘ππ¨☘ππ¨☘
*TAKUT KEPADA DOSA®*
Bukanlah Dosa Itu Yang Harus Kamu Takutkan.
Tetapi Yang Harus Kamu Takutkan Adalah Hal Hal Yang Bisa Menyebabkan Dia "Menjauhkan" Diri-Nya Dengan dirimu.
Dijauhkan dari Allah Oleh Allah, Bermakna Dijauhkan Daripada Rahmat-Nya Atas Dirimu.
Sesiapa Yang Sangat "Didekatkan" Dengan Seorang Sang Puteri Tercantik, Bermakna Dekat Jugalah Ia Bau-Bauan Wangian Dari Sang Puteri Ke Penghiduannya.
Kebiasaannya Para Wali Wali Silam, Dosa Itulah Yang Bisa Menyebabkan Mereka Bertambah Hampir Dengan Allah.
Sedangkan Umat Pada Akhir Zaman Ini, Pahala Amal Soleh Mereka Itulah Yang Menyebabkan Mereka Lebih Jauh Dari Allah _(Ahli Ibadah Yang Riyak Sombong Atas Amal Soleh Dan Buruk Akhlak Peribadinya)_
☘ππ¨☘ππ¨☘ππ¨☘ππ¨☘
*TAKUT KEPADA AHLI MAKSIAT®*
Ahli maksiat itu Bukanlah Manusia Yang Harus Kamu Takuti, Kerana Mereka Tidak Mampu Memaksamu Untuk Bermaksiat Pada Allah.
Jika Kamu Iklas Menasihati Mereka, Kamu Akan Dikurniakan Pahala Jihad Nahi Mungkar Atas Jalan Allah.
Sebenarnya Yang Lebih Harus Kamu Takutkan, Adalah Apabila Kamu Dikelilingi Oleh Orang Orang Soleh dan Ahli Ibadat Yang Tidak Pandai Memberi Nasihati Pada Diri Kamu Dengan Buah Buah Iman Yang Ada Pada Hati Mereka.
Dan Lebih Harus Kamu Takuti Adalah Apabila Kamu Dikelilingi Ahli ibadah Yang Riyak Dan Sombong Diri Atas Kesolehan Dirinya Lalu Mereka Mencela Hina Golongan Maksiat Hinggakan Kamupun Turut Terjebak Dan Terjerat Sama Dengan Kejahatan Mereka itu.
Ahli Maksiat Bukan Harus Disakiti, Kerana Memang Telah 'Sakit' .. Tetapi Mereka Perlukan Bimbingan Nasihat Baik Dari Orang Orang Yang Baik, Tetapi Bukanlah Bimbingan Kasar Dari Orang Orang Soleh Yang Jahat Akhlaknya Walaupun Baik Amal Ibadahnya.
Akhlak Yang Baik Membawa Kebaikan. Akhlak Yang Buruk Membawa Keburukan.
☘ππ¨☘ππ¨☘ππ¨☘ππ¨☘
*TAKUT PADA PENYAKIT®*
Bukanlah Penyakit Berat Yang Harus Kamu Takuti Hingga Hilanglah Keceriaan Untuk Kamu Menikmati Kenikmatan Dunia Fana Ini _(Hilangnya Kegembiraan Keduniaan)_
Tetapi Yang Harus Kamu Takuti Adalah Dimana Didatangkan Oleh-Nya Suatu Penyakit Yang Menyebabkan Terlalu Sukar Untuk Kamu Beribadah Kepada-Nya _(Maksiat Meninggalkan Ibadah Wajib Dan Kekal Di dalam *Kejahatan Hati* Yang Berpanjangan)_
☘ππ¨☘ππ¨☘ππ¨☘ππ¨☘
*TAKUT KEPADA MATI®*
Mati Itu Bukanlah Suatu Hal Yang Perlu Kamu Takutkan.
Kerana Semua Orang Yang SANGAT TAKUT MATI, Mereka Pasti Akan Mati Dan Tidak Mampu Melarikan Diri Dari Kematian Semakin Bertandang.
Tetapi Yang Harus Kamu Takutkan Adalah Saat Kamu Mati Nanti Dengan Membawa Bekalan Amal Soleh Yang TERLALU SEDIKIT Hinggakan Air Pahalamu Itu GAGAL Untuk Memadamkan Api Api Dosamu Kepada Allah Taala.
☘ππ¨☘ππ¨☘ππ¨☘ππ¨☘
*TAKUT KEPADA HILANG HARTA®*
Hilang Harta Kemewahan Dan Kemuliaan Di Sini Mata Pandangan Manusia Bukanlah Sesuatu Yang Harus Kamu Takuti.
Kerana Ramai Manusia Manusia Yang Mulia Dan Dimuliakan Oleh Allah Dan Segala Penduduk Di Bumi Bukan Atas Kerana Mereka Kaya Harta Benda Dan Mempunyai Darjat Pangkat tinggi. Mereka Menjadi Mulia Bukan Atas Kerana Manusia, Tetapi Atas Kerana Allah Ingin Memuliakan Mereka Dengan Cara Cara Kehinaan. Mereka Tetap Mulia Walaupun Seisi Bumi Mencela Menghina Ia.
Kita Mereka Tidak Dimuliakan Pada Zaman Ini, Percayalah Mereka Tetap Akan Dimuliakan Pada Zaman Akan Datang Dengan Hal Hal Tersembunyi Yang Telah Mereka Kerjakan Untuk Agama Allah Diluar Ilmu Pengetahuanmu Pada Hari Ini Dan Zaman Ini.
Sememangnya Mereka Lebih Dikenali Terpuji Oleh Penduduk Mulia Di Langit Daripada Penduduk Hina Dina Di Bumi. Sesungguhnya Hanya Makhluk Mulia Terpuji Sahaja Yang Mengenal Makhluk Mulia Terpuji Seperti Diri Mereka.
Apa Yang Harus Kamu Takuti Di Bumi Ini Bukanlah Hilangnya Kekayaan dan Darjat Kemuliaan Di Bumi ini.
Tetapi Yang Harus Kamu Takuti dan Kuatiri Adalah, Bilamana Kekayaan dan Kemuliaanmu itu TIDAK HILANG DI TANGANMU, *TETAPI ADALAH SANGAT MALANG BILAMANA KEKAYAANMU ITU TIDAK MENYEBABKAN ENGKAU BERTAMBAH MULIA DAN BERTAMBAH KAYA PADA PANDANGAN ALLAH SWT*
.. Dimana Kekayaanmu Itu Telah Menyebabkan Bertambah Tebal Sifat BAKHIL dan KEDEKUT di Dalam Diri Kamu Hingga Hal Itu Menyebabkan KEMULIAANMU mula TERCABUT Dari Pandangan Allah SWT Sekalipun Manusia Melihatmu Sebagai Orang Kaya Berharta Dan Mulia. Tetapi Kamu Dipandang Sangat Hina dan Miskin oleh PENDUDUK DI LANGIT YANG SANGAT PEMURAH!
Walaupun Solat, Zakat, Puasamu Sempurna Di Sisi Allah, Tetapi Bilamana Kamu Mempunyai Sifat KIKIR dan BAKHIL untuk Berinfaq SEDEKAH .. Sesungguhnya Allah Akan Tetap Mengharamkan Kamu Dari Memasuki Pintu Syurga-Nya Yang Maha Luas.
Ia Telah Dijelaskan Oleh Baginda SAW dan Para Wali Wali Silam. Ketahuilah Olehmu Bahawa Di Atas Pintu Pintu Syurga Allah Itu, Terdapatnya Tulisan Tulisan GHAIB yang Berbunyi : *"SYURGA ALLAH DI HARAMKAN OLEH ALLAH SELAMANYA DARI DIMASUKI OLEH ORANG ORANG YANG BAKHIL KEDEKUT DAN SOMBONG KETIKA HIDUP DI DUNIA DAHULU!"*
Jadi Dimanakah KEMULIAANNYA Orang Orang Yang Berharta Di Sisi Allah Sekiranya Mereka Itu Adalah Orang Orang Yang Sangat Bakhil? Merekalah Orang Orang Yang Paling Miskin Di Dunia Ini Dan Mereka Akan Ditimpakan Kehinaan Yang Maha Hebat Di Akhirat Nanti. Allah SWT Akan Memiskin Mereka Dari PAHALA PAHALANYA.
Maka Yang Mana Lebih Kamu Takuti Di Dunia Ini? Menjadi Seorang Mulia Yang Kaya Raya Yanga Bakhil Kedekut? Atau Seorang Yang Miskin Hina Tetapi Bersifat Pemurah?
Apalah Gunanya Berharta Dan Mulia Tetapi KAMU DIPANDANG HINA OLEH ALLAH TAALA DAN SEGALA PENDUDUK DI LANGIT! Ketahuilah Olehmu Bahawa Para Penduduk Langat Sangat MENGENAL PARA AHLI AHLI BAKHIL DI BUMI INI Kerana Allah Telah Menutup Rahmat-Nya Buat Golongan Tercela Hina Ini.
☘ππ¨☘ππ¨☘ππ¨☘ππ¨☘
*TAKUT KEPADA TINGGAL SOLAT®*
Bukanlah TERTINGGAL SOLAT Itu Yang Harus Kamu Takutkan Sebenarnya.
Tetapi Yang Paling Harus Kamu Takutkan Adalah 40 Tahun Menyembah Allah Taala Dalam Keadaan BUTA KEPADA ALLAH Dan Tiada "Mencapai" Level KHUSYUK TERTINGGI Bagaikan Solat Para Wali Wali Tertinggi.
Kamu Bangga Diri Tidak Lagi Pernah Tinggal Solat. Tapi Kamu Lupa Dan Dilupakan Allah Bahawa Betapa Banyaknya Solat Solat pada Zaman Silammu Yang Langsung Tidak Punya Nilai Pahala Di Sisi-Nya.
Ketahuilah Olehmu Bahawa 1 Rakaat Solat Yang Khusyuk Tertinggi Dengan Bermakrifah Kepada Allah, Pahalanya Adalah Bersamaan dengan 100.000 Rakaat Solatnya Orang Orang Awam Yang Jahil Seperti Dirimu. Aku Katakan Kalian Jahil Bagi "Merendahkan" _Ego Ego Keibadahan_ Yang Masih Bersarang Di Dalam Batin Hati Kalian Supaya Kalian Tahu Merendahkan Diri.
Apakah Bala Yang Lebih Besar Pada Alam Maya Ini Daripada Bala Hilang Dan Tercabutnya "Rasa" Khusyuk Di Dalam Solah Dari Hati Hati Yang Lalai Saat Menyembah Allah?
Adalah Lebih Baik Kamu "Hilang Isteri" Dan Anak-Anak Tercinta Daripada *HILANGNYA "RASA" KHUSYUK DI DALAM MENYEMBAH TUHAN TERCINTA!* Kerana Anak Isterimu Tidak Mampu Menyelamatkan Kamu Di Akhirat Kelak.
Bagaimana Kamu Bisa Khusyuk Dalam Menyembah Tuhan Sedangkan *Kamu Lebih Mencintai Anak Isterimu Daripada Mencintai Allah!*
Azan Sudah Berkumandang Sedangkan Telefon Dari Isteri Berdering Memanggilmu Kerana Keretanya Rosak Di Tepi Jalan.
"Panggilan" Siapakah Yang Akan Kamu Dulukan(??) Panggilan Isteri Tercantik? Atau *Panggilan Allah Maha Tercantik Yang Akan Kamu Dulukan?*
Sedangkan Matlamat Utama Kamu Dihidupkan Di Dunia Ini Adalah Untuk Beribadah Kepada Allah Semata. Lalu Mencintai Diri-Nya Sepenuh Jiwa Ragamu Tampa Berbelah Bagi : Suku Cinta Untuk Makhluk, Suku Cinta Untuk Harta, Suku Cinta Untuk Pangkat dan Nama _(Tan Sri, Dato, Datin, Mak Nenek),_ Baki Suku Lagi Sisa Sisa Cinta Barulah Untuk Allah _(Entah Entah Tiadapun Cinta Untuk Allah Sebab Buta Tidak Kenal Tuhan Maha Tercantik!!!!)_
Membantu Isteri Ditepi Jalan Juga Ibadah. Tetapi Yang Mana Lebih Patut Kamu Dulukan?
Inilah Sukatannya "Nilai" Khusyuk Solatmu Pada Allah. Kamu Tidak Kisah Jika Allah _"Diketepikan"_ Demi Kepentingan 'Makhluk Makhluk' Yang Fana Yang Akan Kamu Tinggalkan Tidak Lama Lagi Untuk Kembali Kepada Allah Rabbul Jalil. Sekian. 6:33am/WW
☘ππ¨☘ππ¨☘ππ¨☘ππ¨☘
*"Hanya Wali Wali Allah Sahaja Yang Mengenal Allah Dengan Hakikat Puncak Dalam Mengenal Tuhan"*
*"Pada Saat Ahli Ilmu Hakikat Masih Lagi Berbicarakan Tentang Hakikat Dzat Ilahi. Tetapi Para Wali Wali Allah Yang Sedang _Berharekat_ telah mendahului mereka dalam MENCINTAI ALLAH Iaitu Puncak Tertinggi Dalam Mengenal Allah : Tuhan Maha Tercantik!" (PMS)* ⚡☀ππ»☀⚡
No comments:
Post a Comment